BAB 53

5K 199 4
                                    

"H― HOW???"

Kelu lidah Aaqif melihat isterinya yang sedang tegak berdiri disebelah Zarith dengan wajah yang jelas tidak berpuas hati.

Sleep-walking kah isterinya itu? Tapi terbuka matanya. Jelas sedang marah.

"Ni lah kerja abang malam-malam? Sampai hati tinggal Nia," kata Alisya menjelaskan ketidak puasan hatinya ditinggalkan si suami sendirian.

Aaqif memandang Zarith meminta penjelasan. Zarith yang memahami pandangan mata Aaqif mula membuka mulut.

"Aku nak masuk tadi memang dia dah ada depan building. Manalah aku tahu, kut dia follow kau dari rumah?" jawab Zarith cuba membela diri.

Bertaut kening Aaqif. Rasanya tadi isterinya dah lena, siap berdengkur. Macam mana boleh terbangun?

"Abang tak payah nak marah orang lain. I'm here by the way. Let me look around." Alisya menonong saja berjalan sambil memerhati sekeliling kawasan lapang itu. Tiada apa yang menarik sangat pun sebelum matanya tertancap pada sangkar besar yang berpenghuni.

"Adelia?" tegur Alisya.

Adelia yang sedang menunduk mengangkat kepala memandang ke arah suara itu.

"Alisya? Alisya, tolong I! Suami you gila, Alisya! Please, lepaskan I!" Adelia mula merayu meminta pertolongan Alisya.

Terpinga-pinga Alisya memandang wanita itu sebelum wajahnya perlahan-lahan bertukar tegang. "Kau siapa nak cakap laki aku gila? Aku je boleh kutuk dia, kau jangan nak melebih eh, cili mulut kang," gertak Alisya garang. Langsung tiada niat untuk membantu wanita itu.

Melongo Adelia mendengar kata-kata Alisya. Dia tak salah dengar kan?

Terjungkit pinggir bibir Aaqif memandang isterinya. Not bad.

Alisya kembali memandang sekeliling dan menghiraukan Adelia. Pandangan jatuh pada sebuah almari kayu tiga pintu sederhana besar yang menempatkan pelbagai jenis senjata. Bersinar-sinar mata light hazelnya menghampiri almari itu.

Aaqif segera mendekati isterinya untuk membawa Alisya pergi. "Sayang, jom balik? Esok sayang ada kelas kan?" pujuk Aaqif.

"Abang, Nia nak satu pistol boleh?" pinta Alisya bersama senyuman yang mula memekar lebar.

"No, ni bukan mainan, baby. Jom balik, abang hantar."

"Kalau abang tak bagi, Nia bagitahu mummy yang abang dengan Aaisy kurung orang dalam sangkar. Mummy mesti tak tahu kan," ugut Alisya bersama kening yang terjungkit.

Gamam mereka semua. Tak mampu nak melawan. Aaqif melepaskan keluhan nipis.

"Okey, nanti. Nanti abang belikan satu untuk sayang. Sekarang kita balik, boleh?"

Alisya hanya buat tak tahu dengan pujukan suaminya, malah dia melintasi Aaqif untuk ke sudut lain.

Bersinar lagi bola matanya saat pandangan menyapa satu sudut yang menempatkan beberapa skrin monitor canggih dan ada Hafiy disitu.

Alisya segera menghampiri Hafiy. Kaku lelaki itu melihat wajah teruja Alisya.

Aaqif mengurut pelipis dahinya. Besar betul dugaan malam ni. Perlahan-lahan Aaisy mendekati abang kembarnya.

"Kau nak buat apa ni?" bisik Aaisy.

Aaqif hanya mampu mengangkat kedua bahunya tanda dia sendiri buntu. Benda lain dia boleh tepis. Tapi isterinya? Itu kelemahan terbesar dia dalam hidup.

"Wahhh canggih betul! Semua ni awak punya ke?" tanya Alisya pada Hafiy. Teruja sungguh dia melihat lampu-lampu di sekeliling papan kekunci dan skrin monitor itu. Dah macam tempat gaming.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now