BAB 73

7K 199 30
                                    

GEMURUH yang dirasakan Aaisy sekarang melebihi segala-galanya. Detik ini lebih mendebarkan berbanding tika dia berhadapan dengan musuh. Menggigil kecil tangannya kerana terlalu gementar.

"Kau bukan nak jumpa malaikat maut. Janganlah sampai menggigil," tegur Aaqif disebelah.

"Qif, aku nervous..." kata Aaisy terus-terang. Mukanya sudah memerah serupa menahan tangis.

"Ya, tahu nervous tapi jangan buat muka tenuk kau dekat sini. Karang orang ingat kau kena paksa kahwin pula," bebel Aaqif. Tisu didalam poket seluarnya dikeluarkan. Peluh-peluh yang merenik didahi Aaisy dilap habis. Pelik-peliklah adiknya ini.

"Kalau aku salah sebut nama Laura macam mana?" tanya Aaisy penuh kerisauan.

"Kau praktis betul-betul tak?" soalan dibalas soalan.

Berkali-kali Aaisy mengangguk. Semalaman dia berlatih lafaz akad nikah gara-gara tak mampu melelapkan mata. Juga risau jika dia tersalah sebut dek gemuruh yang melampau.

"Kenapa kau praktis betul-betul?" tanya Aaqif bersama kerutan didahi.

"Lah, dah tu? Tak akan aku nak praktis main-main? Karang salah sebut dah satu hal," balas Aaisy.

"Kalau kau praktis main-main, salah sebut pun tak apa. Boleh ulang balik. Tapi kalau kau dah praktis betul-betul tapi salah sebut, nanti auto tok kadi tu yang sah dengan Laura. Kau nak ke?" Bersungguh Aaqif berkata bersama wajah serius.

Membulat bola mata Aaisy. Wajahnya berubah risau. "Seriuslah?"

Aaqif sekadar mengangguk mengiyakan. "Tak percaya tanya daddy," kata Aaqif.

Aaisy menoleh pada Dato' Aashraf. "Betul ke daddy?"

Tanpa ragu-ragu, Dato' Ashraf mengangguk sebagai jawapan. "Daddy dah pernah dulu. Tersalah sebut nama orang lain, terus tak jadi kahwin. Sebab tu daddy kahwin dengan mummy. Kali kedua dah tak salah sebut."

Bertambah cemas Aaisy mendengar jawapan daddynya. Menggagau tangannya meraba poket baju melayu putihnya mengeluarkan sehelai kertas.

"Kertas apa tu?" soal Aaqif.

"Aku kena praktis lebih. Dah tak boleh patah balik. Mati hidup balik pun aku tak nak tengok dia jadi bini tok kadi tu," jawab Aaisy sambil matanya fokus membaca satu-persatu perkataan yang ditulis didalam kertas kecil itu.

Aaqif mengemam bibir menahan tawa melihat tingkah polos Aaisy. Hai lah, campak dekat hutan boleh, benda macam ni pun bengap. Dibiarkan saja Aaisy yang terkumat-kamit mulutnya mengulang lafaz akad sementara menunggu ketibaan tok kadi.

Meliar mata Aaqif ke arah jemaah tetamu wanita dibahagian belakang ruang tamu Mansion itu mahu mencari sosok si isteri. Sehingga matanya bertembung dengan sepasang mata yang dicari, bibirnya mencarik senyuman manis secara automatik.

Dilihat Alisya sedang duduk bersama Aayrel dan Aayris yang sedang meniarap dilantai, dia membuat isyarat tanpa suara menggunakan mulut.

'Nak abang ambil Aayrel?'

Alisya hanya mengangguk sebagai balasan. Aaqif langsung bangun berdiri dan melintasi tetamu-tetamu wanita disitu untuk mendekati Alisya.

"Come, Aayrel. Kita kacau pak ngah," Aayrel diangkat ke dalam dukungan. Sempat Aaqif mengelus lembut pipi gebu Alisya sebelum dia berlalu membawa Aayrel ke bahagian depan ditempat duduknya tadi.

"Aayrel, pak ngah takut..." adu Aaisy.

"Dda dda dda!" Tangan montelnya diangkat cuba mencapai pipi Aaisy dan ditepuk-tepuk pipi pakngahnya.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now