PERTEMUAN antara dua keluarga sebulan yang lalu telah mengikat tali pertunangan antara Alisya dan Aaqif. Kini, tinggal lagi dua bulan sebelum dia bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang pernah dia cinta sepenuh hati namun pernah juga dia benci sehebatnya. Berita mengenai pertunangan dan perkahwinan mereka juga sudah diuar-uarkan pada pihak media. Pelbagai reaksi yang diterima dari netizen. Ada yang tumpang gembira, ada juga yang tak berpuas hati.
Entah apa perasaannya tika ini. Bersediakah dia? Betulkah keputusan yang diambil ini? Cincin tunang dijari manisnya diusap lembut. Cincin yang dihadiahkan oleh Datin Danisa padanya. Mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang majlis untuk pertunangan mereka atas kehendak Alisya. Jadi, Datin Danisa hanya menyarungkan cincin peninggalan keluarganya sebagai tanda. Katanya, elok bertanda untuk mengelakkan fitnah.
Tanpa sedar, dia mengeluh nipis.
"Are you okay, Dania?" sapa suara garau ditempat duduk pemandu disebelahnya. Mereka sedang dalam perjalanan menghantar Alisya pulang ke kondo miliknya. Seharian kehulu kehilir mencari baju pengantin, akhirnya mereka jumpa juga busana pengantin yang memenuhi cita-rasa Alisya disebuah butik milik kenalan Datin Melina.
"Ha? Err, okey," balas Alisya.
"What's wrong? Hm? Anything you can tell me," tangan kekarnya naik mengusap lembut kepala Alisya.
"Nothing, I'm fine," senyuman nipis diberikan buat si tunang. Dia senang dengan layanan Aaqif kebelakangan ini. Layanan yang dia rindui selama lapan tahun.
Aaqif tersenyum kecil seraya membawa tangannya kembali pada stereng kereta. "Awak nak makan dulu? Lepas makan baru kita balik?"
Tersenyum Alisya mendengar panggilan Aaqif yang sudah berubah. Lelaki itu yang mencadangkan untuk mengubah panggilan mereka kerana katanya aku-kau kedengaran kasar pula. Selama ni elok je? Alisya layankan juga permintaan itu walaupun pada awalnya agak kekok dan kedengaran pelik.
"Tak apa, saya tunggu Nad je, dia kata nak datang tidur rumah malam ni. Nanti dia merajuk pula kalau saya makan tanpa dia. Lagipun, awak dah lambat kan nak pergi dinner dengan family awak?"
"Awak tak nak ikut ke? Mummy dengan daddy mesti happy kalau awak ada sekali,"
Alisya menggeleng kecil. "Tak apa lah, spend time with your family, okay?"
"Okey," jawab Aaqif dengan senyuman nipis.
Tidak lama kemudian, mereka tiba dihadapan lobi kondominium Alisya. Kereta diberhentikan dihadapan pintu masuk, Aaqif memandang tunangnya dengan penuh kasih.
"Naik, rest. Anything call me. Nanti lepas dinner, saya call awak okey?" penuh kelembutan bicara Aaqif sekarang. Tangannya tak lepas mengusap lembut kepala Alisya.
Alisya berdehem kecil. Bila agaknya dia boleh biasakan diri dengan layanan lelaki ini?
"Thank you for today. Hati-hati drive," Alisya keluar dari kereta dengan perasaan gemuruh. Sebelum terloncat jantung dia ni, baik dia keluar dulu. Selepas hilang kelibat Alisya dari pandangannya, baru Aaqif memulakan perjalanan ke restoran dimana keluarganya berkumpul untuk makan malam.
Sedang Alisya menunggu lif untuk naik ke rumahnya di tingkat 15, seorang lelaki berpakaian serba hitam datang menghampiri dan berdiri dibelakangnya. Alisya melihat lelaki itu melalui ekor mata. Lelaki hari tu ke? Tak ada baju lain ke apa?
Ting!
Pintu lif terbuka dan Alisya masuk ke dalam diikuti lelaki itu. Canggung suasana didalam lif. Entah kenapa Alisya berasa tidak selesa dengan lelaki itu. iPhone miliknya cuba dicari didalam beg tangan namun tiada. Aduh, tertinggal dekat mana pula telefon ni. Liur ditelan payah.
YOU ARE READING
AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]
RomansaAaqif Danial × Dania Alisya [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ ⚠️ su*cide attempts, self-h*rm ⚠️ harsh words, lots of cursing. ⚠️ torture, abuse, assault, k*lling scenes ⚠️ read on your own risks. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu do...