BAB 14

6.7K 246 5
                                    

PEJAM celik, kini tinggal lagi seminggu sebelum pernikahan Alisya dan Aaqif. Aaqif mengerling sekilas ke tempat duduk penumpang. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah Datin Melina selepas makan tengah hari di luar.

"Sayang, are you okay?" tanya Aaqif memecah suasana. Gadis ini sudah banyak berubah, dah tak banyak bercakap dan tak seceria dulu.

Alisya menoleh memandang Aaqif, senyuman nipis diberikan buat si tunang. "Saya okey."

"Kalau awak nak postpone nikah kita, saya okey je. Don't force yourself," kata Aaqif lembut. Dia tahu terlampau banyak dalam fikiran gadis itu. Mungkin juga traumanya datang kembali namun dia juga perasan Alisya sedaya upaya cuba menyembunyikan perasaannya dari orang sekeliling.

Alisya menggeleng perlahan. "Taklah, saya okey. Don't worry," kata Alisya sambil tersenyum manis.

Aaqif mengangguk kecil. Dia juga tak mahu memaksa. "Saya hantar awak balik, rest okey? Jangan banyak sangat fikir," Alisya hanya mengangguk tanpa membantah.

Sampai saja di Villa Dato' Fareez, kesunyian rumah itu membuatkan peristiwa tempoh hari kembali bermain difikirannya. Dia sudah sedia maklum ibu bapanya akan pulang lewat sedikit. Alisya menggeleng kepalanya perlahan cuba membuang segala bayangan. Nafas ditarik dalam dan dihela panjang. Dia membawa langkah ke tingkat tiga dan menuju ke bilik bacaannya yang terletak di penjuru aras itu.

Pintu dibuka perlahan, Alisya menuju ke arah kabinet tinggi di bilik itu yang meletakkan segala koleksi permainan Lego milik Alisya. Sekotak Lego berbentuk kereta jenama Bugatti yang masih belum dipasang dibawa ke sebuah meja lipat kecil diatas lantai.

Alisya bergerak ke arah radio kecil didalam bilik itu dan dipasangkan selawat dan zikir. Kemudian, dia memasang sila dihadapan meja kecil itu, lengan baju blousenya disinsing sehingga ke paras siku.

"Let's do this, Alisya," gumamnya sendiri. Tangan mula membuka satu-persatu bungkusan plastik didalam kotak itu. Ralit dia memasang satu-persatu komponen Lego itu mengikut manual yang diberi dan akhirnya, Alisya tenggelam dalam dunia ciptaannya sendiri dengan bantuan Lego.






PINTU wad dibuka perlahan. Darwish yang sedang berbaring mengangkat wajahnya memandang gerangan yang berada dimuka pintu wadnya sebelum wajah tegang ditayang.

"Apa kau nak? Straight to the point," katanya dengan nada dingin.

Lelaki itu diam tak menjawab, sebaliknya dia berjalan keliling bilik wad itu untuk memerhatikan sesuatu sebelum dia memulakan bicara. Selepas memastikan tiada alat pendengar yang tersembunyi di dalam bilik itu, lelaki itu bersandar di dinding bersama tangan yang diseluk ke dalam poket seluar jeansnya.

Mata dark hazelnya memandang tepat menikam sepasang mata light hazel milik Darwish. "Aku nak cakap terima kasih sebab setuju untuk walikan kakak kau."

Darwish memandang tajam pada sosok tubuh tegap yang tidak lama lagi bakal menjadi abang iparnya. Entah terima kasihnya ikhlas atau menyinis. Dia bersetuju pun atas permintaan Alisya sendiri. Kalau ikutkan hati, dia mahu membantah perkahwinan itu sekerasnya. Namun, diturutkan juga apabila kakaknya berkali-kali memujuk dia untuk mewalikan dirinya.

"Apa-apa jadi pada Alisya, mati kau aku kerjakan," keras amaran yang diberikan Darwish.

Aaqif melepaskan tawa sinis sebelum perlahan-lahan senyuman itu mati. Wajah bertukar dingin dan tegang. "Aku rasa aku yang patut cakap macam tu dekat kau. Ingat, Darwish. Setapak je anjing-anjing dia orang dekat dengan Alisya lepas ni, kau tak akan jumpa lagi kakak kau untuk selamanya. Apa agaknya perasaan Alisya kalau tahu identiti sebenar satu-satunya adik dia ni?" dingin kedengaran suara Aaqif melantun disegenap wad pesakit itu.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now