TERASA segar pagi hujung minggunya apabila Aaqif memberitahu yang mereka akan keluar dating hari ini. Awal mereka bangun untuk meluangkan masa bersama seharian diluar.
Aaqif awal-awal lagi sudah ke dapur, katanya nak siapkan bekal untuk dibawa bersama. Selesai membersihkan diri, Alisya menyusun langkah ke arah walk-in closet mereka dengan hanya bertuala. Satu-persatu baju yang bergantung didalam wardrobe ditilik, mencari yang sesuai untuk dipakai.
Kata Aaqif, mereka akan ke Zoo Negara. Blouse berwarna biru tua menjadi pilihan, dipadankan dengan seluar jeans berwarna putih. Nasiblah perut belum membesar sangat, muat lagi nak pakai jeans.
Sedang Alisya sibuk memilih baju dalam untuk dipakai, terasa ada tangan kekar melingkar dipinggangnya.
"Seksinya baby," bisik Aaqif betul-betul di tepi telinga Alisya sebelum dikucup lembut cuping telinga itu. Tangannya mengusap lembut perut si isteri yang berlapikkan tuala mandi.
"Abang ni, terkejut Nia. Cuba bagi salam," marah Alisya.
"Assalamualaikum, seksi," usik Aaqif nakal.
"Ihhh dia ni!" Pusing tubuh, tangannya mendarat memukul dada bidang si suami. Geram.
Pecah tawa Aaqif melihat muka isterinya menahan marah. "Sayang dah siap ke ni?"
"Dah! Nia pakai baju ni!" Baju yang dipilih tadi diangkat dihadapan suaminya.
"Ohh, kalau macam tu, abang nak pakai baju biru tua jugalah. Sayang pilihkan boleh?"
"Boleh! Kejap," Alisya berlalu menuju ke wardrobe Aaqif dan dicari baju yang sama tona dengannya.
Aaqif hanya memerhati Alisya dari belakang dengan tangan menyilang dada dan tubuh disandarkan pada almari baju milik isterinya.
Dilihat tuala yang melilit tubuh si isteri seakan makin melonggar. Sikit lagi ni silap-silap terlucut juga tuala tu. Tiada niat untuk menegur, Aaqif hanya diam membiarkan.
"Hah, jumpa pun," Alisya mengambil sehelai t-shirt berkolar berwarna biru tua untuk ditunjuk pada suaminya.
"Abang, yang ni can―"
Belum sempat dia menghabiskan ayat, terasa ada sesuatu yang melorot ke bawah. Sejuk tubuhnya disapa angin dari penghawa dingin bilik itu. Terbuntang luas mata bulat Alisya saat kepala menunduk memandang tubuh sendiri.
Lidah menolak isian pipi, cuba untuk tidak menzahirkan senyuman nakal dibibir. Matanya galak memandang si isteri atas bawah. Masin juga mulut dia ni.
"Wow... what a view. Sayang kalau tak nak keluar bagitahu. Bukan guna cara macam ni," selamba saja dia memerli.
"ABANGGGG!!!!"
Pagi-pagi dah riuh rumah banglo mereka dengan jeritan Alisya dan kekekan ketawa Aaqif. Untung tak ada jiran, kalau tak mahu kena report.
"ABANG jangan suka sangat boleh tak?" menderam suara Alisya memberi amaran. Dari tadi tak lekang senyuman dibibir suaminya. Suka sangatlah tu?
"Dapat tengok pemandangan indah pagi-pagi, siapa tak suka?" balas Aaqif bersama tawa yang masih bersisa.
Alisya menjeling tajam suaminya bersama dengusan kasar. Malas nak layan. Aaqif mencuit manja dagu Alisya. Bukan niat untuk memujuk, lagi nak menyakat adalah.
"Tulah, dulu masa mula-mula kahwin bukan main keluar toilet je berbaju. Sekarang dah pandai eh? Sengajalah tu nak goda abang."
Laju tangannya mendarat dipinggang Aaqif sehingga menyeringai Aaqif yang sedang memandu.
YOU ARE READING
AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]
RomanceAaqif Danial × Dania Alisya [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ ⚠️ su*cide attempts, self-h*rm ⚠️ harsh words, lots of cursing. ⚠️ torture, abuse, assault, k*lling scenes ⚠️ read on your own risks. Perkenalan yang singkat membawa kepada satu do...