BAB 58

4.4K 184 8
                                    

"SAYANG, dah siap belum? Lambat nanti, baby," laung Aaqif dari tingkat bawah apabila isterinya masih belum turun.

Terkedek-kedek Alisya menuruni tangga dengan perutnya yang sudah memboyot kedepan. Kandungannya kini sudah mencecah tujuh bulan tapi perutnya rasa macam nak meletup dah.

"Eyy mummy penguin ni. Kenapa comel sangat?" usik Aaqif. Serupa penguin dah isterinya itu kalau berjalan. Dipaut tangan isterinya dan dibantu ibu mengandung itu menuruni tangga.

"Anak abanglah ni, dah kenapa besar sangat?" rungut Alisya.

"Dah dia duduk berdua memanglah besar, sayang," balas Aaqif. Mereka disahkan bakal menimang sepasang kembar selepas membuat pemeriksaan doktor tiga bulan lepas. Seronok tak terkata Aaqif dengan berita itu. Tak sabar rasanya nak tunggu lagi dua bulan sebelum mereka dapat berjumpa dengan anak-anak mereka.

Alisya duduk diatas bangku untuk memakai kasut. Bersusah payah dia menunduk mencapai kasut diatas lantai untuk disarungkan pada kaki tapi dia tak mampu. Keluhan berat dilepaskan. Nak pakai kasut pun dah tak boleh.

Aaqif segera menghampiri isterinya. Sebelah lutut dijatuhkan dihadapan si isteri, kasut sneakers itu disarung kemas pada kaki Alisya. Tali kasut dicapai dan disimpul kemas. Dia yang ajar Alisya pakai sneakers sejak mengandung demi keselamatan isterinya itu.

"Janganlah mengeluh sayang. Kecil hati anak-anak kalau dia orang dengar. Abang kan ada, apa yang sayang tak boleh buat, abang boleh buatkan," tegur Aaqif lembut.

Mencebik Alisya. Tangannya mengusap lembut perut yang membulat itu. "Sorry, twins. Mummy tak sengaja..."

Selesai mengikatkan kedua belah kasut Alisya, Aaqif bangun dan membantu isterinya untuk bangun juga. Pipi gebu itu diusap penuh sayang. Makin bulat pipi isterinya sekarang, rasa nak kunyah.

"Terima kasih sudi bawa anak-anak abang. Abang minta maaf, sayang sakit seorang-seorang macam ni. I promise, I'll do better. I'll take care of you more, okay? Kalau sayang penat, bagitahu abang. Kalau dah tak larat nak pergi kelas pun bagitahu abang. Kita boleh extend, asalkan kesihatan sayang terjaga."

"Nia nak habiskan sem ni je, dah nak final exam. Abang bagi kan?"

"Boleh, sayang but don't push yourself over limit okay?"

Alisya mengangguk dengan senyuman. Suaminya sentiasa menjaganya lebih-lebih lagi sejak perutnya semakin membesar. Nak buat apa-apa pun ditegah.

"Here, your milk." Segelas susu putih dihulur pada Alisya.

"Abang, Nia dah lambat. Jom, jom." Tangan Aaqif ditarik untuk ke kereta namun Aaqif kekal di posisinya.

"Tak payah nak mengelat. Minum. Kalau nak anak kita sihat, sayang yang kena sihat dulu," tegas Aaqif. Setiap hari memang akan dibancuhkan susu untuk Alisya dan setiap kali itulah ada saja alasan isterinya itu untuk mengelak.

Langsung cemberut wajah Alisya. "Nia tak suka susu...."

"It's okay, abang ada ubat dia. Minum cepat."

Nak tak nak, terpaksa juga dia akur. Dua jari mengepit batang hidung dan disalurkan air susu itu ke dalam mulut.

Berkerut-kerut segala otot mukanya cuba menelan rasa susu itu sebelum Aaqif bertindak mencantum bibir mereka.

Tiba-tiba dia rasa manis.

Aaqif meleraikan tautan bibir mereka selepas memindahkan gula-gula ke dalam mulut Alisya.

"Manis dah kan?"

Dada bidang Aaqif ditumbuk lembut. "Main tipu..."

Tersenyum Aaqif melihat wajah isterinya yang memerah.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now