BAB 4

7.2K 298 9
                                    

STETOSKOP kembali dililit pada leher selepas selesai memeriksa degupan jantung Alisya. Dr. Nazmi mengemas peralatan yang digunakan dan berpaling memandang Dato' Fareez dan Datin Melina yang setia menanti dibelakang.

"Alhamdulillah, Alisya dalam keadaan stabil. Nothing to worry, cuma saya nasihatkan sekali lagi supaya jangan bagi tekanan pada dia. Macam saya pernah pesan sebelum ni, it's better to not trigger her traumas or the depression might kick harder than before," jelas Dr. Nazmi.

Tercantum kening Aaqif mendengar nasihat doktor itu. Tak mampu dia menahan rasa ingin tahunya.

"Dania ada depression?" tanya Aaqif tanpa menyedari dia terlepas memanggil gadis itu dengan nama pertamanya.

"Aaqif kenal Sya? Macam mana Aaqif tahu nama dia Dania?" soal Datin Melina curiga. Bila difikirkan semula, apa urusan anaknya itu dengan lelaki yang baru mereka kenali ini sehinggakan anaknya boleh rebah dalam pangkuan Aaqif?

Kening yang tidak gatal digaru sekejap sebelum dia melepaskan deheman kecil. Baru tersedar dia terlepas kata.

"Aunty, uncle. Boleh kita discuss dekat luar? Aaqif ada benda nak cakap," pinta Aaqif, tidak mahu mengganggu tidur Alisya.

"Jomlah keluar. Nazmi, jom uncle hantar kamu ke depan pintu. Maaf ya menyusahkan kamu malam-malam ni," kata Dato' Fareez sambil beriringan dengan Dr. Nazmi untuk keluar.

"Tak ada apa, uncle. Memang tugas saya," jawab Dr. Nazmi. Aaqif dan Datin Melina turut membuntuti mereka keluar dari bilik Alisya.






MATA dibuka perlahan. Melilau pandangannya cuba mengecam keberadaan dia. Tempat itu kelihatan cukup asing pada pandangannya. Dimana dia?

"Taman?" gumam Alisya sendiri.

Alisya mula melangkah perlahan walau dia tak tahu hala tujunya ke mana. Taman itu kelihatan sangat cantik, penuh dengan pokok-pokok bunga yang segar. Terdapat permainan-permainan seperti buaian dan gelongsor juga. Mara ke hadapan lagi, taman itu seperti tiada penghujungnya. Luas, bagai tiada jalan keluar.

"Mummy!"

Pantas Alisya menoleh ke belakang dan seorang kanak-kanak lelaki lingkungan umur tujuh tahun menyapa korneanya. Kanak-kanak itu melambai sambil tersenyum manis ke arahnya menampakkan sebaris gigi yang tersusun cantik bersama lesung pipit yang dalam.

"Mummy, sini lah!" panggil kanak-kanak itu lagi apabila Alisya tidak berganjak dari situ. Ralit Alisya merenung seraut wajah yang sangat persis dengan seseorang itu.

Tak mungkin.

Tanpa sedar, anak kecil itu sudah berada dihadapannya, mendongak memandang Alisya dengan wajah tak berpuas hati. Berkerut-kerut dahi kecilnya memandang si mummy. Tangan Alisya terus diraih supaya mengikutinya sambil mulutnya mula mengomel.

"Mummy ni, kan Aafif suruh datang sana. Kenapa mummy berdiri je dekat sini? Aafif nak ajak mummy main dengan kawan-kawan Aafif. Dia orang semua tunggu mummy Aafif datang," bebel mulut kecil itu. Terpaku langkah Alisya, menyebabkan langkah Aafif turut terhenti. Dia menoleh hairan pada mummynya.

"Mummy, what's wrong?" wajah comel itu menunjukkan riak risau.

"Na― nama awak siapa?" soal Alisya tanpa menjawab pertanyaan anak kecil itu.

"Aafif. Aafif Eyden. Mummy yang bagi nama tu," balas Aafif ceria.

Jatuh lutut Alisya mendengar sebaris nama itu. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata dark hazel milik Aafif. Birai matanya mula terasa hangat. Tak salah lagi...

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now