BAB 23

6.5K 227 27
                                    

KELOPAK mata dibuka perlahan. Mengecil iris matanya saat cahaya terang dari lampu kalimantang bilik itu menyapa pandangan sebelum perlahan-lahan pandangannya semakin jelas. Siling bilik yang tidak lagi asing padanya itu direnung kosong.

Tangan yang berselirat dengan wayar drip ditatap tanpa rasa. Disini lagi dia. Mata meliar sekeliling sebelum berhenti pada sosok Aaqif yang sedang tidur berlapikkan lengan sambil menggenggam tangan kecilnya. Wajah itu nampak tenang.

Langsung tidak digerakkan badannya, risau jika mengganggu lena si suami.

Tanpa izin, air matanya mengalir semula.

Kenapa dia? Kenapa dia yang kena hadap semua ni? Apa dosa dia? Bukankah dosanya sudah dibayar dengan kehilangan kedua orang tuanya? Tak cukup dengan itu, dia hilang anaknya, anak syurganya, satu-satunya penguat yang dia ada. Hidupnya hancur. Dia dijadikan bahan mulut orang-orang yang langsung tidak mengenalinya. Dia dijadikan bahan cemuhan dan hinaan orang-orang yang langsung tiada pertalian dengannya. Dia hidup hanya kerana dia masih bernafas. Dia hidup hanya kerana dia belum mati. Masih tak terbayarkah semua itu dengan dosa lampaunya?

Tanpa sedar, dia mula teresak-esak halus.

Aaqif yang terdengar esakan itu mula terjaga dari tidur.

"Sayang? Hey, kenapa menangis ni? Sakit ke? Abang panggil doktor ya?" Genggaman tangan mereka dileraikan Aaqif. Belum sempat dia bangkit untuk keluar, tangannya kembali digenggam lembut oleh tangan kecil isterinya.

"Abang..."

Duduk kembali dilabuhkan. Wajah pucat isterinya dipandang penuh kasih. Tangan kekarnya naik menyeka lembut air mata si isteri.

"Ya, sayang. Abang dekat sini."

"Can you hold me?" pinta Alisya perlahan.

Tanpa banyak soal, Aaqif naik ke atas katil pesakit dengan berhati-hati dan membaringkan diri di ruangan kosong disebelah Alisya. Ditarik isterinya kedalam dakapan dan diusap lembut belakang tubuh kecil itu.

Alisya membalas pelukan itu erat sehingga tiada ruang antara mereka. Wajahnya disembamkan didada bidang Aaqif. Haruman dari tubuh suaminya sedikit sebanyak menenangkannya.

"I'm sorry, I ruined everything..."

Rambut lebat isterinya dielus lembut. "No, sayang. I'm glad you're fine."

"Nia tak layak ke untuk bahagia?" tanya Alisya perlahan.

"Semua orang layak untuk bahagia, sayang. Tapi Tuhan ada banyak cara untuk bagi bahagia tu. Salah satunya dengan bagi kita ujian," jawab Aaqif lembut.

"Kenapa Nia? Nia dah penat...." makin lebat air matanya mengalir.

"Dalam Surah Al-Baqarah Allah dah berfirman; 'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Dia tahu sayang abang ni kuat, sebab tu Dia pilih sayang untuk lalui semua ni,"

"Then I guess He overestimated me. Because now I'm weak and I'm tired."

Sungguh, dia terlalu penat.

"You're not weak, you're just tired. I told you, you don't have to look strong all the times, sayang. Crying and falling apart doesn't mean you're weak, it shows you're human. Human with emotions. You have to know that it's okay to fall but don't forget to stand up again," Puncak kepala Alisya dikucup sekilas. Dia faham dan amat faham akan perasaan isterinya.

"Tapi sampai bila? Tak cukup lagi ke? Nia penat, Nia pun nak bahagia macam orang lain. Nia pun nak bahagia dengan abang..." tangisannya makin menjadi-jadi.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now