BAB 15

6.5K 255 3
                                    

MATA merenung cincin tunang dijarinya. Esok merupakan hari pernikahannya dengan Aaqif. Saudara-mara Datin Melina dan Dato' Fareez juga sudah datang bermalam di Villa mereka untuk membantu apa yang patut. Kalau orang lain teruja dan berdebar pada malam pernikahan, dia pula tidak dapat menafsir perasaan sendiri. Hatinya terasa kosong. Lagi dan lagi dia mempersoalkan keputusannya. Betul ke apa yang dia buat ni?

Ketukan dipintu menyentak lamunannya. Muncul Datin Melina disebalik pintu dengan senyuman lebar menghiasi bibir itu. Alisya turut membalas.

"Anak mama okey?" tanya Datin Melina lembut.

Alisya hanya diam tidak menjawab. Dia menunduk bermain dengan jarinya. Tidak tahu apa yang perlu dijawab.

"Sya nervous?" tanya Datin Melina lagi.

Alisya menggeleng.

"Sya excited?"

Alisya menggeleng lagi.

"Sya ragu-ragu?"

Bibir digigit lembut, perlahan-lahan dia mengangguk.

Kedua tangan Alisya diraih dan digenggam lembut. Matanya tunak merenung seraut wajah cantik anaknya. Dia tahu sejak kejadian itu, Alisya seperti dalam dunianya sendiri.

"Kenapa Sya ragu-ragu?"

Alisya menggeleng perlahan. "Sya tak tahu, Ma... Sya takut Sya tak mampu jadi isteri yang baik untuk Aaqif."

"Sya dah buat istikharah?"

Dia mengangguk sekali. Selepas pertemuan dia dengan Aaqif di pejabat lelaki itu lagi dia sudah membuat istikharah dan kerana itu juga dia membuat keputusan untuk menerima lamaran Aaqif. Tapi dia sendiri tak tahu kenapa semakin hampir dengan hari yang sepatutnya dinanti-nantikan oleh setiap wanita, dia jadi semakin ragu-ragu.

"Kalau macam tu, mama yakin keputusan Alisya ni betul. Mama yakin Aaqif mampu bahagiakan anak mama ni. Cukup dah Sya sakitkan diri sendiri, stop being trapped in your own past. It's time for you to be happy. Lagipun, bukan ke dia lelaki yang Sya tunggu?" duga Datin Melina.

Alisya mengangkat kepala memandang wajah lembut mamanya. "Ma― macam mana mama tahu?" Seingatnya dia tak pernah bercerita tentang siapa Aaqif dan dia sebelum ini.

Datin Melina tersenyum. "Aaqif dah cerita semuanya masa hari pertama dia datang rumah ni lagi."

Terkejut Alisya mendengar. "Masa malam tu? Yang dia datang dengan papa tu?"

Datin Melina mengangguk. "Ya, yang Sya pengsan tiba-tiba tu," jawab Datin Melina.

Bertaut kening Alisya. "Apa yang dia cerita?"

"Semua yang mama dengan papa patut tahu? Awalnya kami terkejut juga tapi mama anggap mungkin ini masa yang sesuai Allah nak hantar jodoh Alisya. Mama tahu Sya rasa ragu-ragu mungkin atas apa yang dia pernah buat dulu atau mungkin sejak kebelakangan ni hati Sya jadi makin tak yakin dengan dia. Tapi percaya cakap mama, mama boleh nampak yang dia betul-betul sayangkan anak mama ni. Kalau tak, mana mungkin dia sanggup ulang-alik kehulu-kehilir jaga Sya," pujuk Datin Melina cuba meyakinkan Alisya.

"Boleh jadi dia rasa bersalah je, Ma..." kata Alisya perlahan.

"Kalau semata-mata kesian dan rasa bersalah, dia tak akan sampai melutut menangis depan mama minta maaf sebab tak jaga Sya dengan baik lepas kejadian tempoh hari."

Membulat mata Alisya. Lelaki itu melutut kerana dia? Alisya menunduk bermain dengan jarinya.

"Betul kan keputusan Sya ni, Ma?" tanya Alisya lagi.

Datin Melina mengukir senyuman manis seraya menganggukkan kepala. "Insya-Allah, semuanya akan baik-baik. Sya kena yakin dengan jawapan yang Sya terima dari Allah. Dan jangan pernah berhenti berdoa untuk rumah tangga Sya nanti. Ingat pesan mama, apa pun masalah yang datang, jangan bermasam muka dengan suami lama-lama, duduk berbincang elok-elok. Jangan tinggi suara dengan suami, dan yang paling penting, jangan pernah belakangkan suami dalam semua perkara. Ingat, kita isteri perlukan redha suami dalam setiap langkah dan perbuatan kita," nasihat Datin Melina lembut. Kepala anaknya diusap lembut.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now