BAB 52

5.9K 248 22
                                    

ALISYA merangkul pinggang suaminya yang sedang termenung di balkoni bilik mereka dari belakang sebelum pipinya menekap belakang tubuh tegap itu. Detak jantung Aaqif sentiasa menjadi irama yang menenangkannya.

Tersenyum Aaqif. Dipusing tubuhnya menghadap si isteri. Tangannya memaut pinggang Alisya rapat, menghapuskan jarak antara mereka.

"Sayang dah habis cakap dengan adik?" Rambut Alisya diusap lembut.

"Adik yang mana satu? Nia dah ada tiga adik sekarang," seloroh Alisya.

"Amboi, banyaknya adik dia. Dengan adik lelaki sayang tu lah. Did you settle with him?

Alisya mengangguk.

"Adik cakap apa?" soal Aaqif ingin tahu. Dia pun tertanya-tanya juga kenapa Darwish mengambil keputusan untuk menyertai kegiatan haram begitu pada usia yang muda.

Nafas dihembus lemah. Kata-kata Darwish tadi betul-betul menikam tangkal hatinya. "Nia ni betul-betul kakak tak guna kan, abang?" Senyuman kelat terukir dibibir bersama bening mata yang mula bertakung.

"Tell me, sayang."

"Adik cakap dia cuma nak tolong ayah. Sebab masa tu kilang ayah tengah dalam krisis. Nia pula perlukan duit untuk bayar yuran pengajian. Dia tak tahu pun semua tu sindiket. Dia teruskan sebab masa tu memang kita orang perlukan duit. Dia kata asalkan tugas dia tak melibatkan pembunuhan, dia buat je. Dan yang paling penting... dia tak nak Nia berhenti belajar hanya sebab tak ada duit..."

Tubir yang bertakung itu perlahan-lahan menitiskan mutiara jernih sebelum bertukar deras.

"Dia cakap dia tahu Nia suka belajar, jadi biarlah dia kerja untuk sara keluarga dan tampung pembelajaran Nia sebab dia nak tengok Nia berjaya. Abang, kenapa dia macam tu? Kenapa dia buat Nia rasa bersalah macam ni?"

Air mata isterinya diseka lembut.

"Shhh, things happened and we can't undo them. What we can do is, improve. Improve ourselves so that the sacrifices made in the past won't get wasted."

Tubuh Alisya dibawa ke dalam pelukan.

"This is what you've been waiting for, sayang. So, belajar elok-elok. Tak perlu fikir pasal benda lain, fikir abang tak apa. Tapi jangan pernah abaikan kesihatan. Remember, our child is with you. If you ever feel exhausted, tell me straight away. Boleh, sayang?"

Alisya mengangguk dalam pelukan si suami.

Syukur, Aaqif masih mengizinkan dia untuk menyambung pelajaran walaupun mulut suaminya tidak jemu berpesan itu ini. Akan dia pastikan, impiannya yang tertangguh dulu dapat dicapai.

'Ibu, ayah. Alisya janji akan banggakan ibu dengan ayah.'









KELAM-KABUT pagi suami isteri itu apabila Alisya terbangun lewat untuk kelas pertama dia. Itulah, bukan main mereka berdua layan Netflix malam tadi sampai tak sedar dah pagi buta.

"Eh eh, sayang. Your bottle."

Alisya yang sudah berada di laman rumah segera berpatah balik mendapatkan suaminya dimuka pintu dan mengambil botol air yang sudah diisi Aaqif dengan air putih untuk dibawa ke kolej.

"Thank you, abang. I love you, muah! Im, cepat! Saya dah lambat!"

"Jangan lari, baby! Im, tolong tengok-tengokkan," pesan Aaqif pada Imran. Lasak betul ibu mengandung yang seorang ni. Lupa ke dia tengah bawa satu nyawa bersama?

"Baik, Tuan. Saya pergi dulu."

Aaqif hanya mengangguk. Sepatutnya dia yang menghantar Alisya tapi disebabkan dia ada mesyuarat dengan klien yang arahnya bertentangan dengan jalan menuju ke kolej isterinya, tak dapat dia temankan isterinya untuk hari pertama kuliah.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now