BAB 72

5.3K 223 18
                                    

BOTOL air mineral yang dibeli semasa singgah dikedai runcit tadi dibuka penutupnya dan disiram airnya diatas tanah perkuburan dihadapan.

"Aku baru balik dari melawat mak dengan adik-adik kau. Mak kau sihat Alhamdulillah. Adik kau si Ilham tu dapat tawaran sambung belajar dekat IPTA. Mesti kau bangga kan?" Aaqif membuka bicara sambil tangannya membuang daun-daun kering diatas tanah itu.

"Adik kau Isya tu pula dapat tawaran MRSM. Pandai-pandai adik-adik kau. Kalau kau pun sambung belajar, mesti aku boleh tengok kau berjaya juga. Tapi malang sebab kau pilih untuk buat kerja bahaya macam ni. Sampai ragut nyawa kau."

Aaqif terjeda seketika menahan sebak. Dia cuba beriak biasa dihadapan semua orang, tapi hakikatnya dia masih terkilan dengan cara pemergian Imran, seseorang yang sudah dianggap seperti adik sendiri.

"Aku minta maaf... aku tak patut terima kau kerja bawah aku..." Dia cuba untuk ikhlaskan pemergian Imran. Tapi entah kenapa, lebih mudah berbicara dimulut dari melakukannya.

Masih terngiang bagaimana dia membantah sekerasnya untuk Imran menjadi pengawal peribadi buat Alisya. Baginya, pemuda seusia Imran mempunyai masa depan yang cerah dan tidak sepatutnya disia-siakan kepada pekerjaan yang sebegitu. Tapi sekeras itu juga lelaki itu mendesak. Bersungguh dia menjalani pelbagai jenis latihan semata-mata untuk membuktikan padanya yang dia layak.

"Terima kasih jaga isteri aku macam nyawa kau sendiri. Aku janji aku akan jaga keluarga kau macam keluarga aku. Dan kau tak perlu risaukan pelajaran adik-adik kau. Aku akan tanggung semuanya. Kau boleh rehat puas-puas." Terbentuk senyuman nipis dibibir Aaqif.

Nafas ditarik panjang cuba memujuk hati sendiri.

"By the way, anak-anak aku dah lahir. Enam bulan dah pun. Kau yang paling tak sabar nak tengok anak aku tapi kau yang pergi dulu. Tak apalah, nanti diorang dah besar sikit aku bawa diorang jumpa kau. Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi." Batu nisan yang tertera nama Imran diusap perlahan sebelum dia bangkit dari mencangkung untuk berlalu pergi.












SALAM diberi sebelum Aaqif melangkah masuk ke dalam Mansion Dato' Aashraf. Aisyah yang sedang meniarap sambil membuat tugasan sekolah diruang tamu langsung menoleh ke arah kelibat yang menghampiri. Pantas dia bangun dari meniarap dan mendapatkan Aaqif.

Aaqif mengusap lembut kepala Aisyah. "Aisyah buat apa tu?"

"Aisyah tengah buat homework," jawabnya ringkas. Sepasang matanya bagai meliar mencari seseorang dibelakang Aaqif namun hampa. Ayah angkatnya itu datang bersendirian. Aisyah tertunduk menekur lantai.

Aaqif yang faham akan reaksi Aisyah merendahkan tubuh menyamai ketinggian Aisyah. Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi setiap kali dia datang melawat Aisyah, pasti anak kecil itu menanti sosok seorang ibu untuk datang bersama.

"Mummy tengah sibuk jaga Aayrel dengan Aayris. Malam tadi diorang meragam tak nak tidur. Sebab tu mummy tak datang," kata Aaqif lembut. Tahu anak kecil itu setia menanti kedatangan Alisya sejak dia dibawa tinggal di Mansion itu.

"Ohh... Mummy tak bencikan Aisyah kan?" soal Aisyah perlahan. Dia keliru kenapa dia perlu duduk di rumah besar ini sedangkan pasangan suami isteri itu mengaku sebagai ibu bapa angkatnya. Kenapa mereka tidak tinggal bersama seperti anak-anak lain tinggal bersama ibu bapa mereka? Banyak persoalan bermain di mindanya tapi dia juga sudah cukup besar untuk faham dan sedar akan kedudukan dia didalam keluarga itu.

"Taklah. Mummy sayang Aisyah. Nanti mummy dah tak busy, mummy datang jumpa Aisyah okey?"

"Lepas tu Aisyah boleh jumpa dengan twins ke? Aisyah rindu twins..."

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now