BAB 59

4.2K 194 26
                                    

DERINGAN alarm dari telefon bimbitnya menyentak Alisya dari lena. Tangan mencapai telefon disisi katil untuk mematikan alarm. Jam pada skrin telefonnya dikerling sekilas. 6 pagi.

Tubuh dipalingkan menghadap tempat tidur suaminya namun kosong. Langsung tak terusik. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan menampung perut sendiri. Suaminya tak tidur bersama?

Dia keluar dari bilik tidurnya untuk mencari Aaqif. Kaki melangkah menuju ke bilik kerja milik Aaqif.

Dilihat Aaqif yang sedang tidur diatas sofa didalam bilik itu dengan sebelah lengan menutup mata. Kenapa suaminya tidur disini?

Perlahan-lahan Alisya mendekati. Bersimpuh dia diatas lantai sambil merenung si suami yang sedang pulas tidur.

Suaminya nampak lain sejak pulang malam tadi. Dia perasan, namun untuk menyuarakan secara berlebihan, dia takut suaminya marah. Lagi pula, Aaqif nampak letih malam tadi. Jadi dibiarkan. Tapi bauan yang menyinggah dirongga hidungnya malam tadi tak mampu memujuk hatinya untuk bersangka baik.

Aaqif yang terasa bagai diperhatikan mula terjaga dari tidur.

"Sayang..?" suara serak itu menyapa.

"Kenapa abang tidur dekat sini?" perlahan Alisya bertanya. Tak mampu menyembunyikan kecewa dalam hati. Selama mereka berkahwin, tak pernah mereka berpisah tempat tidur.

Perlahan-lahan Aaqif bangun untuk duduk. Wajah muram isterinya dipandang penuh rasa bersalah.

"Abang tertidur. Ada kerja sikit malam tadi," jawab Aaqif perlahan. Tak mampu dia terus menatap sepasang mata itu.

"Bangun, sayang. Jangan duduk atas lantai macam ni," kata Aaqif sambil tangannya menggamit Alisya untuk duduk diatas sofa.

Entah kenapa, hati Alisya dihurung sebak. Apa lagi yang disembunyikan suaminya? Tapi dia langsung tak berani untuk bertanya. Sama ada takut akan jawapan yang bakal keluar dari seulas bibir itu atau takut akan berlakunya perbalahan antara mereka lagi. Sungguh, dia tak sanggup.

"Jom solat. Dah pukul 6," ajak Alisya.

"Okey. Sayang ambil wuduk dulu. Abang guna toilet sini je."

Tanpa kata, Alisya bangkit menuju ke arah bilik tidur mereka. Ya Allah, buanglah segala syak wasangka terhadap suamiku, Ya Allah.

Selesai Solat Subuh bersama, Aaqif terus bersiap untuk ke pejabat. Suasana bilik tidur yang dahulunya sentiasa riuh dengan perbualan dan gelak tawa mereka, kini bertukar suram. Alisya mahupun Aaqif, sama-sama tenggelam dalam perasaan sendiri.

Alisya yang sedari tadi memerhati suaminya sedang bersiap perlahan-lahan mendekati. Tangan mula mengambil alih tugas Aaqif membutangkan baju kemejanya.

Aaqif yang tersentak dengan kelakuan Alisya, secara spontan menapak satu langkah ke belakang, menghalang Alisya dari menyiapkan dia.

Kecil hati Alisya dengan tindakan Aaqif. Suaminya tak pernah menolak sentuhan dia.

"Why?" soal Alisya cuba menyembunyikan rasa hati.

"Huh? Err... tak apa abang boleh siap sendiri. Sayang siaplah, ada kelas pagi kan? Abang hantar sekali," jawab Aaqif. Sedaya upaya ditutup rasa gemuruh didada.

"Kelas Nia petang..." balas Alisya perlahan. Tersinggung hatinya kerana Aaqif tak pernah lupa akan jadual kuliahnya.

"Ohh... kalau macam tu sayang rehatlah. Tak perlu turun hantar abang, nanti kaki bengkak jalan banyak sangat," kata Aaqif. Dia perasan air muka isterinya berubah tapi sungguh, dia tak mampu nak berbuat apa-apa.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now