BAB 13

6.6K 275 1
                                    

DUA minggu Alisya ditahan di hospital dan akhirnya dia dibenarkan pulang hari ini. Dilihat Datin Melina yang sedang mengemas pakaiannya untuk dibawa pulang. Keadaannya semakin membaik, kesan lebam dan bengkak juga semakin surut. Semuanya gara-gara Aaqif yang tidak pernah lupa membawa segala jenis minyak dan krim tambahan untuk luka-luka serta lebamnya setiap kali lelaki itu datang menjaganya.

Hampir setiap malam dia meminta Aaqif untuk menemaninya di hospital kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku memandangkan menurut laporan polis, penjenayah itu berjaya melarikan diri dan sehingga kini masih tidak dapat diberkas.

Hendak meminta mama dan papanya, tidak sampai hati nak menyusahkan kedua orang tuanya. Mujur Aaqif tak pernah mengeluh. Dan kerana lelaki itu jugalah, Alisya jarang dapat berfikir tentang kejadian pahit itu. Ada saja perangainya untuk menghiburkan Alisya. Tapi hari ini, lelaki itu tidak dapat bersamanya kerana ada urusan kerja. Tidak mengapalah, dia pun dah banyak menyusahkan tunangnya.

Hari pertama dia warded pun sudah banjir hospital dengan media dan wartawan bertanyakan keadaannya. Telefon bimbitnya dan Nadia tidak berhenti berdering, berpusu-pusu mesej masuk selepas kejadian itu dilaporkan didalam berita. Terus Nadia mematikan telefon bimbit Alisya, katanya supaya dia boleh berehat dengan tenang. Ya, memang tenang pun. Selepas hari kedua, tiada seorang pun pihak media yang berada dihospital. Entah apa yang Aaqif dan Nadia buat pada mereka.

"Jom, sayang. Mama dah siap dah," kata Datin Melina sambil tersenyum pada anak gadisnya. Rindu sungguh dia pada Alisya, tak sabar nak bawa balik. Sunyi hidupnya sejak anaknya dimasukkan ke hospital.

Alisya tersenyum dan bangun dari katil pesakit meninggalkan wad yang didudukinya selama dua minggu. Lengan mamanya dipaut.

"Sya ada nak makan apa-apa tak? Mama masakkan," teruja suara Datin Melina. Mereka berjalan beriringan menuju ke parking lot hospital dimana Pak Man menunggu. Alisya mengetuk-ngetuk dagunya sambil berfikir.

"Ermm... Sya macam nak makan kuey teow ladna lah mama, boleh ke?"

"Mestilah boleh. Pak Man, kita singgah supermarket nak beli barang sikit."








PERLAHAN saja langkah Alisya mendekati mamanya dari belakang. Terjingkit-jingkit kakinya sebelum kedua belah tangannya dibawa melilit pinggang Datin Melina secara mengejut menyebabkan bahu si mama terhinjut serentak.

"Hmm, sedapnya bau..."

"Ish, budak bertuah ni, terkejut mama. Ni, Sya cuba rasa kuah dia ni, okey tak?" kuah ladna didalam periuk itu disenduk sedikit menggunakan sudu kecil dan disuap kedalam mulut Alisya.

"Uish sedapnya, mama. Macam restoran sepuluh bintang!" bersungguh dia suakan sepuluh jarinya dihadapan Datin Melina bersama mata bulat yang bersinar-sinar. Tergelak kecil Datin Melina melihat gelagat anaknya itu.

"Perli ke apa?" Datin Melina menjeling manja.

"Ish mama ni. Orang kata, tak baik tau buruk sangka dengan orang. Nanti Allah tarik pahala baru tahu, mama nak ke?"

"Ewah diceramahnya kita..." pecah tawa dua beranak itu. Sisi tubuh Datin Melina dipeluk penuh sayang.

"Gurau, mama,"

"Dah, jom pergi makan. Sya bawa kuah dengan kuey teow ni ke meja depan, mama ambil mangkuk dengan sudu kejap," Alisya akur tanpa membantah.

Datin Melina kembali dengan dua mangkuk dan sudu garfu. "Eh, papa? Tak akan papa nak makan seorang-seorang?" tanya Alisya memandangkan Dato' Fareez masih belum pulang dari kerja.

"Tak apa, papa biar mama yang teman. Sya tu kena makan dulu, Sya kena berehat lagi. Also, jangan nak memandai-mandai ya accept job untuk shooting, cakap dengan Nadia sekali. Kalau mama tahu, mama bakar studio tu nanti," tegas Datin Melina. Bukan boleh percaya anaknya ini.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now