BAB 50

5.9K 230 17
                                    

ALISYA membuang pandang ke tengah lautan yang terbentang luas dihadapannya melalui balkoni resort mereka. Damai. Sungguh tenang dirasakan saat ini. Angin malam yang menampar lembut wajahnya menambah ketenangan dalam hati. Terukir senyuman manis dibibir tanpa disedari.

Seketika terasa ada tangan kekar membelit pinggangnya dari belakang sebelum kucupan lembut dilabuhkan diatas bahunya yang terdedah.

"Why, baby? Something's bothering you?" lembut suara garau itu bertanya.

Semakin lebar senyuman Alisya mendengar suara suaminya. Tubuh dipusing menghadap Aaqif sebelum dipeluk manja leher si suami.

"Nothing. Saja ambil angin malam. Lusa kan kita nak balik dah, sedihlah," adu Alisya dengan bibir tercebik. Pejam celik sudah seminggu mereka disini.

Anak rambut Alisya yang berterbangan ditiup angin diselit di tepi telinga. "Nanti kita datang lagi ya? Bawa little berry pula," pujuk Aaqif.

Alisya mengangguk bersama senyuman. "Abang rasa anak kita lelaki ke perempuan?" tanya Alisya ingin tahu pendapat suaminya.

"Ermm, abang rasa perempuan," jawab Aaqif.

"Why?"

"Sebab sayang abang ni manjaaa sangat sekarang ni, abang rasa nak lipat-lipat dia masuk dalam poket." Dikepit hidung mancung Alisya melepaskan geram.

Berkerut seribu dahi Alisya menahan sakit dikepit suaminya. Laju tangannya naik memukul dada bidang Aaqif yang tidak berbaju itu. "Sakitlah! Abang ni dah lama tak kena maki ke?" Diusap lembut hidungnya semula. Mesti dah merah.

"Amboi, sampai hati nak maki abang." Hidung isterinya diusap sayang sebelum dikucup lembut pucuk hidung itu. Terlebih tenaga pula dia guna sampai merah hidung Alisya.

"Tak jadi nak maki," kata Alisya selepas menerima kucupan dari si suami.

Aaqif ketawa kecil. Tangan kekarnya masih setia memeluk pinggang ramping Alisya. Perut Alisya diusap lembut.

"Abang tak sabar nak jumpa anak kita. Mesti comel. Kalau betul perempuan, mesti cantik macam sayang tapi abang harap dia dapat pipi gebu sayang ni, senang abang nak gomol." Dicubit-cubit pipi gebu Alisya.

"Oh, lepas tu abang lupa Nia kan?"

"Aih sayang. Dia tak keluar lagi sayang dah cemburu?" usik Aaqif.

"Betullah. Silap-silap Nia dilupakan terus," kata Alisya dengan nada merajuk.

Pipi gebu itu diusap penuh sayang. "No one gonna hold my heart like you do, sayang. Kita ada 10 anak sekalipun, you're still my Queen. Remember that," pujuk Aaqif lembut.

Alisya mengulum senyum. "Sweet talker," balas Alisya perlahan menahan malu.

"Only to you." Kucupan hangat dilabuhkan di dahi licin Alisya. Lama, mencurahkan segala rasa cinta untuk wanita ini.

"Abang jangan menyesal pula kalau betul-betul keluar sebiji macam Nia. You think you can handle us?"

Ahh... lupa pula.

"Tak apalah. Abang cuma boleh doa semoga kesabaran abang masa tu setinggi langit," kata Aaqif bersahaja.

Laju cubitan ketam Alisya mendarat diperut Aaqif. "Abang nak cakap Nia uji kesabaran abang ke ni?"

Tangan kecil itu ditangkap dan dibawa ke bibir sebelum dikucup lembut. Kecil tapi bisa dia fuhhh. "Teruji sikit je," jawab Aaqif sengaja menambah api kemarahan isterinya.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now