PROLOG

18.8K 393 32
                                    

MENGGIGIL halus tangannya memegang sesuatu ditangan. Birai mata yang mulai basah membataskan pandangan yang semakin kabur. Air mata diseka kasar, cuba memastikan semula apa yang dilihat itu benar.

Dua garis.

Dia bukanlah bodoh tidak mengerti dua garis lurus yang tertera pada alat ujian kehamilan ditangan. Kerap kali dia berasa pening dan mual seminggu ini membuatkan dia mula tak sedap hati. Haid yang sudah terlewat seminggu dari kiraan menyebabkan dia tekad untuk membuat ujian itu.

Jika perkhabaran ini diterima oleh pasangan suami isteri, mungkin mereka akan gembira dan memanjat kata syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Esa. Tapi tidak pada dia. Kerana dia tidak mempunyai suami, apa lagi memegang gelaran seorang isteri.

Tangannya dibawa mengusap perut sendiri. Sungguh, dia buntu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Beritahu ibu dan ayahnya? Dia yakin orang tuanya pasti kecewa yang teramat. Gugurkan kandungan ini? Tidak. Cukuplah dengan dosa zina yang dilakukan. Mana mungkin ditambah dengan dosa membunuh bayi yang tidak bersalah ini.

Telefon bimbit diambil dari meja belajarnya. Kontak nama seseorang dicari sebelum dia membuat panggilan.

Satu minit menanti akhirnya panggilan bersambung.

"Hello Dania," sapa suara garau dihujung talian.

"Danial, aku ada benda nak cakap. Kita jumpa sekejap boleh?" tanya Alisya.

"Aku pun ada benda nak cakap. Kita jumpa tempat biasa petang ni," balas lelaki bernama Danial itu.

Usai panggilan dimatikan, Alisya bangkit dari kerusi belajarnya dan bersiap ala kadar untuk keluar.













JAUH Alisya termenung menghadap taman bunga dihadapan menanti kehadiran sang teman lelaki. Terasa ada sosok melabuhkan duduk dibangku sebelah mematikan lamunan Alisya.

"Sorry lambat," kata lelaki itu.

"It's okay. Kau nak cakap apa?" tunak Alisya memandang ke dalam anak mata dark hazel itu. Kali terakhir mereka berjumpa adalah dua minggu yang lalu. Entah kenapa, kebelakangan ini lelaki itu berkelakuan aneh seakan menyembunyikan sesuatu. Kuliah juga semakin kerap lelaki itu ponteng.

"Aku nak pindah KL," balasnya perlahan.

Terkedu Alisya mendengar kata-kata si teman lelaki. Dia sedia maklum bahawa keluarga lelaki itu menetap di Kuala Lumpur. Hanya dia dan adik kembarnya disini, di negeri orang kerana menyambung pelajaran. Tapi mereka belum tamat semester, apa lagi tamat pembelajaran.

"Kenapa tiba-tiba?" tanya Alisya.

"Mummy dengan daddy aku suruh aku pindah belajar dekat kolej sana. Dia orang tak bagi aku duduk jauh. Dan..." lelaki itu terjeda seketika.

Alisya setia menanti lelaki itu menyambung bicara.

"Aku nak putus," sambung lelaki itu tanpa memandang wajah Alisya.

Dum!

Terasa dunianya terhenti saat itu. Hatinya bagai dilapah-lapah mendengar tiga patah perkataan yang meluncur keluar dari bibir sosok disebelahnya ini tanpa teragak-agak.

"W― why?"

"Aku... aku dah ada orang lain."

Hati yang sudah retak seribu terasa hancur berderai. Tegarnya lelaki itu mengkhianati cinta yang ditabur seikhlas hati. Bibirnya mula bergetar halus. Birai mata yang mula bergenang menakung air sedaya upaya ditahan dari tumpah.

"Si― siapa?" terasa perit di kerongkong untuk melontarkan soalan itu.

"Kau tak kenal," matanya melirik sekilas wajah gadis disebelah yang sudah berubah mendung.

AAQIF'S: HER GUARDIAN [C]Where stories live. Discover now