Bab 43

98 5 0
                                        


SEBELUM aku kembali ke Kuala Lumpur, Naemah yang sedang bercuti menggesa aku ke bandar Tangkak. Ibu juga mengesyorkan aku membuat perkara sama. Pertunanganku dengan Ady Farhan akan berlangsung lagi sebulan. Tentu ibu tak cukup tangan menyediakan semua kelengkapan majlis pertunanganku. Sebaiknyalah aku mulakan dari sekarang.

Ditemani Hanim dan Naemah, di tanganku berjela-jela senarai barangan yang dipesan ibu. Mahu penuh satu bonet MyVi Naemah agaknya.

"Dulu kau bertunang dengan Syamsul, kena beli barang macam ni banyak juga ke Hani?" Naemah pun pening dengan senarai ditanganku.

"Entahlah... dulu aku muda lagi. Semua ibu dan arwah abah yang siapkan. Aku tahu ikut aje. Sekarang ni rasa lain pulak,kena beli sendiri."

"Itu maknanya kau dah tua. Sikit lagi dah nak andartu." Naemah mengutuk. Sempat lagi tu!

"Eleh... Mengata orang! Kalau aku andartu, kau pun samalah!" sengih lebar Naemah dengan balasanku.

Kami bertolak dari Kg. Padang Lalang selepas waktu Asar. Jam menginjak ke angka 9.00 malam, barulah kami sampai ke Bandar Mahkota Cheras. Di hadapan pintu pagar rumah Naemah, sebuah kereta yang cukup aku kenali sedang menunggu. Aku mengeluh perlahan sambil mengelengkan kepala.

"Kereta siapa pulak depan rumah kita? Kau ada kenal sapa-sapa ke yang pakai kereta mahal macam tu?" Naemah segera menoleh padaku.

"Halique!" meletus nama itu di bibirku sekaligus menjawab pertanyaan Naemah.

"Halique... macam pernah dengar je nama tu?" Naemah membelok ke depan pintu pagar rumahnya. Kereta Halique terparkir elok di depan pagar sejajar dengan siarkaki jalan.

"Kau ingat tak lelaki yang cari aku masa aku kena tahan kat wad?"

Naemah mengerutkan dahi cuba mengingati lelaki yang aku maksudkan. Ha... betul lah! Nama dia pelik sikit tapi aku musykil. Kenapa dia cari kau? Kawan lama kau ke? Let me guess, ex-boyfriend kau kat Perth? Dia hensem tak?"

"Mak aih, banyaknya soalan! Tu... dia dah keluar dari kereta. Kau tengoklah sendiri."

"Hani.... betul ke apa yang aku nampak ni? Hensem giler kau, kalah Ady Frahan!" mata Naemah membulat. Tak berkedip matanya mengiringi langkah Halique ke bahagian kiri pintu MyVi kuningnya.

"Awak buat apa kat sini? Awak tunggu saya?"

"Habis tu, kau ingat aku datang nak memancing ke?"

Naemah tergelak di tempat duduknya. Aku menjelingnya sekilas. Geram juga aku ditertawakan walaupun aku tahu Naemah tak berniat begitu.

Aku keluar dari kereta dan buka kunci pintu pagar tanpa mengendahkan Halique. Kedua-dua belah pintu pagar aku buka seluasnya dan Naemah memandu masuk ke bawah anjung.

"Awak nak apa lagi dari saya? Kalau awak nak tahu samada Ijad sihat atau tak, telefon pun boleh! Tak perlulah awak berumah-tangga depan rumah saya."

"Aku nak jumpa kau. Jom... kita keluar, aku belanja kau makan. Kalau kau takut aku bawak kau lari macam hari tu, kau boleh ajak kawan serumah kau sekali."

"Saya baru sampai dari kampung. Saya letih. Lain kalilah, kita keluar?"

"Dua jam aku tunggu kau kat sini. Takkanlah kau tak boleh bagi sikit simpati kat aku?"

"Dua jam? Kenapa tak telefon?"

"Dah berpuluh kali aku called, tapi kau tak angkat." Cebik Halique.

Hah! Kenapa pulak aku tak boleh dengar bunyi deringan telefon bimbit semasa dalam kereta tadi?

"Sekejap.. saya check. Rasanya saya tak dengar apa-apa tadi. Awak tunggu dulu. Saya nak bawak beg masuk rumah.".

"Tak sudi nak jemput aku masuk ke?'

"Maaf ya! Saya bukan 'Tuan Rumah'. Saya menumpang je kat sini. Lagipun, ini rumah bujang, tak manis rasanya kalau jemput awak masuk."

"Baiklah, aku tunggu kau kat sini. Kau jangan tak keluar pulak."











Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 08, 2025 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

BIAR BULAN BERBICARACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang