Saat tiba diperkarangan rumah, dia dapat melihat kereta suaminya sudah terparkir digaraj. Awal pula suaminya pulang hari ni. Biasa waktu macam ni, batang hidung suaminya pun tak nampak. Sedut nafas dalam, kemudian dia hembus perlahan.
Masuk saja ke dalam rumah, dia melihat suaminya sedang menunggunya diruang tamu. Ditangan suaminya, ada tali pinggang. Kasturi pandang suaminya. Dia boleh agak ke mana nasibnya nanti.
"Abang..." senyum cuba diukir. Lalu Kasturi menghampiri suaminya. Nak lari pun tak ada guna. Tetap juga dia akan menjadi mangsa.
"Kau pergi mana?" soal lelaki itu dingin.
"Sa...saya..."
"Aku tanya kau pergi mana?! Kau dah tak ada mulut ke nak jawab?" lelaki itu berdiri kemudian mencerlung tajam ke dalam anak mata Kasturi.
"Sa...saya pergi klinik."
"Buat apa pergi klinik?" soal lelaki itu lagi.
"Badan saya sakit sangat, abang. Saya tak tahan," ujar Kasturi perlahan.
Tubuh Kasturi didekati. Tudung yang dipakai oleh Kasturi di tarik ke belakang sehingga terdongak kepalanya.
"Kau pergi mana? Klinik?" soal lelaki itu semula
"Abang...sakit..." rintih Kasturi perlahan.
"Kau pergi klinik? Kau buat apa pergi klinik? Kau nak suruh semua orang tahu yang aku pukul kau ke hah? Kau memang tak gunakan? Kerja kau memang menyusahkan hidup aku," tubuh Kasturi ditolak sehingga dia terdorong ke lantai.
"Abang...janganlah buat saya macam ni. Saya sakit sangat ni," kata Kasturi dalam ketakutan. Tangannya mula mengigil. Ya Allah, kuatkanlah dirinya.
"Kau sakit? Eh hati aku pun sakitlah nak hadap kau yang asyik menyusahkan aku. Kau tahu tak yang kau tu cuma beban dalam hidup aku. Menyesal aku kahwin dengan kau,"
Tangan diangkat tinggi sebelum lelaki itu melibas di setiap inci tubuh Kasturi menggunakan tali pinggang.
"Abang...jangan pukul saya. Sakit, abang."
"Memang patut kau sakit sebab kau tak pernah nak dengar cakap aku. Kau cuma reti menyusahkan aku je,"
"Abang...saya minta maaf," merayu-rayu Kasturi meminta ampun pada suaminya. Namun, rayuannya diabaikan. Makin pedih dia rasa. Parut semalam pun belum hilang, sekarang ditambah lagi.
"Pergi mampuslah dengan maaf kau tu!" jerkah suaminya.
Kasturi tak mampu nak melawan. Dia biarkan saja tubuhnya menjadi mangsa amukan suaminya sendiri. Air mata mengalir laju tanpa henti. Lidahnya kelu. Tak mampu nak mengungkap kata lagi.
Kasturi terbaring dilantai. Tubuhnya terlalu lemah untuk bergerak. Tapi dia tetap memaksa untuk bangun. Suaminya sudah keluar setelah puas hati dapat meninggalkan kesan pada badannya. Itulah yang berlaku setiap kali dia dipukul. Suaminya akan menghilang. Kadang, sampai dua tiga hari tak balik rumah.
Hari ni, dia sudah putus asa. Tak sanggup lagi dia nak meneruskan hubungan yang menyiksakan dirinya sendiri. Dia perlu pergi dari sini. Sudah lama dia bertahan. Kalau dia terus disini, mungkin dia berakhir ke liang lahad.
Digagahkan tubuhnya untuk berdiri. Capai beg, capai kunci kereta, Kasturi keluar dari rumah itu dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan sebelum dia beredar dari rumah itu.
Rumah sahabatnya dituju. Sepanjang dia berkahwin dengan suaminya, hubungan dia dan Hanim mula renggang. Pergaulan dia sudah terbatas. Dia tak boleh nak keluar makan bersama macam dulu lagi. Dia langsung tak diizinkan keluar. Dia cuma diizinkan untuk keluar ke sekolah. Dia bekerja sebagai guru. Cuma disekolah dia akan berpeluang untuk berjumpa sahabatnya. Mereka mengajar disekolah yang sama. Tapi selalunya, dia berusaha mengelak untuk bertemu. Dia takut sahabatnya perasan akan perubahan dirinya.
Bila dia tiba dirumah sahabat, dia jadi ragu-ragu. Kalau Hanim melihat keadaannya, sudah pasti masalah rumah tangga akan diketahui oleh keluarga Hanim. Tak apa ke kalau orang lain tahu tentang masalahnya? Tapi dia sudah tak sanggup lagi. Dia tak tahan asyik dipukul oleh suami sendiri.
Mata dipejam rapat. Dia yakin Hanim akan membantunya. Dia yakin yang keluarga Hanim sudi membantunya. Ini saja peluang yang dia ada. Kuatkan diri, akhirnya loceng rumah itu ditekan. Sekali, dua kali, tiada pula yang keluar. Tak ada orang ke?
Kasturi tak putus asa. Dia dail pula nombor telefon Hanim. Rezeki dia, Hanim angkat.
"Hanim..." bergetar suara Kasturi menyeru nama sahabatnya.
"Kasturi? Kau kenapa ni? Kau okay tak?" soal Hanim risau.
"A...aku...aku tak okay. Tolong aku, Hanim. Aku dah tak tahan lagi..." Kasturi menangus di telefon.
"Kau dekat mana? Aku pergi jumpa kau,"
"Aku...ada depan rumah kau," kata Kasturi.
"Hah?! Kau ada dekat rumah aku? Ada orang bukakan pagar tak?"
"Tak ada..."
"Allah. Kejap aku bukakan. Loceng rumah aku rosak. Sebab tu tak ada orang bukakan." Hanim matikan panggilan. Dia segera keluar membukakan pintu pagar untuk Kasturi.
Melalui pagar itu, Kasturi dapat melihat Hanim sedang berlari ke arahnya. Bibir sedaya upaya diukir satu senyuman.
"Ya Allah, Kasturi! Kau kenapa ni?" meluru Hanim mendapat Kasturi. Hampir gugur jantungnya melihat keadaan Kasturi yang lebam sana sini. Ada juga kesan luka dihujung bibir.
"Hanim..." Air mata Kasturi kembali mengalir. Tak dapat dia nak melontarkan kata untuk meluah.
"Siapa yang buat kau macam ni? Kau bagitahu sekarang!" gesa Hanim. Dia tak sanggup nak tengok keadaan Kasturi.
"Haikal...suami aku..." jawab Kasturi.
"Ya Allah, sampai hati dia buat kau macam ni. Kita masuk dulu. Kau cerita dekat dalam,"
Kasturi jatuhkan kepala tanda setuju. Baru saja dia nak melangkah, lelaki yang cukup dia kenali datang menyapa.
"Kasturi...kenapa ni?" soal lelaki itu.
"Eriq..." terpancul nama itu dari bibir Kasturi. Kenapa lelaki itu disaat dia dalam keadaan macam ni?
Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Dia pegang tangan Hanim kerana mula rasa hilang keseimbangan. Tanpa amaran, tubuhnya rebah ke bumi. Pandangannya bertukar gelap serta merta.
Izinkan saya berehat dulu buat sementara waktu. Nanti saya sambung lagi.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...