Bab 6

1.5K 72 1
                                    

Melihat abangnya yang sedang membaca buku di gazebo, Hanim melangkah mendekat. Hari ni, dia akan memulakan misi memikat si abang untuk Kasturi. Dia akan cuba pujuk abangnya untuk terima Kasturi.

"Rajinnya abang baca buku," langkah pertama. Kena puji. Barulah abangnya akan buka ruang untuk dia bercakap dengan lebih lanjut.

"Memang selalu juga abang baca buku. Macamlah Hanim tak pernah tengok abang baca buku." Eriq membalas dingin. Tak pernah pula Hanim tegur dia baca buku. Adalah tu yang dimahukan Hanim.

"Memang dah selalu tengok. Tapi sejak abang balik Malaysia, inilah kali pertama Hanim nampak abang baca buku."

"Abang baca buku dalam bilik sebelum tidur. Sebab tu Hanim tak nampak. Tapi petang ni, tiba-tiba abang rasa bosan. Sebab tu abang baca buku,"

"Hanim tahu kenapa abang rasa bosan,"

Eriq tutup buku. Dia pandang Hanim dengan penuh tanda tanya. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia rasa bosan. Tapi macam mana Hanim boleh tahu? Sejak bila adik dia jadi ahli nujum ni?

"Abang rasa bosan sebab Kasturi tak ada. Abang rindukan dia," sambung Hanim. Dia buka langkah seterusnya.

"Kenapa pula Hanim sebut nama dia? Tiba-tiba saja. Ada apa-apa yang Hanim nak cakap dengan abang ke?" Eriq menyoal. Sejak tadi Hanim nampak tak senang duduk. Seperti ada sesuatu yang nak disampaikan.

"Kenapa abang tolak cinta Kasturi?" Hanim menyoal si abang. Bila Eriq dah bertanya, inilah peluang dia untuk teruskan topik.

"Dia mengadu pada Hanim?" soalan dibalas soalan. Eriq enggan menjawab pertanyaan Hanim. Kalau ikutkan hati, dia tak mahu ceritakan pada sesiapa walaupun perkenalan dia dan Kasturi adalah disebabkan Hanim.

"Dia tak mengadu. Tapi Hanim yang paksa dia cerita. Lepas dia jumpa abang semalam, wajah dia nampak sedih semacam. Takkan masa lunch tu abang tak perasan?"

"Abang perasan. Tapi abang malas nak buka mulut depan mama dan papa,"

Hanim mengangguk faham. Memang keluarganya belum tahu tentang Kasturi yang sukakan Eriq.

"Abang belum jawab soalan Hanim. Kenapa abang reject dia?" Hanim menyoal lagi. Dia perlu tahu alasan Eriq menolak cinta Kasturi.

"Abang belum sedia," jawab Eriq ringkas.

"Belum sedia? Maksud abang?"

Eriq simpan buku ditepi. Dia fokus pada Hanim. Topik diborakkan pun makin serius.

"Abang belum sedia nak kahwin. Abang tak nak terima dia kalau abang belum ada rasa nak kahwin. Abang tak nak bercinta sebelum kahwin."

"Abang suka dia?" soal Hanim. Mata tajam menikam ke dalam mata Eriq. Dia mahukan jawapan yang paling ikhlas daripada Eriq.

Eriq tak mampu nak jawab. Dia sekadar diam. Soalan Hanim, sukar untuk dia jawab.

"Abang pun suka Kasturi, kan?"

Eriq masih diam. Hati dah beri jawapan tapi lidahnya berat nak menyatakan. Ego yang menghalang.

"Abang diam. Hanim anggap jawapan abang adalah ya. Abang suka Kasturi. Tapi abang malu nak mengaku? Kenapa? Abang nak menolak fakta yang abang dah jatuh cinta pandang pertama pada Kasturi?"

"Bukan itu masalahnya, Hanim." Akhirnya, Eriq kembali bersuara.

"Habis tu? Apa masalahnya?"

"Abang dah cakap tadi, abang belum sedia nak kahwin. Abang tak nak Kasturi letak harapan pada abang. Abang mengaku, abang suka cara Kasturi nak ambil hati abang. Abang tertarik dengan dia. Tapi buat masa sekarang, abang memang tak nak kahwin. Abang taknak heret dia buat dosa dengan bercouple."

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now