Bab 41

1.8K 79 2
                                    

Sebulan berlalu dengan pantas. Kini, tibalah hari dimana Kasturi bakal diijab kabulkan buat kali kedua. Kasturi kelihatan sungguh anggun mengenakan baju kurung moden berwarna putih yang dihiasi dengan manik swarovski. Baju nikah yang ditempah khas oleh keluarga mertuanya.

Kasturi menghela nafas dengan kuat. Sejak tadi dadanya terasa sesak. Mungkin akibat terlalu berdebar. Padahal bukan pertama kali dia bernikah. Tapi kali ni, debaran tu sangat terasa. Tangan dan kakinya pun sejuk semacam.

"Haih...kuat betul pengantin kita hela nafas. Awak okay ke tak ni?" tegur mak andam yang mesra disapa Kak Yam

"Nervous, Kak Yam." Jelas terlihat kegusaran diwajah Kasturi.

"Biasalah tu kalau jadi pengantin. Insha Allah, segala urusan kamu dipermudahkan. Kak yam keluar dulu. Selesai akad nikah nanti, Kak Yam tunggu dekat sini untuk majlis bersanding pula."

Kasturi anggukkan kepala. Matanya menghantar Kakyam keluar dari bilik itu. Sekali lagi Kasturi menghela nafasnya. Kali ni hanya perlahan. Dia melihat tangannya yang merah dengan inai dijari.

"Kasturi, kau dah siap?" soal Hanim.

Kasturi tersentak. Dia berpaling memandang Hanim. Satu senyuman dia ukir buat sahabatnya. Kepala diangguk perlahan memberi jawapan untuk pertanyaan Hanim tadi.

"Subhanallah, cantiknya sahabat organik aku ni. Berseri-seri. Kau buat aku tak sabar nak kahwin dengan Shauqi."

Kasturi ketawa kecil.

"Aku baru je terfikir nak buat majlis kahwin sekali dengan kau. Tapi tulah, aku yang kahwin dulu."

"Abang aku tu yang tak sabar sangat nak kahwin. Tak boleh nak tunggu. Tapi tak apalah. Tak ada rezeki. Manalah tahu aku buat majlis kahwin aku sekali dengan majlis akikah anak kau pula."

"Insha Allah, kalau ada rezeki awal."

Serentak mereka ketawa.

"Wahai kakak-kakak sekalian, cepatlah. Abang Eriq dah bising tu bila pengantin perempuam tak siap-siap lagi." Haura menyampuk. Dia datang ke sini pun kerana abangnya yang suruh.

"Tak menyabar betul abang Haura tu."

"Abang Kak Hanim juga!"

Sekali lagi Kasturi ketawa. Tak mahu mengaku abanglah pula mereka berdua ni.

Sementara Eriq, serupa cacing kepanasan. Tak senang duduk kerana terlalu berdebar. Sebolehnya, dia nak cepat-cepat tamatkan majlis pernikahannya hari ni. Tetapi pengantin perempuan pula yang belum muncul sejak tadi. Setiap satu minit dia berpaling memandang pelamin yang masih kosong. Nak kahwin ke taknak ni?

"Sabar, sekejap lagi dia datanglah tu. Kan Haura dah pergi panggilkan."

"Dah seminit lambat ni, papa."

Tergeleng kepala Tuan Emir apabila Eriq mula merungut. Nampak sangat anak sulungnya itu tak sabar nak bergelar suami. Padahal seminit saja lambatnya. Bukan satu jam.

Tak lama kemudian, muncullah Kasturi bersama Hanim dan Haura. Eriq seakan terpegun melihat kecantikkan Kasturi. Bibir tersenyum lebar. Segera dia hulurkan tangan untuk berjabat dengan tok kadi.

Tuan Emir menarik semula tangan Eriq. Tak boleh nak bersabar sikit. Kasturi pun belum sempat nak duduk lagi. Tok kadi pun tengah menyemak borang nikah. Tapi anaknya, sudah bersedia nak lafaz akad nikah.

Tok kadi memandang Eriq yang berada dihadapannya.

"Apa nama bakal isteri kamu?" soal Tok Kadi.

"Kasturi binti Awang," jawab Eriq.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now