Setelah seminggu, hubungan dia dan Eriq tidak baik juga. Eriq langsung tidak menegurnya. Dia hanya tinggal sebilik dengan jasad Eriq. Tapi bukan dengan jiwanya. Sungguh, dia ingin keluar dari rumah ini. Tapi bila difikirkan semula, dia tak patut pergi. Nanti Eriq akan fikir dia sengaja mencari peluang untuk pergi dari hidup suaminya itu. Makin buruk tanggapan Eriq kepadanya.
Suasana dalam rumah ini juga mula berubah. Semuanya jadi canggung. Walaupun ibu mentuanya tidak menyalahkannya, tetapi layanan kepadanya dah lain. Puan Hanan tidak mesra seperti dulu lagi.
Kasturi melabuhkan duduk dimeja makan. Hanya papa dan mama yang ada dimeja makan. Yang lain entah ke mana. Eriq pula, awal pagi lagi dah ke pejabat. Hanim juga sama. Haura dan Eiman pula, mereka jarang makan pagi.
"Kamu belum ke sekolah?" soal Tuan Emir.
"Kasturi pergi lambat sikit, papa. Tadi macam pening kepala sikit. Tapi sekarang dah okay," kata Kasturi.
"Kamu janganlah fikirkan sangat tentang masalah kamu tu. Kena fikir juga pasal anak dalam perut tu. Kesian dia," ujar Puan Hanan.
Kasturi ukir senyuman tawar. Perutnya diusap lembut. Dia pun kesian dengan anaknya. Baru saja hadir, tapi dah kena lalui perbagai ujian. Masalah dia dan Eriq, anaknya juga yang kena tempias.
"Mama dan papa percaya dengan tuduhan tu?" soal Kasturi.
Puan Hanan dan Tuan Emir saling berpandangan sebelum memandang Kasturi semula. Masing-masing menghela nafas perlahan.
"Mama minta maaf, Kasturi. Mama bukan tak percayakan kamu, tapi mama malas nak bergaduh dengan Eriq. Mesti disebabkan layanan mama, kamu rasa mama percayakan semua fitnah tu."
Kasturi tunduk bermain dengan jarinya. Dia tak menafikan. Siapa je yang tak fikir bukan-bukan kalau layanan yang diberikan sudah berbeza berbanding dulu?"
"Mama sayangkan menantu mama. Tapi mama mengaku, keraguan mama pada kamu juga terusik. Jadi mama memilih untuk tidak percayakan sesiapa. Eriq tu, dia nak mama percayakan dia. Tapi sampai sekarang dia tak berikan bukti pada mama," sambung Puan Hanan.
Kasturi panggung kepala. Pandang mama mentuanya dengan rasa sebak.
"Betul tu, Kasturi. Papa pun macam mama. Papa taknak tuduh kamu selagi tak ada bukti yang kukuh. Kamu tu, perlulah buat sesuatu untuk pertahankan diri kamu. Takkan nak berdiam diri je?" ujar Tuan Emir pula.
"Kasturi pun dah buntu nak buat apa lagi. Eriq langsung taknak percayakan Kasturi. Kalau ikutkan hati, Kasturi nak pergi dari sini. Jauh dari Eriq. Kasturi tak kuat nak hadap semua ni."
"Pergilah, nak. Kalau itu boleh buatkan kamu lebih tenang, pergilah. Asalkan kamu jaga diri dan jaga cucu mama dengan baik," sokong Puan Hanan. Demi kebaikan menantunya, dia sanggup membiarkan Kasturi pergi.
Wajah ibu mentuanya dipandang tidak percaya. Dia tahu mama bukan nak menghalau dia. Tapi mama tak mahu dia tertekan dengan masalah yang dia hadapi.
"Tapi suami Kasturi ada dekat sini. Macam mana Kasturi nak pergi?"
"Tak payah pedulikan dia. Kamu pun kena pentingkan diri kamu. Sampai bila kamu nak hadap dia tu? Pergilah demi ketenangan kamu. Tak payah nak fikirkan masalah ni."
"Nantilah Kasturi fikirkan semula." Kasturi hanya melakar senyuman nipis. Ada betulnya juga apa yang dikatakan mama. Duduk dekat sini buat dia makin tertekan. Tidak bagus untuk kandungannya.
Usai makan, Kasturi segera berangkat ke sekolah. Untung saja dia tak ada kelas pagi. Jadi lambat sikit pun tak apalah. Lagi pula dia tak berapa sihat.
Sampai saja disekolah, dia bertemu dengan Hanim. Hanim tetap melayani macam biasa. Cuma sejak kejadian hari tu, mereka dah jarang berkongsi cerita. Hanim yang tak mahu masuk campur. Dia takut keadaan bertambah buruk.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...