Bab 62

2K 89 11
                                    

Kasturi hanya memerhati Eriq yang sedang bersiap untuk ke pejabat. Wajah tidak puas hati yang dia tayangkan. Dia merajuk dengan Eriq kerana suaminya perlu bekerja hari ni.

Eriq hanya mengenakan baju tshirt biasa memandang hari ini merupakan hujung minggu. Dia perlu ke pejabat untuk membincangkan projek baru bersama Shauqi dan Haikal serta beberapa staff yang terlibat. Jadi, tidaklah dia perlu memakai pakaian yang formal.

"Dah kenapa mulut tu muncung aje? Tak suka abang kena pergi kerja?" soal Eriq seraya menolak dagu Kasturi ke atas.

"Yalah, sepatutnya abang temankan saya dekat rumah. Kita dah lama tak spent time bersama. Abang tak rindukan saya ke?"

"Siapa suruh sayang tinggalkan abang? Kan dah kurang masa kita bersama. Dah tak boleh nak qada masa kita bersama yang dah terlepas tu. "

"Salah abang! Siapa suruh abang sakitkan hati saya? Kalau tidak, saya takkan tinggalkan abang."

Eriq buat tidak peduli. Semenjak dia berbaik dengan Kasturi, mereka berdua memang suka mengungkit kisah lalu. Bergurau cara baru. Masing-masing tak ambil hati.

Cup!

Satu kucupan Eriq labuhkan dibibir Kasturi. Tak mahu isterinya sambung membebel lagi.

"Abang kena pergi juga, sayang. Projek kali ni tak boleh nak tangguhkan. Abang perlu dengar pembentangan daripada Haikal dan Shauqi. Abang perlu tahu progress daripada mereka semasa outstation hari tu."

"Ajaklah dia orang datang sini. Buat kerja dekat sini. Saya boleh buatkan air. Masak apa-apa ke?" cadang Kasturi pula.

"Sayang, projek ni bukan Shauqi dan Haikal je yang terlibat. Ada beberapa staff lain juga. Takkan nak angkut semua datang sini? Abang pilih nak bincang dekat pejabat supaya lebih mudah nak guna projector dan sebagainya. Di rumah ni nak bentangkan dekat mana, sayang?"

"Ya tak ya juga. Tapikan abang, saya bosanlah. Boleh tak kalau saya nak keluar?" Kasturi tersenyum manis. Mata dikelipkan beberapa kali. Sengaja dia tayangkan wajah yang comel pada suaminya itu.

"Pergi mana?"

"Mana-mana jelah. Lagi pun, saya ada nak beli barang sikit."

"Nak pergi dengan siapa?"

"Seorang ajelah. Dah tak ada sesiapa dekat rumah ni. Hanim ada kelas tambahan dengan pelajar dia hari ni. Haura pula, katanya nak keluar dengan isteri Arman sekejap lagi. Mama pula, dating dengan papa kot. Eiman pun nak keluar rasanya."

"Oh ya ke? Abang tak tahu pula semua orang nak keluar hari ni. Kalau macam tu, sayang ikut abang pergi officelah. Lepas habis meeting tu, kita jalan-jalan. Abang boleh temankan sayang." Eriq memberi cadangan pula. Berat hatinya nak mengizinkan isterinya keluar seorang diri.

"Ikut abang pergi office? Lagilah saya taknak."

"Risau pula abang nak lepaskan sayang pergi sorang-sorang. Tak boleh ke sayang tunggu abang balik?"

"Saya nak keluar masa abang pergi office tu. Saya bosan. Kalau abang dah balik, saya dah taknak keluar. Sebab abang dah ada depan mata saya,"

Eriq menghela nafasnya. Kesian pula dia tengok isterinya.

"Yalah, abang izinkan. Tapi dengan syarat, sayang kena update pada abang dekat mana sayang berada. Setiap pergerakan sayang kena update dekat abang. Boleh?"

"Sampai macam tu sekali ke?"

"Kalau sayang taknak ikut syarat abang, sayang tak boleh keluar. Duduklah sayang dekat rumah ni seorang diri. Pandai-pandailah sayang nak hilangkan bosan tu."

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now