Lama Kasturi menunggu di dalam bilik. Sudah satu jam berlalu. Eriq belum juga muncul. Tadi suami pesan agar menunggu dibilik. Katanya mahu keluar sebentar. Nak ke mana pun dia tak tahu. Bila Eriq tidak kunjung tiba, mulalah dia berfikir yang bukan-bukan. Tak mungkin Eriq pula yang akan meninggalkannya.
Sreett!
Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan Kasturi menegakkan tubuhnya. Lantas, pandangannya dialihkan ke pintu.
"Abang..." Kasturi tekup mulut. Terkejut dengan perubahan Eriq. Sekelip mata, dah hilang segala bulu diwajah Eriq. Rambutnya juga kembali pendek. Tiada lagi rambut panjang yang diikat.
"Sampai macam tu sayang terkejut tengok abang?" soal Eriq mengembalikan Kasturi ke alam nyata. Dia terpukau melihat suami sendiri. Betapa kacaknya suami dia. Teringat saat pertama kali dia bertemu Eriq. Beginilah perasaan dia. Terkaku melihat lelaki kacak di depan mata.
"Suami saya handsome sangat. Barulah tenang saya tengok wajah abang. Kalau tadi, saling tak tumpah macam orang gila yang saya pernah jumpa dekat tepi jalan."
"Sayang nak cakap abang ni macam orang gila ke?" Eriq menyoal tidak puas hati. Ada ke patut Kasturi samakan dia dengan orang gila?
"Sikit." Kasturi tunjuk hujung kukunya.
"Sampai hati, sayang. Abang ni bukan main kacak. Tapi sayang cakap abang macam orang gila."
"Abang tu yang simpan jambang dah kenapa? Dengan rambut panjang lagi. Terkejut saya. Dengan anak kita sekali terkejut. Setiap malam, mummy tunjuk gambar lain. Tiba-tiba jadi lain."
Tawa Eriq terlepas. Tercuit hatinya melihat bibir Kasturi yang memuncung meluahkan rasa tak puas hati dengan imejnya yang berambut panjang.
"Sayang tak bagitahu abang nak balik sini. Abang tak sempat potong rambut lagi. Tak sempat nak buang segala bulu dekat muka abang."
Kasturi buat muka. Nak salahkan dia pula.
"Agaknya, selagi saya tak balik mesti abang takkan potong rambut abang. Nanti rambut abang jadi macam Rapunzel. Kita tinggal jelah dekat menara. Lepas tu, guna rambut panjang abang kalau nak naik ke atas."
"Sayang nak perli abang ke apa ni?"
"Abang rasa saya tengah perli abang ke?" soalan dibalas soalan. Kening Kasturi terjungkit sedikit menanti jawapan Eriq.
Eriq malas jawab. Dia memang rasa Kasturi tengah perli dia. Nak simpan rambut panjang dan jambang pun salah ke?
"Sayang, boleh abang tanya sesuatu?"
"Abang nak tanya apa?"
"Kenapa sayang buat keputusan nak tinggalkan abang? Masa sayang tinggalkan abang, sayang betul-betul bencikan abang ke?"
Kasturi sedut nafas kemudian dihembus perlahan.
"Saya tak bencikan abang. Saya pergi sebab saya kecewa dengan abang. Saya rasa marah pada abang. Saya cuma nak abang jujur pasal tuduhan tu. Tapi abang masih nak sembunyikan semuanya. Saya rasa abang tak kisah tentang diri saya. Abang tak hargai kewujudan saya sebagai isteri abang. Lagi satu, saya tak yakin yang abang dah menyesal dengan apa yang abang dah buat. Perasaan saya bercampur baur, abang. Jadi, saya buat keputusan nak tinggalkan abang sebab saya taknak beri tekanan pada diri sendiri. Saya takut abang akan ulang kesilapan yang sama lagi."
Eriq mengangguk faham. Jadi benarlah tekaannya. Kasturi terasa hati apabila dia cuba sembunyikan siapa yang menyebarkan fitnah itu.
"Abang minta maaf," itu saja kata yang Eriq mampu ucapkan sejak dulu lagi.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...