Bab 67

2.1K 91 3
                                    

Mata hanya memandang belakang tubuh Hanim yang semakin menjauh. Dia bukan tak larat nak berjalan jauh. Tapi dia malas kalau nak pusing tempat sama dua tiga kali. Jadi, lebih baik dia tunggu saja disini.

Tak jadi Kasturi nak melabuhkan punggung saat matanya melihat seorang warga emas yang terkial-kial nak melintasi jalan. Dia atur langkah menghampiri warga emas itu.

"Makcik, makcik nak melintas ke?" soal Kasturi.

"Ya, nak. Tapi makcik takut. Kaki ni tak kuat mana. Jalan pun lambat-lambat. Marah pemandu nanti kalau makcik terhegeh-hegeh nak melintas. Buatnya ada kereta laju? Kena langgar pula makcik nanti," balas wanita tua itu.

"Oh kalau macam tu, marilah saya tolong. Saya tahan kereta supaya bagi laluan pada makcik,"

"Tak susahkan kamu ke?"

"Tak adalah. Tak susahkan pun. Marilah,"

Wanita tua itu mengangguk setuju. Tak sangka ada anak muda yang baik hati sudi membantunya.

Lengan wanita tua itu dipimpin sehingga ke seberang jalan.

"Terima kasihlah sudi bantu makcik ni. Kalau tak ada kamu tadi, makcik tak tahulah nak buat macam mana."

"Makcik datang sini seorang diri ke? Anak-anak makcik mana?"

"Biasalah kalau mereka dah besar panjang, dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Tak selalunya ada dengan makcik. Biasanya hujung minggu barulah dia orang datang melawat makcik. Tapi makcik ni degil. Suka merayap sana sini. Kalau dia orang tahu makcik keluar tanpa pengetahuan, mesti makcik kena bebel."

"Oh ya ke? Dah tu kenapa makcik keluar seorang diri? Kenapa tak tunggu keluar dengan anak-anak makcik?"

"Makcik ni malas nak menyusahkan anak-anak," jawab wanita tua itu lagi.

Kasturi mengangguk faham. Ayat-ayat orang tua macam tulah. Dia sempat jaga emaknya sebelum meninggal dulu. Ayat sama juga yang dikatakan oleh maknya. Tak mahu menyusahkan anak. Jadi apa tugas anak kalau tak boleh jaga atau bantu ibunya?

"Makcik, saya nak kena pergi ni. Takut kawan saya cari saya pula."

"Baiklah. Tapi ambillah duit ni. Buat upah sebab dah bantu makcik tadi."

"Eh tak apalah, makcik. Saya dah ada duit. Saya dah kerja. Ada suami yang beri saya duit. Makcik simpan duit tu untuk kegunaan makcik."

"Dah kahwin rupanya kamu ni. Tapi cantik macam anak dara. Kalau macam tu, makcik doakan kamu bahagia dunia akhirat bersama suami dan anak-anak kamu nanti."

Kasturi tarik senyuman lebar. Dia aaminkan saja doa wanita itu. Semoga doa itu akan dimakbulkan Allah.

"Terima kasih, makcik. Saya pergi dulu," setelah wanita tua itu membalas dengan anggukan kecil, Kasturi segera pusing tubuh hendak berlalu dari situ.

Kasturi melangkah ke tepi jalan. Dia pandang kiri kanan untuk memastikan tiada kereta yang lalu. Dengan yakin, dia melintasi jalan itu. Belum sempat dia meyeberangi jalan, ada seseorang menjerit namanya.

"Kasturi!"

Dia terkejut. Kaki automatik pegun ditengah jalan. Saat itu, ada sebuah kereta yang berwarna putih sedang meluru ke arahnya. Dia panik. Otak bagaikan tak berfungsi. Dia jadi bingung harus buat apa.

Buk!

Tubuhnya ditolak ke bahu jalan.

Dum!

Disaat yang sama, dia dengar ada bunyi seperti sesuatu dilanggar. Lantas, dia menoleh. Dia melihat ada satu tubuh yang terbaring tidak jauh darinya. Pantas dia bangun dan menghampiri tubuh itu.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now