Bab 3

2K 79 0
                                    

Melihat ibunya yang sedang melipat kain, Kasturi atur langkah menghampiri. Dia duduk disebelah ibu angkatnya, Puan Raudah. Sejak ibu kandungnya meninggal dunia sepuluh tahun lepas, dia mula tinggal dengan ibu angkatnya. Tapi bukanlah selalu. Dia akan bergilir-gilir untuk tinggal dirumahnya sendiri. Rumah peninggalan arwah ibunya. Dia jarang tinggal dirumah ibu angkatnya kerana tak selesa akan kehadiran abang angkatnya, Haikal. Abang angkatnya itu tak sukakan dia.

Ibu kandungnya pernah bercerita, Puan Raudah tak boleh mengandung lagi selepas melahirkan Haikal. Puan Raudah menginginkan anak perempuan. Tapi takdir berkehendak sebaliknya. Bila dia lahir ke dunia, Puan Raudah mengambilnya sebagai anak angkat. Sejak kecil, dia selalu datang ke rumah Puan Raudah. Haikal pula cemburu kerana ibunya selalu melayan Kasturi dengan baik. Sedangkan dia, selalu diabaikan.

"Ibu, mari Kasturi tolong."

"Tak payahlah. Nak siap dah ni."

Walaupun dilarang, Kasturi tetap membantu ibunya. Capai pakaian dari longgokan, dia mula melipat.

"Haikal mana, bu?" soal Kasturi sambil melipat kain.

"Ke mana lagi dia kalau kamu ada dekat sini? Tidur rumah kawan dialah," jawab Puan Raudah. Kasturi mengangguk faham.

Haikal tu bukanlah bencikan dia. Haikal cuma nak berikan privasi untuk Kasturi bila tinggal dirumah ini. Tak perlulah Kasturi pakai tudung 24 jam.

"Kasturi, esok kamu cutikan? Kalau ibu ajak kamu pergi beli barang sikit, boleh tak?"

Kasturi tidak membalas. Dia sekadar diam memikirkan tentang hari esok. Dia nak pergi rumah Hanim. Tapi tak sampai hati nak menolak permintaan ibu.

Bila Kasturi diam, Puan Raudah tahu Kasturi tak boleh temankan dia.

"Tak apalah, ibu boleh pergi sendiri. Tak pun ibu ajak Haikal. Dia pun tak kerja esok,"

"Tak apalah, Kasturi teman ibu. Selepas dah teman ibu, barulah Kasturi buat hal Kasturi."

"Kasturi nak pergi mana? Ada hal apa tu?" soal Puan Raudah.

"Rumah Hanim," jawab Kasturi.

"Buat apa?" soal Puan Raudah lagi. Pagi tadi baru balik dari rumah Hanim, esok nak pergi lagi. Ada hal apa Kasturi di rumah Hanim?

"Tak adalah, ibu. Hanim kata dia nak masak special untuk Kasturi. Sebab tu dia suruh Kasturi pergi rumah dia," tipu Kasturi. Tak mungkin dia nak bagitahu ibu yang dia nak pergi mengurat abang Hanim. Nanti ibu bebelkan dia pula.

"Rajinnya Hanim tu nak masakkan untuk kamu. Makanan apa yang special sangat sampaikan dia suruh kamu ke sana?"

"Kasturi pun tak pasti, ibu."

Puan Raudah menggeleng. Tengok gaya Kasturi tu, seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Tapi Puan Raudah sendiri pun tak pasti sangat. Rahsia apalah yang disembunyikan anaknya itu.

Seperti yang dijanjikan oleh Kasturi semalam, hari ini dia akan menemani ibunya untuk membeli barang. Kasturi mengenakan blouse berwana mint green dan seluar slack putih. Selendang putih pula anggun melilit dikepala. Bibir tersenyum lebar apabila dia berpuas hati.

Kasturi segera keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Ketika itu, dia melihat Haikal sedang duduk disofa. Kening berkerut, awal pula Haikal pulang ke rumah hari ni.

"Haikal, awak dah balik?" soal Kasturi sebaik saja menghampiri abang angkatnya itu. Dia bukan tak mahu memanggil Haikal dengan panggilan abang. Namun, Haikal sendiri yang tidak mengizinkan. Kata Haikal, dia tak pernah menganggap Kasturi sebagai adiknya.

Haikal mendongak memandang Kasturi yang berdiri disisi.

"Takkan aku tak boleh balik rumah ibu sendiri pula?" Haikal menyoal dingin. Langsung tak berminat nak beramah mesra dengan Kasturi.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now