Eriq buka matanya yang masih terasa berat. Tidur yang banyak membuatkan dia rasa makin penat. Jadi lebih malas nak bergerak. Dia sentuh tuala kecil yang ada didahi. Berkerut keningnya saat memegang tuala itu. Bukan ke tuala ini Kasturi gunakan ketika dalam mimpi tadi?
Ketika itu, Hanim baru saja keluar dari bilik air. Langkah dilajukan untuk menghampiri abangnya.
"Abang dah bangun? Atau abang nak sambung tidur lagi?" soal Hanim. Sejak tadi dia tunggu abangnya bangun.
"Dah lama ke Hanim ada dekat sini?" soal Eriq pula.
"Lama dah, abang. Hampir sehari Hanim duduk dekat sini."
Eriq mengangguk faham. Jadi Hanim yang temankan dia. Benarlah, dia bermimpi tentang Kasturi. Mesti Hanim yang lap badan dia tadi. Bukan Kasturi.
"Nah, ambil balik tuala Hanim. Abang rasa abang dah sihat sikit," ujar Eriq seraya menghulurkan tuala kecil berwarna biru itu pada Hanim.
Tanpa banyak bicara, Hanim mengambilnya. Dia pandang tuala itu. Rasanya ini kepunyaan Kasturi. Hanim kembali memandang abangnya. Berkerut keningnya saat melihat Eriq sedang tersenyum sambil menyentuh wajah sendiri.
"Abang ni kenapa? Senyum-senyum. Abang okay tak? Takkan sejak demam ni abang jadi tak betul?" Hanim menyoal. Bila diperhatikan, saling tak tumpah macam orang gila.
"Abang okaylah. Tapi abang teringatkan mimpi abang tadi. Indah sangat. Abang rasa taknak bangun dari mimpi tu," ujar Eriq sambil tersenyum bahagia.
"Abang mimpi apa?" soal Hanim lagi. Lain macam abangnya bermimpi sampaikan tersenyum lebar begini. Mimpi bertemu malaikat mautkah?
"Abang mimpi Kasturi datang."
Zapp!
Sebaris ayat itu meluncur dari bibir abangnya, dia rasa nak pitam. Jangan cakap abang berjumpa Kasturi tadi? Kasturi pula, tak ada bagitahu dia apa-apa.
"Mimpi Kasturi datang sini?"
"Mhm, dia datang jenguk abang. Lepas tu, dia lap badan abang guna tuala tu. Tapi abang tahu, Hanim yang buat semua tu pada abang. Abang je yang terlebih angau sampaikan abang fikir isteri abang yang buat semua tu. Tak mungkin Kasturi nak datang jenguk abang dekat sini. Dia bencikan abang." Bibirnya melakar senyuman tawar. Matanya tepat memandang tuala kecil yang Hanim letakkan di atas meja.
Hanim mengangguk faham. Nafas lega dihela. Nasib baik abangnya menganggap kedatang Kasturi tu sebagai mimpi. Dia syak, abangnya terjaga ketika Kasturi datang tadi. Tapi abang dia masih mamai sehinggakan menganggap kehadiran Kasturi itu sebuah mimpi. Bukan tak biasa abang tu meracau benda yang pelik-pelik kalau tengah demam. Cuma kali ni lebih teruk kerana terlalu merindukan Kasturi.
"Hanim..." panggil Eriq meleret.
"Dah kenapa pula abang panggil Hanim nacam tu?"
"Boleh abang minta tolong?"
"Tolong apa?"
"Belikan nasi ayam untuk abang. Abang teringatkan Kasturi. Sejak mengandung, dia suka sangat makan nasi ayam. Tiba-tiba tekak abang pun teringin nak makan nasi ayam. Boleh Hanim belikan?"
Hanim memicingkan mata memandang abangnya. Mengada-ngada pula suruh dia belikan nasi ayam. Mahu tak mahu, dia terpaksa akur.
"Hanim keluar sekejap. Nanti Hanim balik semula. Kalau abang perlukan apa-apa, call Hanim."
Eriq jatuhkan kepala sambil tersenyum lebar. Tak sabarnya dia nak makan nasi ayam.
Hanim kembali semula ke hospital setelah membeli dua bungkus nasi ayam. Satu untuk Eriq, satu lagi untuk dia. Dia pun lapar juga. Sejak tadi belum jamah apa-apa makanan.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...