Hari ini merupakan hari ke 80 Kasturi berpantang. Kalau ikutkan, dia cuma nak berpantang 60 hari saja. Dia nak masuk kerja semula. Tapi Eriq yang tak bagi. Eriq suruh dia berpantang selama 100 hari dan tak izinkan dia bekerja selama setahun. Memang jatuh rahang dia masa tu. Terkejut dengan arahan yang Eriq berikan. Terpaksalah dia akur dan mengambil cuti tanpa gaji selama setahun. Nanti gaji dia, Eriq yang akan bayar.
Kasturi melepaskan keluhan kecil. Bosannya dia duduk dirumah. Kerja rumah pun langsung Eriq tak izinkan dia buat. Nak basuh pinggan sendiri pun Eriq tak bagi.
Melihat Eriq yang segak berpakaian membuatkan Kasturi kerutkan kening. Siap semburkan minyak. Nak ke mana pula suami dia ni?
"Abang nak ke kemana?" Kasturi menyoal.
"Abang nak keluar dengan Shauqi sekejap. Abang tak bagitahu sayang sebab Shauqi baru je ajak abang tadi." Eriq menjawab pertanyaan isterinya. Botol minyak wangi diletakkan semula.
"Bukan ke Shauqi keluar dengan Hanim sebab nak beli barang hantaran?"
"Ya, tapi dia orang ajak abang sekali. Shauqilah yang ajak abang tu. Dia minta abang bantu dia pilihkan barang hantaran."
Kasturi mengangguk faham kemudian dia tersenyum penuh makna. Tempat dimana Eriq sedang berdiri dia hampiri. Sengaja dia mainkan jari di dada bidang suaminya.
"Sayang nak apa ni?" soal Eriq dengan renungan tajam. Kasturi memang saja nak usik perasaan dia. Bergelora jugalah jiwa dia bila Kasturi duk usap-usap dada walaupun masih berlapik pakaian.
"Saya nak ikut boleh tak?" Kasturi tayang wajah comel dengan senyuman yang manis. Minta simpati daripada suami.
"Tak boleh. Sayang duduk dekat rumah je. Abang dah bagitahu mama supaya tengokkan sayang."
Senyuman Kasturi mendadak mati. Terus melayang dia punya angan-angan nak berjalan-jalan diluar hari ni.
"Alah abang ni. Izinkanlah saya ikut abang. Abang tak sayangkan saya ke?"
"Sebab sayanglah abang tak izinkan sayang ikut. Sayang belum habis pantang lagi."
"Saya dah habis pantanglah."
"Hari ni baru 80 hari, sayang. Jangan ingat abang tak tahu. Abang kira hari sayang berpantang. Abang dah pesan dekat sayang supaya berpantang 100 hari. Ada lagi 20 hari. Dah cukup 100 hari, abang bawalah sayang jalan-jalan."
"100 hari tu pantang dengan abang je," jawab Kasturi dengan bibir yang memuncung panjang.
Eriq ketawa kecil melihat muncung isterinya. Dia kucup sekilas. Geram.
"Selain pantang dengan abang, pantang lain pun kena buat."
"Abang, luka jahitan saya dah kering. Tengok ni. Saya dah sihat." Bajunya diselak ke atas sedikit menampakkan luka dibahagian bawah perutnya.
Eriq jatuhkan semula baju Kasturi. Dia tahu luka jahitan tu dah kering sebab dia sentiasa pantau. Tapi dia tetap tak yakin yang Kasturi dah sihat sepenuhnya. Dia mahu Kasturi berehat lebih lama.
"Ya, abang tahu luka jahitan tu dah kering. Tapi tetap abang tak izinkan sayang keluar." Sengaja Eriq tekankan perkataan tetap itu. Nak menegaskan yang dia takkan ubah keputusannya.
"Sampai hati abang. Abang memang tak sayangkan saya. Bencilah." Kasturi tolak tubuh Eriq. Dia kembali semula ke katil. Merajuk.
Eriq hela nafas. Merajuk pula dah. Dia mengikuti langkah Kasturi ke katil. Punggung dilabuhkan menghadap isterinya.
"Abang sayang... Tapi abang juga risaukan isteri abang ni. Abang tak yakin sangat yang sayang dah betul-betul sembuh."
"Abang memang macam tu. Selalu tak percayakan saya. Siapalah saya ni untuk abang percayakan. Saya ni..."
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...