Bab 69

2.1K 73 2
                                    

Doa yang dibaca diaminkan. Tangan yang ditadah diraup ke muka. Kasturi pandang pusara itu dengan penuh rasa sayu. Pertama kali dia jejakkan kaki ke sini setelah empat bulan berlalu. Baru sekarang dia ada kekuatan untuk menziarahi pusara anaknya. Setiap kali dia berada di pintu masuk tanah perkuburan, dia mesti akan berpatah semula. Dia rindukan anaknya. Tapi hatinya tak kuat.

"Mummy balik dulu, sayang. Nanti mummy datang lagi," ujar Kasturi. Dia bangun lalu menghampiri sang suami yang setia menantinya.

"Dah?" tanya Eriq sepatah.

Kasturi menjatuhkan kepalanya sekali. Satu tersenyum terlakar dibibirnya.

"Bagus isteri abang ni. Sayang tak nangis pun." Kepala Kasturi diusap lembut.

"Abang buat saya macam budak kecil." Bibir Kasturi memuncung kecil. Wajah suaminya dipandang tajam.

"Abang puji sayang bagus pun tak boleh ke?"

"Tapi tak payahlah usap kepala sambil cakap macam tu. Biasanya, orang pujuk budak-budak je buat macam tu."

"Biarlah. Abang buat dekat isteri abang. Bukan buat dekat isteri orang lain,"

Muncung Kasturi makin ditarik panjang. Geram dengan jawapan Eriq.

"Abang..." panggil Kasturi meleret.

"Ya, sayang?"

"Dalam perjalanan balik nanti, kalau kita singgah rumah ibu sekejap boleh tak?" tanya Kasturi.

"Sayang nak buat apa singgah rumah ibu?"

"Saya nak jumpa ibu. Sejak ibu keluar hospital, saya belum ziarah dia lagi. Saya cuma nak tahu keadaan ibu je. Boleh tak?"

"Bolehlah. Lagi pun abang tak ada kerja lepas ni."

Kasturi menghadiahkan senyuman sebagai tanda terima kasih.

Mereka berdua berjalan menuju ke kereta. Setelah enjin dihidupkan, kereta itu mula bergerak meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

Tiba saja dirumah ibunya, Kasturi segera masuk. Dia sudah memaklumkan pada Haikal sebentar tadi. Saat masuk ke rumah, dia dengar bunyi bising dari bilik tingkat bawah. Laju saja kakinya melangkah menuju ke bilik itu.

"Boleh tak sekali je ibu jangan menyusahkan isteri Haikal? Ibu patut bersyukur dia nak jaga ibu. Haikal tak pernah minta. Kalau Haikal ni jahat, memang Haikal hantar ibu ke rumah orang tua. Tapi Haikal tak nak jadi anak derhaka. Tapi tolonglah, ibu. Beri kerjasama," bebel Haikal panjang.

"Kenapa ni, Haikal?" soal Kasturi. Dari pintu utama tadi dia dah dengar suara Haikal.

"Ibu ni, dia sengaja tumpahkan makanan yang Anis masak tadi. Sudahlah bubur tu masih panas. Habis tumpah atas badan Anis."

"Anis mana?" Kasturi menyoal lagi.

"Aku suruh dia bersihkan diri tadi. Dia masuk biliklah kot."

Kasturi mengangguk faham. Dia pandang ibunya yang terlantar di atas katil. Ketika kejadian Puan Raudah tiba-tiba rebah hari tu, dia segera dibawa ke hospital. Doktor mengesahkan bahawa Puan Raudah diserang penyakit angin ahmar atau strok. Puan Raudah tak mampu nak berjalan atau bercakap lagi. Dia sepenuhnya bergantung hidup pada Haikal dan Anis.

Awalnya, Haikal mahu mengupah jururawat untuk menjaga ibunya memandangkan dia harus bekerja. Tetapi Anis yang rela hati ingin menjaga Puan Raudah. Sebaliknya, Puan Raudah tidak suka pada Anis. Setiap waktu, dia sengaja nak menyusahkan tugas Anis untuk menjaganya. Oleh kerana itu, Haikal jadi bengang.

Kasturi dan Eriq pula mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat mereka yang ingin mendakwa Puan Raudah di atas segala jenayah yang dilakukan. Mereka menganggap apa yang menimpa Puan Raudah itu sebagai hukuman daripada Allah. Dia memaafkan. Tapi tidaklah mereka melupakan. Kesalahan yang Puan Raudah lakukan terlalu besar. Dia cuma mampu berdoa agar Puan Raudah menyesali segala perbuatannya.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now