Bab 18

1.8K 93 2
                                    

Kasturi hanya mengekori langkah Hanim dari belakang. Dia segan nak berhadapan dengan keluarga Hanim. Sudahlah semalam dia langsung tak keluar dari bilik Hanim. Risau pula kalau keluarga Hanim rasa dia tak ada sopan santun. Datang rumah orang, tapi berkurung je dalam bilik.

Langkah Kasturi makin perlahan apabila melihat keluarga Hanim sudah berada dimeja makan. Ada debaran halus yang singgah didada saat matanya bertembung dengan mata Eriq. Kenapalah dia perlu berhadapan dengan lelaki itu disaat keadaan dia seperti ini?

"Kasturi," meluru Puan Hanan mendapatkan Kasturi. Dia peluk tubuh Kasturi.

Kasturi terkedu. Dia pandang Hanim dengan wajah yang terpinga-pinga. Hanim hanya senyum kepadanya.

Puan Hanan melepaskan pelukan. Dia pandang Kasturi dengan mata yang berkaca. Semalam dia tak sempat nak berjumpa dengan Kasturi. Dia tak mahu mengganggu Kasturi berehat. Semalam dia hanya bertanya tentang Kasturi pada Hanim. Baru hari ni dia dapat melihat keadaan Kasturi. Dihujung bibir Kasturi masih ada kesan lebam. Sungguh, dia rasa kesian dengan nasib yang menimpa Kasturi.

"Kasturi okay?" tanya Puan Hanan. Kasturi membalas dengan anggukan kecil sambil tersenyum nipis.

"Lepas makan, kita pergi hospital ya? Biar doktor periksa keadaan Kasturi,"

"Eh aunty, tak apalah. Saya okay je. Saya dah sihat,"

"Sihat apanya kalau lebam macam ni?"

"Aunty, janganlah risau. Saya okay. Esok lusa hilanglah lebam ni. Cuma saya harap aunty benarkan saya tinggal dekat sini dalam dua tiga hari. Saya...saya takut nak balik rumah saya. Saya takut suami saya akan pukul saya lagi,"

"Boleh. Boleh sangat. Nak tinggal dekat sini seminggu, sebulan atau selamanya, aunty tak kisah. Yang penting Kasturi selamat,"

"Terima kasih, aunty."

"Jom, kita makan. Kasturi nak makan apa?" Puan Hanan menarik tangan Kasturi agar duduk bersama mereka. Siap sendukkan nasi goreng ke dalam pinggan.

"Mama dah ada anak perempuan baru. Mama dah lupakan Hanim. Sedihlah macam ni." Hanim pura-pura merajuk. Dia suapkan roti ke dalam mulut.

"Mengada-ngada pula kakak ni. Macamlah mama tak pernah buat macam tu dekat kakak," sampuk Haura.

"Biarlah. Sibuk je dia."

"Eriq, Eiman..."

Kedua-dua anak lelaki Puan Hanan memandangnya.

"Nanti kamu berdua tinggal dirumah Uncle Indra buat sementara waktu, ya?"

"Kenapa pula?" soal Eiman bingung.

"Mama tak nak Kasturi rasa tak selesa bila kamu berdua ada dalam rumah ni. Nanti mama cakap dekat Uncle Indra yang kamu berdua akan tinggal di rumah dia beberapa hari. Kalau tak nak tinggal dekat rumah Uncle Indra, kamu boleh tinggal di rumah Uncle Fahrin."

"Tak apalah, ma. Eiman pergi rumah Uncle Indra je. Lagi pun Eiman rindu nak makan masakan Nekwan. Eiman nak suruh Nekwan masakkan untuk Eiman."

Puan Hanan mengangguk. Dia pandang Eriq yang hanya berdiam diri.

"Eriq, bolehkan Eriq ikut permintaan mama?"

"Aunty, tak apalah. Saya balik rumah saya petang nanti. Risau pula kalau saya menyusahkan keluarga aunty."

"It's okay. Awak boleh duduk sini. Saya akan ikut Eiman," kata Eriq. Dia hanya memandang Kasturi sekilas sebelum dia sambung makan semula.

Kasturi rasa bersalah. Mesti Eriq tak suka bila kena keluar dari rumah ni disebabkan dia. Dia ni memang suka menyusahkan orang agaknya.









Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now