Seminggu sudah berlalu. Tetapi Kasturi belum juga sedarkan diri walaupun keadaannya kembali stabil. Hari demi hari Eriq menanti penuh sabar agar isterinya bangun. Tidak sesaat pun dia meninggalkan isterinya sepanjang tempoh itu. Buat masa sekarang, hospital dah jadi rumahnya.
Jari jemari milik Kasturi digenggam kemas. Sejuknya. Dia gosok tapak tangan Kasturi untuk mengalirkan haba.
"Sayang, bila sayang nak bangun ni?" Eriq menyoal walaupun dia tahu Kasturi tidak akan meresponnya.
"Abang rindukan sayang," ucap Eriq lagi. Mata automatik berkaca. Entah kenapa dia mudah sangat rasa sedih sekarang ni. Satu ciuman dia labuhkan dijemari Kasturi. Lama bibirnya melekat disitu.
"Abang Eriq..." panggil Hanim. Sejak tadi dia hanya memerhati di depan pintu. Takut mengganggu abangnya.
"Kenapa, Hanim?"
"Abang dah makan? Hanim ada bawakan makanan." Hanim tunjuk mangkuk tingkat ditangannya.
"Sekejap lagi abang makan. Hanim letak atas meja tu dulu."
"Abang janganlah macam ni. Dalam masa seminggu ni, abang dah kurang makan. Badan abang pun dah susut. Kalau Kasturi bangun nanti, terkejut dia tengok abang dah kurus."
"Kurus sikit je. Tapi sado tu tak hilang lagi."
"Hmm...menyempat abang ni." Hanim buat muka. Menyampah pula dia.
Eriq ketawa kecil. Saja nak menghiburkan hati sendiri.
"Hanim datang seorang aje?" soal Eriq. Selalunya, Hanim datang bawa teman.
"Taklah. Hanim datang dengan Shauqi dan keluarga dia. Uncle Indra, Aunty Su dan Nekwan ada dekat luar. Abang pergilah jumpa mereka. Kasturi pula, Hanim boleh jaga. Bawa juga makanan tu. Ajak Shauqi temankan abang makan," suruh Hanim. Alang-alang tu, bolehlah abang dia tenangkan fikiran. Seminggu berkurung di dalam wad ini. Langsung tak mahu berpisah dengan Kasturi. Sekali sekala, ambillah angin luar.
"Yalah, abang keluar sekejap. Apa-apa, bagitahu abang terus."
"Ya, abang jangan risau. Abang boleh percayakan Hanim."
"Ini bukan soal percaya atau tidak percaya. Buatnya Kasturi dah bangun nanti tapi abang pula tak ada disisi dia. Abang takut dia fikir abang tak sayangkan dia pula."
"Kalau tentang tu, abang tak payahlah risau. Kalau Kasturi bangun sekali pun, dia takkan fikir macam tu. Setakat pergi makan, takkanlah dia terus fikir abang tak sayangkan dia. Overthinking betul abang ni."
Eriq menggeleng kecil. Panjang pula adik dia ni membebel.
"Okaylah. Abang pergi dulu. Jaga isteri abang baik-baik."
"Iya..." suara Hanim meleret pasrah. Risau betul abang dia ni.
Setelah hilang kelibat abangnya, Hanim duduk dikerusi. Wajah pucat Kasturi mengganti pandangannya.
"Kau tengoklah suami kau tu. Mengada-ngadakan dia? Aku suruh dia pergi makan je. Bukan suruh tinggalkan kau." Hanim meluah rasa geram dengan perangai abangnya.
"Babe, aku rindukan kaulah. Kau taknak bangun lagi ke? Aku bosan sebab kawan gosip aku tak ada. Kau nak tahu tak? Pelajar-pelajar kau, caring betul dekat kau. Setiap hari dia orang akan datang jumpa aku semata-mata nak tanya keadaan kau. Kau bangunlah. Ramai yang tunggu kau. Lagi-lagi, Abang Eriq. Dia rindukan kau, babe."
Bibir mencebik. Langsung tiada respon dari Kasturi.
"Aduh, sakit perut!" lekas Hanim bangun dan berlari ke tandas sambil memegang perutnya. Tadi tak mahu membuang. Buat hal pula perut dia.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...