Bab 4

1.7K 74 0
                                    

Pandangan matanya dihalakan ke arah dua susuk tubuh yang sedang berborak di tempat letak kenderaan. Aniq dan Tengku Fahmi. Baru saja kakinya hendak melangkah, Eriq milihat Arman menghampiri mereka. Dia batalkan niat. Membiarkan Arman berborak dengan Aniq dan Tengku Fahmi. 

Eriq pusingkan tubuh lalu menghampiri papanya dan Uncle Hafiz pula. Sempat dia hadiahkan senyum sebelum labuhkan duduk bersama mereka.

"Panjang umur kamu. Baru je kami sebut nama kamu tadi," kata Tuan Hafiz.

"Kenapa sebut nama Eriq? Mengumpat ke apa?" soal Eriq.

"Papa kamu ni tanya bila kamu nak kahwin. Belum ada calon lagi ke?" soal Tuan Hafiz.

"Kau jangan nak memandai, Hafiz. Aku tak ada sebut pasal kahwin pun tadi. Kau jangan sampai majlis kahwin anak kau bertukar jadi majlis tahlil kau," marah Tuan Emir. Hafiz ni suka sangat putar belit cerita.

Tuan Hafiz menahan tawa. Tak boleh nak usik sikit. Suami, isteri, anak-anak, semuanya garang. Apa makanan rutin keluarga Emir Hakeem ni? Asyik emosi setiap masa.

"Uncle bergurau je. Papa kamu tak sebut pasal kahwin pun. Tadi kami ada cakap tentang jawatan CEO tu. Sampai bila uncle kena pegang jawatan tu? Jawatan tu bukan milik uncle. Uncle cuma jaga sekejap je. Sementara kamu masih bekerja di Perth. Kamu memang nak menetap dekat sana selamanya ke?"

"Uncle pegang untuk selama-lamanya pun okay," kata Eriq. Dia langsung tak berminat dengan jawatan itu.

"Eh kamu ni, memang nak kena. Uncle serius, bukan main-main, Eriq."

Eriq menghela nafas perlahan. Dia tegakkan tubuh. Wajah ditayang serius.

"Eriq taknak jawatan tu. Papa yang asyik paksa Eriq ambil alih syarikat tu. Padahal Eiman ada. Dia boleh uruskan syarikat papa tu."

"Eriq anak sulung papa," kata Tuan Emir pula.

"Tapi Eriq taknak. Eriq sayangkan kerja Eriq dekat Perth tu. Papa boleh bagi jawatan tu pada sesiapa yang layak."

"Syarikat tu milik keluarga kita. Papa nak waris kita yang ambil alih syarikat tu. Eriq tu, duduk sajalah di Malaysia ni. Dekat sana, Eriq duduk seorang diri juga."

"Papa bagilah pada Eiman. Lagi pun dia selalu tolong papa dekat syarikat tu," kata Eriq lagi. Dia bangun lalu pergi dari situ. Tak berminat nak panjangkan topik itu lagi.

Tuan Emir menggeleng. Tak faham dia kenapa Eriq menolak untuk jawatan CEO tu. Dia sudah tua. Tak larat nak uruskan syarikat. Jawatan tu, dia berikan kepada Hafiz buat sementara waktu. Dia percayakan Hafiz untuk menguruskan syarikatnya. Dia bukan tak mahu berikan jawatan tu pada Eiman. Tapi bagi dia, Eiman tu masih muda.

Baru saja Eriq nak melangkah masuk ke dalam masjid, dia terserempak dengan Lydia. Bekas isteri kedua sahabatnya, Afiq Naufal. Kini, Lydia telah berkahwin dengan Aniq Naim. Adik kepada Afiq Naufal.

"Eh Lydia, how are you?" Eriq menyapa.

"Alhamdulilah, I'm good. Awak pula macam mana? Okay? Bila sampai Malaysia?" soal Lydia pula.

"Saya okay. Dah seminggu saya ada dekat Malaysia ni," jawab Eriq sebelum dia tunduk melihat perut Lydia yang memboyot.

"Macam dah sarat tu. Dah berapa bulan?" soal Eriq lagi.

"Dah sembilan bulan dah. Tunggu masa nak bersalin je ni," ujar Lydia sambil tersenyum lebar. Perutnya yang memboyot diusap perlahan.

"Dah sarat pun sempat datang majlis kahwin? Kalau terberanak dekat sini macam mana?"

"Awak janganlah doakan macam tu, Eriq. Nanti tak jadi pula Arman tu nak kahwin. Sekurangnya, biarlah saya bersalin selepas majlis Arman selesai."

Eriq ketawa kecil. Tak ada niat pun nak doakan macam tu. Dia cuma nak bergurau saja tadi.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now