Kasturi tak senang duduk. Kedua-dua tapak tangannya digosok untuk menghasilkan haba. Sejuk. Berdebar menanti keputusan daripada doktor. Ditambah pula rasa sejuk daripada pendingin hawa di dalam bilik itu. Lagilah dia rasa kesejukan.
Melihat doktor perempuan itu mendekat, Kasturi makin berdebar. Ditangan doktor itu ada dua helaian kertas. Dia yakin, itu adalah keputusan ujian kesuburan dia dan Haikal.
Haikal hanya diam dari tadi. Tidak nampak tenang, tidak juga nampak risau. Muka dia macam tak ada reaksi. Sambil menunggu doktor tadi pun, dia nampak tenang saja sambil bermain telefon.
"Encik Haikal, Puan Kasturi, dekat tangan saya ada keputusan ujian kesuburan kalian berdua. Encik dan Puan dah sedia ke?"
"Cakap sajalah, doktor. Kami memang dah sedia," sampuk Haikal setelah lama dia berdiam diri.
"Baiklah. Saya mulakan dengan Puan Kasturi. Berdasarkan keputusan ni, puan sihat. Puan tak ada masalah kesuburan dan puan ada peluang untuk mengandung secara normal. Cuma, ada masalah sikit bagi pihak Encik Haikal. Selepas kami buat ujian ke atas air mani milik Encik Haikal, kami mendapati bahawa jumlah sperm yang ada dalam air mani tersebut lebih sedikit berbanding jumlah normal sperm yang sepatutnya. Tapi..."
"It's okay, doktor. Tak perlu bazirkan tenaga doktor nak terangkan panjang lebar pada saya. Saya tahu, saya mandul," potong Haikal. Wajahnya juga berubah. Tidak setenang tadi.
"Bukan itu yang saya nak cakapkan, Encik Haikal. Masalah kesuburan Encik Haikal masih boleh dirawat. Encik dan isteri masih ada peluang untuk dapatkan anak."
Haikal segera berdiri. Tak sanggup lagi dia nak dengar penjelasan daripada doktor. Dia terima kekurangan dia.
"Tak apalah. Saya faham. Terima kasih," usai berkata, Haikal segera keluar dari bilik itu.
"Doktor, maafkan suami saya. Saya minta diri dulu,"
Kasturi turut bangun dan pergi dari situ. Doktor itu hanya memandang mereka pergi. Kepala digeleng perlahan.
Kasturi mempercepatkan langkahnya mengejar Haikal yang sudah jauh dihadapan. Haikal pula, bukan main laju lagi dia berjalan.
"Abang, tunggulah saya."
Haikal mengabaikan panggilan Kasturi. Dia meneruskan langkahnya menuju ke tempat letak kenderaan. Dia segera masuk ke dalam perut kereta. Dadanya berombak laju menahan perasaan. Kecewa, sedih, marah. Semua ada. Bukanlah dia tak boleh menerima kenyaatan. Cuma dia rasa terkilan. Mesti ibu akan kecewa.
Kasturi turut masuk ke dalam kereta. Dia pandang Haikal dengan perasaan sayu. Pasti Haikal sedih dengan keputusan tadi.
"Abang, kita balik. Kita bincang dekat rumah." Kasturi sentuh bahu Haikal. Namun, tangannya ditepis kasar oleh Haikal.
"Tak payah panggil aku abanglah,"
Enjin kereta segera dihidupkan. Kereta Toyota Vios berwarna putih itu mula beredar dari situ. Sepanjang perjalanan, mereka hanya berdiam diri. Haikal masih melayan perasaan. Kasturi pula, dia takut nak memulakan bicara bila Haikal cuma menayangkan wajah bengisnya. Dia tahu, emosi Haikal bukan dalam keadaan baik. Kalau dia tegur, mesti kena marah dengan Haikal. Jadi, lebih baik dia diam.
Tiba saja dirumah, Haikal segera masuk meningggalkan Kasturi yang sedang mengeluarkan barang dari kereta. Sempat mereka singgah di pasaraya untuk membeli barang tadi. Punggung dihenyakkan ke sofa. Haikal melepaskan keluhan kecil. Tangan naik memicit pelipis. Mata memandang Kasturi yang sedang berjalan menuju ke dapur.
"Kasturi..."
Kasturi tak jadi nak meneruskan langkah. Dia pusing tubuh ke arah Haikal. Menanti bicara yang keluar dari mulut Haikal.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...