Bab 8

1.5K 72 2
                                    

Keluar saja dari perut kereta, Hanim memandang tempat letak kenderaan yang masih kosong disebelah keretanya. Tempat  itu, selalunya Kasturi yang akan parking kereta dia. Dan selalunya Kasturi akan datang lebih awal daripada dia. Hanim garu hujung kening. Pelik. Takkan Kasturi tak datang hari ni? Tak ada pula Kasturi beritahu bahawa dia sedang bercuti hari ni.

Akibat malas nak fikir, dia biarkan soalan itu bermain difikiran. Nantilah dia tanya Kasturi. Hanim segera atur langkah menuju ke bilik guru. Saat tiba disana, dia terkejut bila melihat Kasturi sedang duduk dikerusi sambil menyemak kertas ulang kaji pelajarnya.

"Kasturi, kau dah datang?" soal Hanim.

"Macam tak biasa pula aku sampai lebih awal daripada kau." Kasturi hairan dengan pertanyaan Hanim.

"Tapi kereta kau tak ada pun. Kau parking dekat mana kereta kau?"

Kasturi tersengih. Memang patutlah kalau Hanim pelik dia dah ada dekat bilik guru sedangkan kereta tak ada ditempat letak kenderaan. Hari ini dia dihantar oleh abang angkatnya. Pelikkan?

"Haikal yang hantarkan aku," ujar Kasturi tenang.

"Haikal? Abang angkat kau tu?" soal Hanim. Dia agak terkejut. Setahu dia, abang angkat Kasturi tu tak mesra alam.

"Pelikkan? Itu sebab ibu aku yang suruh. Malam nanti, ibu suruh aku tidur rumah dia. Lepas tu, kebetulan pula aku nak keluar dengan seseorang hari ni. Memang aku malas juga nak drive,"

"Kau nak keluar dengan siapa?" soal Hanim lagi.

Kasturi ukir satu senyum yang kelihatan begitu bahagia. Sebahagia hatinya.

"Aku nak keluar dengan Eriq. Abang kau," ujar Kasturi teruja.

Hanim tayang wajah tidak senang. Abang dia kata nak menjauh daripada Kasturi sebab tak mahu beri harapan. Jadi, apa pula tujuan abang dia ajak Kasturi keluar bersama hari ni? Adakah ini pertemuan terakhir mereka? Hati Hanim rasa sayu saat melihat wajah Kasturi yang begitu gembira. Apa perasaan Kasturi nanti kalau dia tahu Eriq akan kembali ke Perth? Mesti Kasturi akan sedih.

"Kau macam tak suka je aku keluar dengan abang kau. Kau tak suka kalau kasih sayang abang kau dah beralih arah pada aku?" Kasturi ketawa kecil. Nak bergurau dengan Hanim.

"Boleh tak kau jangan berharap sangat dengan abang aku tu?" pinta Hanim membuatkan wajah Kasturi serta merta berubah.

Bahu Kasturi mengendur. Jadi benarlah Hanim tak suka kalau dia makin rapat dengan Eriq?

"Kau tak suka ke kalau aku jadi kakak ipar kau?"

"Itu bukan masalahnya. Aku betul-betul tak kisah kalau kau nak jadi kakak ipar aku. Malah, aku akan happy. Tapi aku taknak kau kecewa disebabkan abang aku. Tolonglah, jangan kau letak harapan tinggi sangat pada dia. Nanti kau akan terluka, Kasturi."

"Aku tak tahu macam mana nak rendahkan harapan aku, Hanim. Aku memang berharap dia akan jadi milik aku, jadi suami aku. Aku ni kuat berangan, ya? Tapi abang kau ada cakap apa-apa pada kau ke? Dia kata dia tak suka aku eh?"

Hanim tak tahu nak jelaskan macam mana pada Kasturi. Sungguh, dia tak mahu musnahkan harapan Kasturi. Tapi dia juga tak mahu Kasturi kecewa. Dia buntu.

"Suka hati kaulah. Aku nak pergi sarapan. Kau nak ikut tak?"

"Kau pergilah, aku ada kelas pagi ni. Takut lambat pula nak masuk kelas. Aku makan nanti je,"

Hanim mengangguk sebelum dia melangkah keluar dari bilik guru. Dia sengaja nak melarikan diri daripada Kasturi. Tak mahu Kasturi terus bertanya tentang abangnya. Perkara ini, patutnya abang dia yang berterus terang.








Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now