Bab 31

1.6K 63 1
                                    

Sejadah yang digunakan dilipat setelah selesai menunaikan solat isyak. Syukur kerana dia masih diberikan peluang untuk mengerjakan perintah Allah. Kopiah dikepala dicabut sebelum dia letak ke atas rak. Kaki mula diatur ke pintu sebelum tangan menarik tombol pintu. Saat pintu dibuka, kelihatan Hanim yang sedang berdiri didepan biliknya dengan mata yang kemerahan kerana menahan tangis.

"Hanim, kenapa ni? Hanim okay tak?"

"Abang...abang tahu tak Kasturi pergi mana?"

"Kasturi? Tak tahu. Tadi sebelum asar abang dah hantar dia ke rumah. Dia tak ada dekat rumah ke?"

Hanim menggeleng.

"Dia ada mesej Hanim. Dia suruh Hanim balik ke sini sebab dia tak ada dekat rumah buat sementara waktu ni. Bila Hanim tanya dia pergi mana, dia tak balas mesej Hanim. Hanim call pun tak dapat. Dia offkan telefon. Hanim risau, abang."

"Mungkin Kasturi balik rumah ibu dia. Masa abang hantar dia petang tadi, ibu dia ada dekat rumah tu. Manalah tahu dia balik ke sana. Hanim dah cuba tanya ibu dia?"

"Hanim tak ada nombor telefon ibu dia."

"Lepas tu kita nak buat apa?"

"Jom teman Hanim pergi rumah ibu dia. Hanim cuma nak pastikan, betul ke tidak dia ada dekat sana."

Eriq mengangguk setuju.

"Abang ambil wallet kejap."

Hanim setia menunggu abangnya. Mereka berdua bergegas menuju ke rumah Puan Raudah. Dua puluh minit perjalanan, tibalah mereka di kediaman Puan Raudah. Namum, agak menghampakan setelah mendapati bahawa kereta Kasturi tiada disitu.

"Abang, tak ada pun kereta dia." Hanim meluahkan rasa kecewa.

"Kita masuk dulu. Kita tanya ibu dia. Manalah tahu kereta dia rosak ke apa. Sebab tu kereta dia tak ada dekat sini."

Hanim jatuhkan kepala sekali. Mereka berdua keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu rumah itu. Berkali-kali pintu diketuk sebelum ia dibuka dari dalam.

"Assalamualaikum, makcik." Hanim memberi salam. Terjengul kepalanya mengintai ke dalam rumah mencari kelibat Kasturi.

"Waalaikumussalam. Kau nak apa datang sini?" Puan Raudah menyoal kasar. Menyampah betul dia tengok muka Hanim.

Eriq seakan terkejut dengan bahasa yang digunakan oleh Puan Raudah. Kedengaran agak kasar. Tapi dia membiarkan saja.

"Makcik, saya nak tanya. Kasturi ada dekat sini ke?" Tanya Hanim. Suaranya lebih lembut berbanding sebelum ni. Niatnya datang ke sini adalah untuk mencari Kasturi. Jadi tak ada alasan untuk dia bersikap kurang ajar dengan Puan Raudah. Melainkan Puan Raudah yang cari pasal dengan dia.

"Kenapa pula kau cari dia dekat rumah aku ni? Diakan kawan baik kau. Housemate kau. Takkan kau tak tahu dia ke mana."

"Makcik, kalau saya tahu...saya tak akan datang ke sini."

Puan Raudah silangkan tangan ke dada. Dia pandang Hanim dengan penuh rasa benci.

"Dia tak ada dekat sini. Kau boleh balik sekarang. Buat semak je datang sini," halau Puan Raudah.

Baru saja Puan Raudah hendak menutup pintu, Eriq menghalang. Dia pandang Puan Raudah dengan tajam. Cara Puan Raudah melayan adiknya membuatkan dia rasa bengang.

"Adik saya tanya dengan baik, kenapa makcik tak boleh jawab dengan baik? Berat sangat ke lidah makcik nak jawab pertanyaan adik saya dengan ayat yang lebih sopan."

Puan Raudah ketawa sinis. Dia pandang setiap inci wajah Eriq.

"Jadi kau ni abang Hanim rupanya. Rupanya kaulah yang buat anak aku jadi kurang ajar."

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now