Tiba-tiba sangat dia ajak Eriq datang ke Port Dickson. Nak lari daripada Anis punya pasal. Lokasinya pun tak jauh sangat. Tak adalah penat sangat Eriq nak memandu.
"Sayang,"
Kasturi tersentak apabila Eriq memeluknya dari belakang.
"Abang tengok sayang macam ada masalah je. Tak nak kongsi dengan abang?"
"Tak ada apa-apalah. Saya tak ada masalah." Kasturi tersenyum tawar. Dia hanya memikirkan tentang Anis. Sebab tu dia asyik termenung saja.
"Betul ni?"
"Iya, abang jangan risau."
Eriq hanya tersenyum nipis. Dia yakin ada sesuatu yang menggangu fikiran isterinya. Tetapi, dia tidak mahu memaksa Kasturi untuk berkongsi dengannya.
"Sayang taknak pergi jalan-jalan ke?" soal Eriq. Dagunya disangkut dibahu Kasturi. Sama-sama menghalakan pandangan ke luar bilik itu.
"Esok sajalah. Lagi pun hari dah nak gelap ni. Kalau saya jalan-jalan sekarang, mesti abang akan ikut saya. Saya nak abang rehat. Kesian abang penat drive tadi."
"Sweetnya isteri abang ni." Eriq menghadiahkan satu ciuman dipipi Kasturi.
"Tapi abang nak tanya sayang." Eriq kembali bersuara. Kasturi tolehkan muka memandang suaminya.
"Abang nak tanya apa?"
"Kenapa tiba-tiba je sayang ajak abang datang sini? Bukan ke sayang cakap tak nak pergi honeymoon?"
Kasturi melepaskan tawa kecil.
"Ingatkan apalah yang abang nak tanya tadi. Tapi saya tak ada jawapan pun nak beri pada abang. Idea tu muncul tiba-tiba. Saya nak luangkan masa berdua dengan abang tanpa ada gangguan. Lagi pun, lokasinya tak jauh sangat."
"Abang tak sempat nak plan apa-apa, sayang. Kalau kita bincang dulu, bolehlah abang tempah bilik yang ada pakej honeymoon. Ini kita dapat bilik yang biasa-biasa je. Tak romantik."
"Habis yang romantik tu macam mana? Nak kena ada kelopak bunga atas katil tu?"
"Itu salah satunya. Tapi pakej honeymoon ni kena ada satu benda yang paling penting. Kalau ia tak ada, tak adalah pakej honeymoon ni."
"Apa dia?" Kasturi menyoal ingin tahu.
"Pasangan," jawab Eriq sepatah. Dia saja nak bergurau dengan isterinya.
Kasturi pusing tubuh menghadap Eriq. Berkerut seribu keningnya mendengar jawapan Eriq.
"Kalau tak ada pasangan, memang tak boleh ambil bilik yang ada pakej honeymoon ke?" polos Kasturi bertanya.
"Sayang pernah ke tengok orang single sewa bilik pakej honeymoon? Mesti tak adakan? Kalau ada juga, kesianlah. Sunyi sangat hidup dia."
Barulah Kasturi mengerti. Dia ingatkan apalah yang penting tu.
"Tak baik abang cakap macam tu dekat orang yang single. Kalau saya tak terima abang, mesti abang pun akan single sampai bila-bila."
"Macam dia seorang je perempuan yang ada dekat dunia ni. Ramai lagilah perempuan yang nak dekat abang ni. Abangkan handsome. Mesti ada yang sudi nak berkahwin dengan abang," kata Eriq dengan senyuman yang bangga.
"Betullah cakap abang tu. Ramai perempuan nak dekat abang. Kalau saya tak wujud dekat dunia ni pun, abang boleh kahwin dengan perempuan lain. Yalah, abang ni handsome, baik pula tu. Siapa je yang tak jatuh cinta dengan abang?" Kasturi ukir senyuman tawar. Sejak tadi, fikirannya tak henti-henti memikirkan nasibnya jika Anis terus berusaha untuk memiliki Eriq.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...