Punggung dihempaskan ke kerusi. Dia baru saja habis mengajar di kelas tingkatan satu. Pelajar di kelas itu jenis yang nakal belaka. Penat dia nak melarang supaya jangan buat bising. Tapi bukannya mereka nak dengar.
Mata Kasturi menangkap tubuh Hanim yang sedang berjalan menghampirinya. Dia hadiahkan satu senyuman buat Hanim. Melihat buku ditangan Hanim, rasanya sahabatnya itu baru selesai mengajar juga. Kasturi hanya memerhati tingkah laku sahabatnya yang baru saja melabuhkan punggung. Kemudian, Hanim kemas meja pula sebelum berpaling memandang Kasturi.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Hanim bersuara yang sedari Kasturi ralit memandangnya.
"Apa dia?" Kening Kasturi dijongket sebelah menanti bicara dari mulut Hanim.
"Sebenarnya... Shauqi ajak aku keluar."
"Dating?" Hanim mengangguk mengiyakannya.
"Bila? Lepas balik sekolah nanti?" Hanim angguk lagi. Kasturi tersenyum penuh makna. Niatnya ingin nak mengusik Hanim. Tak silap dia, dah lama sahabatnya itu tidak keluar bersama Shauqi. Memang patutlah kalau mereka nak keluar bersama hari ni.
"Tapi aku nak kau teman aku," kata Hanim membuatkan senyuman Kasturi mati. Tak jadi dia nak mengusik.
"Kenapa pula aku nak kena teman kau? Shauqi nak ajak kau pergi dating. Mestilah dia nak luangkan masa berdua je dengan kau. Kalau ada aku, menyibuk pula nanti."
"Sebab aku taknak berdua-duaanlah aku ajak kau teman. Bila berdua-duaan ni, nanti ada yang ketiga. Yang ketiga tu adalah syaitan. Lagi pun, kita datang sekali hari ni. Nanti kau balik dengan apa?"
"Banyaklah kau punya alasan tu. Kau ajaklah orang lain. Aku tak nak. Jangan risaukan aku. Aku boleh balik sendiri,"
"Please...kau je kawan yang aku ada. Jomlah temankan aku," tangan Kasturi digoncangkan. Merayu.
"Kau paksa aku ke apa ni?"
"Ya, memang aku sedang paksa kau. Walaupun kau tak nak ikut, kau tetap kena ikut. Wajib temankan aku. Tak ada harus atau sunat,"
Kasturi tolak biji mata ke atas. Nak tak nak, dia terpaksa ikutlah ni. Sebenarnya, dia tak suka teman orang dating. Nanti dia rasa bosan. Dia hanya mampu melihat pasangan itu sedang bermesra. Dia pula diabaikan. Tapi demi Hanim, dia terpaksalah. Lagi pula Hanim dah banyak bantu dia. Tak salah kalau kali ni dia ikut saja kemahuan Hanim.
Setelah tamat waktu persekolahan, Kasturi menepati janjinya untuk menemani Hanim. Niatnya nak berehat selepas pulang dari sekolah terpaksa dibatalkan. Nasib baik Hanim yang memandu. Sempat jugalah dia terlelap dalam kereta tadi sebelum tiba di destinasi.
"Babe, kita singgah restoran dulu. Kita belum makan lagi. Aku laparlah,"
Kasturi mengangguk setuju. Perut dia pun asyik berbunyi sejak tadi. Dia cuma makan sarapan je. Tengah hari pula, belum sempat nak jamah apa-apa makanan.
Mereka berdua meneruskan langkah ke sebuah restoran yang berdekatan. Satu benda yang dia suka bila berkawan dengan Hanim. Hanim seorang yang sentiasa merendah diri walaupun dia anak orang kaya. Papa Hanim tu bergelar Datuk. Tapi Hanim tak pernah mengaku yang dia anak Datuk. Makan pun direstoran yang biasa-biasa saja. Bukan direstoran mewah.
Masuk saja ke dalam restoran, Kasturi melihat Shauqi yang setia menunggu Hanim dimeja. Yang mengejutkan dia adalah Shauqi tidak keseorangan. Ada Eriq juga disitu. Pantas lengan Hanim disambar untuk menghentikan langkah gadis itu.
"Kau tak cakap pun yang Eriq ada sekali. Kalau aku tahu memang aku tak akan ikut,"
"Oh ya ke? Aku tak beritahu kau eh?" soal Hanim selamba membuatkan Kasturi ketap bibir menahan geram. Hanim ni memang nak kena.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...