Bab 48

1.8K 82 17
                                    

Seminggu berlalu, hubungan dia dan Eriq pun kembali baik. Dia malas nak fikir lagi tentang masalah mereka. Selagi dia mampu nak bersabar, dia akan sabar.

Walaupun seminggu sudah berlalu, tapi sakit kepalanya tak hilang. Selepas hari dia bergaduh dengan Eriq, dia demam. Eriq pun sama juga. Berjangkit dengan dia agaknya. Tapi Eriq sudah sembuh. Dia pula belum sembuh sepenuhnya. Badan dah tak panas. Tapi tubuhnya masih rasa lemah. Selera makan pun berkurang.

"Cikgu, kelas cikgu sepatutnya bermula sepuluh minit yang lepas. Kenapa cikgu belum masuk kelas lagi?" soal Wani. Pelajar kelas 3 Dinamik.

Kasturi melihat jam didinding. Dia tak perasan pula kelas sepatutnya dah bermula.

"Maaflah, Wani. Cikgu lupa. Tapi Wani boleh tolong cikgu tak?"

"Tolong apa, cikgu?"

"Tolong bawakan barang cikgu ke kelas. Cikgu nak ke tandas sekejap."

"Baik, cikgu!"

Kasturi senyum segaris lalu menyerahkan barangnya kepada Wani. Dia pula mengatur langkah ke tandas. Belum sempat dia melangkah ke tandas, tiba-tiba dia rasa mual dengan bau busuk dari tandas. Kasturi tutup hidung.

"Hisy, siapa pula guna tandas tak flush ni?Busuk gila!" marah Kasturi. Tak pernah tandas guru jadi busuk macam ni.

"Ingatkan tandas pelajar je yang busuk. Rupanya tandas guru pun busuk juga," bebelnya lagi. Dia batalkan niat nak masuk ke tandas. Kemudian, dia kembali melangkah menuju ke kelas 3 Dinamik.

Selepas Kasturi pergi, seorang cleaner keluar dari tandas. Dia memandang Kasturi yang baru saja melangkah pergi. Kepalanya digeleng perlahan.

"Apa yang busuknya? Aku tengah cuci tandas ni. Sabun pun belum dibersihkan lagi. Dia tak baca ke papan tanda tu."

Dia garu kepala. Hidung cikgu tadi memang bermasalah ke apa?

Kasturi pula hanya mampu menahan rasa mual. Bau busuk tadi sepertinya masih melekat dihidung. Makin sakit kepalanya.

"Babe, kau kenapa ni?" tegur Hanim saat melihat Kasturi seperti hilang keseimbangan.

"Hah? Aku? Aku rasa pening sebab bau busuk dekat tandas tadi."

"Habis tu, kau okay ke tak ni?"

Kasturi jatuhkan kepala sekali.

"Tapi aku tengok kau macam tak okay. Nak rehat dulu tak? Ke nak pergi klinik?"

"Aku ada kelas sekarang ni. Nantilah aku rehat atau ke klinik tu."

"Baiklah, tapi kau hati-hati. Kalau kau rasa nak pengsan ke apa, kau panggil je sesiapa yang ada dekat kau. Kalau masih tak larat, kau call aku," pesan Hanim.

Kasturi senyum segaris. Risau betul Hanim padanya.

"Yalah, kalau aku rasa tak okay aku bagitahu kau."

Kasturi menyambung semula langkahnya ke kelas. Tak mahu pelajarnya menunggu terlalu lama dikelas. Semasa dikelas, dia hanya mengajar sebentar. Kepalanya tiba-tiba rasa pening lagi. Kali ni makin teruk.

Selepas tamat waktu persekolahan, Kasturi meminta Hanim untuk membawanya ke klinik. Sungguh, dia tak tahan lagi.

"Bulan ni puan dah datang bulan?" soal doktor wanita itu.

"Sepatutnya semalam. Tapi sampai ke hari ni belum datang lagi, doktor."

"Kalau macam tu, kita buat ujian air kencing. Saya nak uji kehamilan," ujar doktor itu.

"Uji kehamilan?" soal Kasturi bingung. Terkebil-kebil dia memandang doktor yang merawatnya.

"Iya, puan. Simptom-simptom yang puan bagitahu tadi merupakan antara simptom kehamilan. Jadi, saya perlu ujian air kencing untuk pastikan sama ada benar atau tidak yang puan mengandung."

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now