Bab 21

2.1K 93 1
                                    

Eriq bergegas masuk ke dalam rumah. Dia sudah lambat ke pejabat. Tapi boleh pula dia tak bawa briefcase ke rumah Tuan Indra semalam. Tak pasal-pasal dia kena singgah dirumah untuk mengambil barang yang tertinggal.

Baru saja dia nak menolak pintu biliknya, Kasturi pula keluar dari bilik Hanim. Dia batalkan niat untuk masuk ke bilik. Dia melihat Kasturi yang sedang menjinjing satu beg pakaian. 

"Awak nak pergi mana?" Eriq menyoal Kasturi.

"Saya nak balik ke rumah saya," jawab Kasturi. Ragu-ragu pula nak pandang mata Eriq.

"Kata nak tinggal dekat sini dua tiga hari lagi. Takkan nak balik dah?"

"Saya kena balik. Saya tak nak susahkan keluarga awak lama sangat. Lagi pun, saya dah berpisah dengan suami saya. Saya rasa dia takkan ganggu saya lagi."

"Macam mana awak tahu dia takkan ganggu awak? Dekat rumah awak tu, awak tinggal seorang diri je. Buatnya dia datang ganggu awak dekat rumah tu, siapa nak tolong awak nanti? Saya tak ada dekat sana,"

Kasturi kerutkan kening. Apa kena mengena dengan Eriq tak ada dekat sana? Apa yang dimaksudkan Eriq? Lagi satu yang dia perasan, panggilan Eriq pada dia dah tak sama macam dulu lagi. Kini lebih sopan.

"Selama ni pun awak tak ada dekat sana. Tak ada masalah pun. Apa kena mengena dengan awak tak ada dekat sana kalau bekas suami saya datang kacau saya?"

"Nanti saya tak boleh selamatkan awaklah,"

Erk... Apakah? Eriq nak selamatkan dia? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja Eriq nak hulurkan bantuan untuk selamatkan dia daripada Haikal.

"Dia takkan ganggu saya lagi. Awak jangan risau. By the way, petang nanti awak bolehlah balik ke rumah ni semula. Saya dah tak ada dekat sini."

"Tapi saya berharap awak ada dekat sini bila saya pulang nanti. Awak sambut kepulangan saya. Mesti seronok, kan?"

"Kenapa saya pula nak kena sambut kepulangan awak? Selama ni, ada orang sambut awak ke? Ada orang bentangkan karpet merah untuk awak?"

"Sebelum ni tak ada. Tapi awak sudi tak sambut kepulangan saya? Kalau awak sudi, saya lantik awak sajalah."

"Saya pun ada kerja saya. Takkan setiap kali awak balik, saya nak kena datang sini semata-mata nak sambut kepulangan awak. Buat rugi petrol aje," balas Kasturi.

Eriq ketawa kecil sambil menggeleng. Kasturi tak faham kiasan yang dia berikan. Dia pun satu. Sejak bila dia pandai mengayat perempuan ni? Sekelip mata berubah menjadi mahir. Sebelum ni, perempuan mengorat pun dia buat tak layan.

"Tak apalah. Saya tak kisah pun kalau tak ada orang sambut kepulangan saya. Tapi kalau ada, saya gembira."

Eriq kerling jam ditangan. Dia sudah lambat sebenarnya. Tapi disebabkan mahu berbual dengan Kasturi, dia tak kisah. Sekali-sekala lambat ke pejabat.

Terbuka mulut Kasturi melihat jam ditangan Eriq. Bukan ke itu jam tangan yang dia berikan pada Eriq dua tahun lepas? Eriq masih simpan? Paling mengejutkan, Eriq pakai jam tangan pemberian dia. Dia pandang Eriq tidak percaya. Dia nak tanya, tapi tak terkeluar pula soalan itu dari bibirnya. Dadanya dihempas debaran. Tuhan...kenapa perasaan ni hadir lagi? Bukankah dia dah buang rasa ini sejak Eriq kembali ke Perth?

"Kasturi... are you okay?"

Kasturi tersentak. Dia mengangguk laju menjawab pertanyaan Eriq.

"S-saya okay!"

Eriq jatuhkan kepala beberapa kali. Dia merenung wajah Kasturi. Kata okay, tapi wajah Kasturi memberi jawapan sebaliknya. Tapi dia tak mahu bertanya. Mungkin Kasturi tak mahu berkongsi.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now