Epilog

3.7K 120 14
                                    

Dengan penuh sabar Eriq menunggu anaknya menghabiskan makanan dalam mulut. Hampir satu sejam dia berperang semata-mata nak menyuap anaknya makan. Rupanya tugas ibu bapa ni tak mudah. Bila difikirkan balik, rasa menyesal sebab dulu dia selalu buat perangai. Betapa penatnya mama dan papa nak melayan karenah dia yang kuat merajuk dan terlalu manja.

"Anggun, nak makan ke taknak ni?" Eriq tanya anaknya. Anggun hanya ketawa sebaik saja mendengar suara ayahnya.

"Buka mulut, sayang. Aaaa..."

Anggun tetap ketawa melihat ayahnhya itu. Entah dimana lucunya pun tak tahulah.

Eriq melepaskan keluh. Ada sikit lagi makanan yang masih berbaki. Kalau Anggun main-main macam ni, maknanya dah kenyanglah tu.

"Penatlah, daddy. Kalau anggun tak nak makan, biar daddy yang makan."

Eriq menyuapkan makanan Anggun ke dalam mulut. Sedaplah pula makanan yang Kasturi buatkan untuk anaknya ini. Apa bahan yang Kasturi letak? Lepas ni dia nak suruh Kasturi buatkan untuk dia jugalah.

Sementara Kasturi pula sedang mengemop lantai di tingkat atas. Sudah sebulan mereka berpindah ke rumah baru. Entah bila Eriq beli rumah ini pun dia tak pasti. Dia tahu tentang kewujudan rumah ini pun selepas Eriq berkeras nak ajak dia pindah. Sebelum ni, dia yang berdegil kata tak mahu setiap kali Eriq ajak berpindah. Bukan apa, dia rasa sunyi kalau dua orang saja tinggal dirumah yang besar. Kalau tinggal dirumah mentuanya, adalah juga teman nak berborak.

Buat masa sekarang, dialah yang perlu melakukan kerja rumah. Bergilir-gilir dengan Eriq. Ada waktu, dia buat kerja. Ada waktu, dia pula yang jaga anak. Dia ada berbincang dengan Eriq untuk mengambil pembantu rumah memandangkan tak lama lagi dia akan kembali mengajar setelah dua tahun dia bercuti panjang. Eriq pun setuju. Anggun pula, mama yang tawarkan diri nak jaga setelah dia mula bekerja nanti. Alang-alang, mama jaga anak Hanim juga.

"Sayang!" laung Eriq kuat memanggilnya dari tingkat bawah. Nak apa pula suaminya tu? Dia nak buat kerja pun tak senang.

"Sayang!" panggil Eriq lagi bila dia tidak menyahut tadi.

"Ya, abang. Apa dia?" Sahut Kasturi sebelum dia menyoal Eriq pula.

"Anggun dah taknak makan," beritahu Eriq.

"Letaklah dalam sinki. Nanti saya basuh," balas Kasturi pula. Dia menyambung semula kerjanya yang tertangguh. Ada satu tempat lagi yang dia perlu mop.

Setelah selesai, dia bawa mop keluar untuk dikeringkan. Kemudian, dia mencari suaminya pula. Kebetulan, dia melihat Eriq sedang berjalan menuju ke tangga.

"Mana Anggun?" soal Kasturi bila Eriq melenggang berjalan hendak ke tingkat atas tanpa anak mereka.

"Tadikan sayang suruh abang letak dalam sinki? Abang letak dia dekat sanalah," jawab Eriq dengan muka polosnya.

"Astaghfirullahalazim, Eriq Haiyan. Dah kenapa abang letak dia dalam sinki? Saya suruh abang letak bekas makanan dia tu. Bukan letak Anggun," bebel Kasturi seraya menggerakkan kaki ke dapur.

"Allahuakbar, Anggun!" terkejut Kasturi melihat Anggun sedang bermain air. Tak tahu bagaimana Anggun boleh buka paip air itu. Bukan main seronok dia main air.

"Anggun Nur Hana! Macam awak boleh buka paip air ni? Habis basah baju tu. Ya Allah, geramnya mummy." lekas Kasturi menutup paip air. Mengucap panjang dia melihat Anggun yang sudah basah kuyup itu.

Anggun ketawa mengekek. Dia mana faham kalau mummynya sedang marahkan dia. Yang dia tahu, dia boleh main air.

"Salah abanglah ni! Orang tak letak anak dalam sinki. Kalau ya pun, tunggulah sampai saya datang. Ini ditinggalkan aje anak dekat situ. Buatnya anak tu lemas ke apa? Abang nak bertanggungajwab? Abang memang suka buat saya marahkan?" marah Kasturi. Suaminya yang sedang menunduk ke lantai dipandang geram.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now