Bab 28

1.7K 77 3
                                    

Fikiran Kasturi masih teringat kata-kata Eriq siang tadi. Tanpa dia duga, Eriq juga mempunyai perasaan yang sama seperti dia. Eriq sukakan dia. Tapi kenapa Eriq langsung tak luahkan perasaan itu pada dia? Selama ni, apa yang dia harapkan tidak sia-sia. Eriq balas cinta dia walaupun sudah terlambat.

"Patut ke aku terima dia?" Kasturi bersoal sendiri.

Tidak begitu cepatkah kalau dia menerima Eriq? Dia baru saja bercerai dengan Haikal. Kalau tiba-tiba saja dia jalinkan hubungan dengan Eriq, mesti orang akan mengata. Lagi pula, dia masih trauma dengan perkahwinan. Susah dia nak percayakan pada lelaki. Macam mana kalau Eriq berubah seperti Haikal? Takkan dia perlu terseksa sekali lagi? Dia tak rela. Dia berpisah dengan Haikal untuk mencaru kebahagiaan bukan untuk menambah kesengsaraan.

"Lelaki...macam tulah. Bila orang serius, dia main-main. Dia ingat cinta kita ni macam panadol ke apa? Guna bila perlu je. Ish bencilah!"

Bantal yang dipeluk tadi dipukul-pukul untuk melepaskan rasa marahnya.

"Lelaki tak guna. Arghh!" Kasturi menjerit kuat. Sakitnya hati dia. Habis bantal dan selimut dia campak ke bawah. Bersepah bilik dia.

"Babe, what happened? Kau okay tak ni?" Hanim yang baru tiba menyoal risau. Dia sangat terkejut mendengar jeritan Kasturi yang kuat tadi.

Kasturi sendiri terkejut dengan kemunculan Hanim. Kuat sangat ke suara dia menjerit tadi? Dia pun tak sedar. Yang dia tahu, dia tengah melepaskan geram. Kalau ikutkan hati, dia nak aje pukul Eriq. Tapi sayang, tuan badan tak ada depan mata.

"Kau kenapa ni?" soal Hanim lagi apabila Kasturi tidak menjawab pertanyaannya tadi.

"Tak ada apalah," balas Kasturi acuh tak acuh. Dia bangun dari katil dan kutip semula bantal dan selimut yang dia lemparkan tadi.

"Kau tak akan meroyan macam ni kalau kau tak ada masalah. Ceritalah dekat aku. Apa yang dah terjadi?"

Kasturi melepaskan keluhan kecil. Dia kembali duduk dikatil. Hanim juga melabuhkan punggungnya disitu. Bersedia untuk mendengar cerita Kasturi.

"Abang kau..." ujar Kasturi perlahan.

"Kenapa dengan abang aku?"

"Dia luahkan perasaan dia pada aku. Dia kata dia suka aku."

Hanim tekup mulut kerana terkejut. Dia tak sangka abangnya berani meluahkan perasaan pada Kasturi. Dia fikir abangnya cuma ambil peluang untuk rapat dengan Kasturi. Rupanya abang dia buat lebih daripada tu.

"Kau terima ke?" Hanim menyoal ingin tahu. Tertanya-tanya juga apa jawapan yang Kasturi berikan.

Kasturi menggeleng. Mana mungkin dia nak terima. Dia tak pernah terfikir yang Eriq mempunyai perasaan suka pada dia. Selama ni, dia cuma fikir hati Eriq telah mati untuk dia.

"Kau pula macam mana? Kau dah tak sukakan Abang Eriq?"

Kasturi pandang Hanim lama. Sajalah tu Hanim nak korek rahsia dia.

"Kau boleh pegang rahsia aku?"

Hanim mengangguk laju. "Selama ni pun aku selalu pegang rahsia kau. Takkan kau tak mahu percayakan aku?"

Kasturi sedut nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

"Aku...aku masih sayangkan dia," kata Kasturi jujur.

Hanim tidak terkejut. Sebaliknya, dia hanya mengangguk faham. Sejak Kasturi kata dia tak pernah sayangkan Haikal, Hanim mula buat andaian sendiri. Apa yang dia sangkakan itu betul. Kasturi masih menyimpan perasaan pada abangnya.

"Aku rasa...apa yang telah berlaku adalah balasan untuk aku. Aku tak pernah sayangkan Haikal sepanjang dia jadi suami aku. Sejak dua tahun lepas, aku cuma sayang dan cintakan Eriq. Padahal, aku perlu buang perasaan tu setelah aku sah bergelar isteri Haikal. Seorang isteri tak boleh mencintai lelaki lain selain suaminya sendiri. Tapi aku? Aku cintakan lelaki lain, Hanim."

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now