Bab 30

1.9K 72 1
                                    

"Tak adalah, uncle. Niat Eriq memang macam tu. Tapi dia yang menolak. Jadi bersabarlah dulu. Uncle doakan yang baik-baik je untuk Eriq."

"Insha Allah uncle doakan. Pandai kamu pilih. Nampak sepadan dengan kamu."

Eriq senyum tersipu-sipu sambil memandang Kasturi. Hatinya berbunga. Dia semakin yakin untuk menjadikan Kasturi sebagai isterinya. Kalau Kasturi cantik, dia pula kacak. Kan sepadan tu. Mesti anak-anak dia comel.

'Tak apa, Eriq. Kau berangan dulu. Berangan itu percuma.' Eriq menggeleng perlahan sambil tersenyum nipis. Matanya tak lepas daripada memandang Kasturi.

Tajam mata Kasturi membalas pandangan Eriq. Entah kenapa dia rasakan diri dia adalah topik dibicarakan dua lelaki itu. Dia makin yakin apabila Eriq memandangnya dengan senyuman yang penuh makna.

"Kalau tak keberatan, boleh uncle tahu macam mana kamu kenal dengan Eriq ni?" Pertanyaan itu membantutkan Kasturi daripada terus merenung Eriq tajam.

"Sebenarnya saya berkawan dengan Hanim. Selalu jugalah saya ikut dia balik rumah. Dari situlah saya mula kenal Eriq," jawab Kasturi sopan. Tak lekang senyuman yang terukir dibibirnya.

"Oh patutlah. Terkejut juga uncle ni bila Eriq bawa perempuan datang sini. Sebelum ni, mana pernah dia nak berkawan dengan perempuan. Boleh kira berapa orang je kawan perempuan yang dia ada. Uncle memang fikir kamu ni girlfriend dia tadi."

"Tak adalah, uncle. Kami berkawan je. Tak lebih daripada tu. Kalau Eriq ada girlfriend sekali pun, orang tu bukan saya." Yakin Kasturi berkata sehingga kerutan didahi Tengku Fahrin mula timbul.

"Kenapa pula bukan kamu? Uncle tengok kamu sesuai jadi pasangan Eriq. Kamu tak nak?"

"Buat masa sekarang, saya terpaksa menolak. Kalau Eriq tu dah tak sabar sangat nak kahwin, uncle bolehlah suruh dia cari perempuan lain."

Eriq hanya memandang Kasturi tanpa merespon apa-apa. Entah kali ke berapa dia ditolak oleh Kasturi. Padahal dia tak ada pula dia bangkitkan soal perkahwinan. Nampak sangat Kasturi memang tak mahukan dia. Hampir saja dia nak berputus asa. Tapi dia bukan lagi lelaki yang lemah. Berapa kali pun dia ditolak, dia tak akan mengalah.

"Eriq ada ganggu kamu ke, Kasturi?" soal Puan Fazlin yang muncul dari dapur bersama dulang yang berisi minuman. Masa nak ke ruang tamu tadi, sempat dia mendengar perbualan antara Kasturi dan suaminya.

"Alhamdulillah, setakat ni tak ada lagi. Eriq layan saya dengan baik. Tapi ada juga rasa menyampah bila dia tak nak dengar cakap saya. Walaupun saya cakap saya tak suka, dia tetap buat. Sampaikan saya penat nak melarang. Akhirnya, saya biarkan saja dia hidup dalam angan-angan dia." Hanya kerana nak perli Eriq, Kasturi sendiri tak sedar dia sudah bercakap banyak. Kalau tadi bukan main dia rasa segan.

"Iya?" Puan Fazlin menyoal tidak percaya. Dia pandang Eriq pula mencari jawapan.

"Mana adalah. Saya cuma rasa saya berhak buat macam tu. Demi kebahagiaan saya. Kebahagiaan yang saya rasa bila dengan awak."

Puan Fazlin tekup mulut menahan tawa. Rasanya dia mengerti apa yang berlaku antara Kasturi dan Eriq. Ini mesti kes seorang nak, seorang lagi tak nak. Dia pun pernah muda. Banyak sudah kes macam ni berlaku depan mata dia.

"Macam-macamlah kau orang berdua ni. Bila aunty tengok kamu berdua, aunty teringatkan mama dan papa Eriq waktu muda dulu. Beginilah mereka. Seorang mahu, seorang lagi tak mahu. Tapi kalau dah jodoh, bersatu juga. Tapi kalau dah tak ada jodoh, guna ilmu hitam sekali pun tetap tak akan bersatu."

"Awak bersyukurlah saya tak guna minyak pengasih untuk dapatkan awak."

Kasturi tak berani nak pandang mata Eriq. Rasa macam dia melebih pula tadi. Padahal dia cuma nak kenakan Eriq. Apa yang dibalas Eriq tadi kedengaran serius pula. Dia pasti Eriq tak bergurau. Tapi dia masih dengan keputusannya. Dia belum bersedia untuk berkahwin lagi.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now