Bab 37

1.7K 78 10
                                    

Melihat mamanya yang sedang duduk disofa bersama Hanim dan neneknya, Eriq atur langkah menghampiri. Dia labuhkan punggung disebelah mamanya.

"Eriq, bila kamu masuk kerja semula?" soal Puan Hanan.

"Esok, ma. By the way, Eriq nak bagitahu yang Anis nak tumpang rumah kita nanti. Dia kata maksu dengan paksu tak jadi ikut dia datang KL sebab nenek dia belum sihat lagi."

"Boleh. Nanti mama kemaskan bilik tetamu tu untuk dia."

"Makin teruk ke sakit si Hasnah tu? Dah lama dia sakit, tapi belum sembuh juga. Mak lupa pula nak jenguk dia sebelum datang ke Kuala Lumpur ni," ujar nenek. Menyampuk perbualan anak dan cucunya.

"Hanan pun tak terfikir nak jenguk Makcik Hasnah tu. Ingatkan dia makin sihat."

Suasana sepi seketika sebelum nenek kembali bersuara.

"Eriq, kamu tak jemput Kasturi datang sini? Dah dua hari berlalu sejak pulang dari kampung. Tapi tak ada pula dia datang sini. Hari tu dia cakap nak datang sini jenguk nenek." 

Eriq garu hujung kening yang tidak gatal. Bagaimana dia mahu menjawab pertanyaan nenek? Dia pun tak ada hubungi Kasturi sejak pulang. Rasanya Kasturi masih merajuk dengan dia.

"Kasturi bergaduh dengan abang, Nek." Hanim meencelah. Tiada niat nak masuk campur. Tapi dia geram dengan abangnya yang langsung tidak memujuk Kasturi.

"Eh ya ke? Mama tak tahu pun. Sejak bila kau orang bergaduh ni?" soal Puan Hanan pula.

"Sejak dekat kampung. Abang marahkan Kasturi sebab Kasturi cemburu abang rapat dengan Anis." Hanim buka cerita. Dia malas nak cerita panjang. Tapi cukuplah mamanya tahu tentang apa yang sudah berlaku. 

Eriq hanya diam. Apa yang diceritakan Hanim tu betul. Jadi, tiada alasan dia nak menafikan.

"Kenapa pula kamu marahkan Kasturi, Eriq? Wajarlah tu kalau dia cemburu bila tengok kamu dengan perempuan lain. Kalau mama jadi Kasturi pun, mama akan cemburu."

"Tapi Kasturi melampau, ma. Dia cemburu sampai menghina kekurangan diri Anis. Mama pun tahu, Anis pernah kemurungan disebabkan kekurangan diri dia. Eriq cuma taknak Anis fikirkan masalah tu lagi."

"Menghina kekurangan Anis? Maksud kamu?" Puan Hanan menyoal kerana tidak mengerti.

"Kasturi cakap hidup Anis menyedihkan..."

"Tapi Kasturi tak tahu pun tentang kisah hidup Anis," pintas Hanim mempertahankan bagi pihak Kasturi.

"Hanim cakap Kasturi tak tahu? Kalau dia tak tahu, kenapa dia cakap hidup Anis menyedihkan?" Eriq menyoal adiknya. Melihat caranya itu, nampak seperti masih berpihak pada Anis.

"Dia cuma tak sengaja. Dia terlalu sakit hati dengan Anis yang tak habis-habis nak menggedik dengan abang. Abang pun satu, duk melayan juga si Anis tu kenapa? Abang sepatutnya jaga hati Kasturi juga. Kalau Kasturi menggedik dengan Haikal, abang cemburu jugakan? Sudahlah malam sebelum tu Anis membonceng dengan abang. Bukan main rapat lagi cara dia duduk tu. Takkan sebab kesian, abang lupa batas abang dengan dia? Dia tu cuma sepupu abang, bukan adik atau isteri abang. Bila dah dapat Kasturi, macam ni abang buat dia? Hanim tak sukalah," bebel Hanim panjang lebar. Geram punya pasal.

"Kamu membonceng dengan Anis? Ya Allah, Eriq. Tak manislah kalau orang tengok," kata Puan Hanan pula. Dia menggeleng kesal. Sebelum ni, dia sudah memberi amaran keras agar anak-anak dia menjaga batas pergaulan dengan bukan mahram.

"Eriq cuma nak hantarkan Anis, mama. Dia berjalan seorang diri malam tu. Bahaya." Eriq mempertahankan diri. Walaupun dia tahu dia salah, tapi dia tak berniat nak melampaui batas.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now