Bab 5

1.7K 76 0
                                    

Jam tanganya menunjukkan pukul 10.45 pagi. Tapi Kasturi sudah terpacak di kediaman Tuan Emir dan Puan Hanan. Sengaja dia datang awal walaupun Eriq memintanya untuk datang pukul 11 pagi. Teruja punya pasal.

"Assalamualaikum," salam diberikan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dia ada beritahu kedatangannya pada Hanim. Jadi pintu sengaja tak dikunci untuk memudahkan dia masuk. Keluarga Hanim pun dah percayakan dia.

"Waalaikumussalam. Awalnya kau sampai. Abang aku cakap, dia suruh kau datang pukul 11. Sekarang baru pukul 10.45 pagi," ujar Hanim lalu dia labuhkan duduk disofa bersama Kasturi.

"Memanglah abang kau suruh datang pukul 11. Tapi tak salah pun aku nak datang awal. By the way, mana abang kau?" Tujuan dia datang adalah kerana Eriq. Jadi, memang susuk tubub Eriq yang dicarinya.

"Kau janganlah jadi perigi mencari timba sangat. Kau kena jual mahal sikit. Abang aku tak suka sangat perempuan yang gedik,"

"Nampak gedik sangat ke?" Kasturi tanya Hanim. Dia pun tak sedar yang dia jadi gedik.

"Tak adalah gedik sangat. Tapi kau nampak beria," balas Hanim membuatkan Kasturi terdiam. Kepala menunduk ke bawah. Patutlah susah sangat Eriq nak beri dia peluang. Rupanya Eriq tak suka perempuan yang beria.

Dari tingkat atas, Eriq melihat Kasturi yang duduk disofa. Kepala digeleng perlahan. Sudah dia duga, Kasturi akan tiba lebih awal. Nafas dihela perlahan kemudian dia melangkah menuruni anak tangga.

"Awal kau sampai," tegur Eriq.

Kasturi menoleh. Dia tersenyum saat memandang Eriq yang sedang menuruni anak tangga. Langkah Eriq tiba-tiba mati. Masha-Allah, cantiknya dia senyum. Eriq terpegun dengan senyuman manis yang terukir dibibir Kasturi. Eriq berdeham sebelum menyambung semula langkahnya yang terhenti tadi.

"Kenapa kau sampai awal sangat? Bukan aku suruh kau datang pukul 11 ke?" soal Eriq. Bunyinya agak dingin. Tapi Kasturi langsung tak gentar.

"Walaupun saya melayu, saya tak suka buat janji melayu. Sebab tu saya datang sini lebih awal,"

Hujung bibir Eriq terjongket sedikit. Pandai menjawab rupanya perempuan ni. Jawapan Kasturi itu dia boleh terima. Bila mahukan sesuatu, katanya tak janji melayu. Kalau dah tak mahu, janji komunis juga nanti.

"Jom, ikut aku. Kita duduk dekat gazebo. Kita bercakap dekat sana,"

Kasturi mengangguk sambil tersenyum manis sebelum dia mengikuti langkah Eriq ke gazebo. Tengok belakang badan Eriq pun dah boleh nampak betapa kacaknya lelaki itu.

Kasturi melabuhkan punggung disebelah Eriq. Bila melihat wajah Eriq, dia jadi lupa apa tujuannya.

"So, kau nak kita berkenalan yang macam mana?" Eriq menyoal. Kalau dia tak tanya soalan tu, mungkin Kasturi masih merenung wajahnya.

"Berkenalan yang boleh membawa kita ke pelaminan," jawab Kasturi yakin.

Eriq hampir ketawa. Ada saja jawapan Kasturi yang buatkan dia geli hati.

"Nama aku Eriq Haiyan bin Emir Hakeem. Umur 26 tahun. Sekarang, tengah kerja di Perth. Aku...tak berminat nak kahwin. Jadi, kau tak payah perasan yang aku akan kahwin dengan kau."

Kasturi tolak biji mata ke atas. Belum mulakan sesi perkenalan pun Eriq dah reject dia. Sabarlah duhai hati. Nak pikat anak teruna orang bukan senang.

"Awak ni, awal-awal lagi dah tutup jalan kebahagiaan kita. Sekurangnya, awak cubalah buka hati awak untuk saya. Saya janji, kalau awak bukakan hati awak untuk saya, saya takkan siakannya. Saya akan jaga dengan baik."

"Aku terus terang sajalah dengan kau. Aku belum sedia nak kahwin. Aku belum sedia nak jadi suami. Kau boleh fahamkan maksud aku?"

"Boleh saya tahu kenapa?"

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now