Telinga Eriq menangkap suara mamanya yang sedang berborak dengan Haura didapur. Sejak Hanim tinggal dirumah Kasturi, Haura yang banyak membantu mama. Ada waktu lapang, dia dan Eiman turut membantu. Kesian mama buat kerja rumah seorang diri. Kalau dulu, ada juga Nekwan dan Puan Suraya yang membantu. Tapi mamanya sendiri minta Nekwan dan Puan Suraya berhenti kerja. Bukan sebab tak buat kerja dengan baik. Tapi mama kata, biarlah mereka berehat. Nekwan dan Puan Suraya sudah lama berkhidmat dirumah itu.
Kakinya sudah melangkah masuk ke ruangan dapur. Dia melihat Haura yang sedang memotong sayur-sayuran. Nak memasak ke? Mereka sekeluarga jarang makan malam. Kalau lapar, biasanya panaskan lauk siang hari. Kata mama, jangan membazir. Melainkan, lauk siang hari tu dah habis. Terpaksalah masak. Kalau malas, memang akan tahan lapar sajalah. Mama hanya akan masak kalau papa yang minta.
"Mama nak masak ke?" soal Eriq.
"Iya, papa cakap dia lapar."
Eriq ketawa kecil. Dah agak. Mama masak sebab papa.
"Mama nak masak banyak ke?"
"Mama masak untuk papa je ni. Kenapa Eriq tanya? Eriq nak makan juga?"
Eriq pantas menggeleng. Pandangannya dialihkan memandang Haura.
"Haura tengah bantu mama ke?" Tanya Eriq pada adik bongsunya itu.
Haura mengangguk. Mama tak minta pun. Tapi dia yang nak tolong.
"Banyak lagi ke yang nak kena tolong mama?"
"Kenapa Eriq tanya ni? Ada apa-apa ke? Mama tak suruh pun Haura tolong. Dia yang rajin nak tolong mama tadi. Kalau kamu perlukan bantuan dia, ambillah Haura ni. Mama tak nak dah,"
"Amboi, mama ni. Macam nak buang Haura je. Mama tak sayang Haura ke?" Haura hadiahkan jelingan manja buat mamanya.
"Buat apa mama sayang anak yang dipungut dekat tong sampah?" Eriq ketawa. Seronok pula kenakan adik bongsunya.
Haura mendengus geram. Dia dah biasa kena usik dengan abang dan kakak dia macam ni. Anak yang dibuanglah, mama jumpa tepi tangga masjidlah, papa jumpa dekat tapak projeklah. Apalah nasib anak bongsu ni.
"Ada hal apa Eriq tanya pasal Haura tadi?" soal Puan Hanan.
"Oh lupa. Eriq nak ajak Haura keluar sekejap. Bolehkan, mama?"
"Nak pergi mana?" soal Haura pula. Tak pernah sekalipun abang sulungnya ajak dia keluar malam-malam macam ni. Selalunya akan ajak Eiman.
"Pergi kedai. Sekejap je. Boleh tak, mama?"
"Oh pergilah. Tapi jangan balik lambat sangat,"
"Okay, mama!" Eriq tersenyum lebar. Pandangan dia dan Haura bersatu.
"Haura tak cakap setuju pun,"
"Ada abang kisah? Cepatlah. Abang dah lambat ni," tanpa berlengah, Eriq segera menarik tangan Haura agar mengikutinya.
Haura terpaksa akur. Tanpa kerelaan, dia terpaksa ikuti saja ke mana abangnya membawa dia pergi.
Lima belas minit perjalanan. Maka, tibalah mereka disebuah restoran. Haura pandang abangnya dengan penuh tanda tanya. Waktu mamanya tanya tadi, Eriq kata tak mahu makan. Tapi sekarang singgah di restoran pula.
"Haura nak makan apa-apa tak? Kalau Haura nak makan, kita makan dekat sini dulu. Kalau Haura taknak, abang nak bungkus je."
"Abang lapar ke? Tadi mama tanya, abang cakap taknak makan. Tapi sekarang, kita singgah dekat sini pula."
"Abang tak lapar. Haura pun tahu abang tak makan malam. Kecuali abang betul-betul rasa lapar, barulah abang makan."
"Habis tu?" Haura menyoal bingung. Kelip-kelip matanya memandang Eriq.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...