Bab 40

2K 75 0
                                    

Pintu bilik air ditarik dari dalam sebelum Eriq melangkah keluar. Dia ayunkan kaki melangkah ke wardrobe. Pakaiannya yang tersusun dibelek satu persatu. Tak tahu mana satu yang dia nak pakai untuk keluar bersama Kasturi sebentar lagi.

"Tshirt hitam tu sesuai dengan Eriq."

Eriq pantas menoleh saat mendengar suara itu. Bulat matanya saat melihat Anis berada dibelakang.

"Anis? Buat apa dekat sini? Macam mana Anis boleh masuk ke bilik saya ni?"

Eriq tutup dadanya yang terdedah dengan tangan. Dia hanya bertuala kerana baru siap mandi. Sebelum ni, mana pernah dia dedahkan badannya pada sesiapa. Oleh itu, dia rasa kurang selesa apabila tubuhnya dilihat oleh orang lain.

"Eriq yang tak kunci bilik. Jadi Anis masuklah." Selamba Anis memberi jawapan. Langsung tak ada rasa bersalah kerana telah menceroboh bilik sepupunya itu.

"Anis tetap tak boleh ceroboh bilik saya macam ni. Tapi bukan ke Anis dah ikut mama dan baba Anis balik semalam? Kenapa Anis masih ada dekat sini?"

"Anis rindu Eriq. Rindu nak berborak dengan Eriq. Anis bosan duduk dekat rumah tu. Mama dan baba bukan nak layan Anis pun. Sebab tu Anis datang ke sini."

"Whatever. Tapi tolong keluar, Anis. Ini bilik saya. Tak ada sesiapa pun yang berani masuk bilik saya. Anis pula senang-senang je masuk." Eriq seakan tak puas hati. Kalau benar dia tak kunci pintu, Anis tak sepatutnya masuk tanpa keizinan.

"Ala, Anis saja masuk tadi sebab nak cari Eriq. Tapi Anis tak tahu pula Eriq baru lepas mandi. Tak sengaja tertengok pemandangan yang indah ni." Anis tersenyum nakal. Dia semakin mendekati tubuh Eriq sebelum tangannya berlabuh didada Eriq yang terdedah.

Eriq pantas menepis kasar tangan Anis. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah. Kalau bukan sebab Anis ni perempuan, rasanya dia sudah menghadiahkan penampar.

"Keluar, Anis!"

"Ish, sentuh sikit pun tak boleh." Anis menggumam. Namun, tiada tanda-tanda yang dia ingin keluar dari bilik itu.

"I said get out!" Eriq bengang bila Anis tidak pedulikan arahannya. Dia mengheret Anis keluar.

"Eriq, sakitlah!" Entah dimana silapnya, kaki Anis tersadung membuat dia jatuh ke lantai. Sempat dia menyambar lengan Eriq membuatkan lelaki itu jatuh bersamanya.

Tuala yang melilit dipinggang hampir saja terlucut. Lekas Eriq bangun dan membetulkannya.

"Ya Allah, abang!"

Eriq tersentak. Kepala diangkat memandang susuk tubuh yang sedang berdiri didepan pintu.

"Haura..." Eriq telan air liur. Dia pandang Anis yang masih duduk dilantai.

"Abang buat apa ni?" Haura menyoal kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia datang ke bilik abangnya untuk meminjam charger.

"Haura jangan salah faham. Apa sebenarnya yang berlaku bukan seperti yang Haura nampak."

Anis segera berdiri. Dia pandang Eriq sekilas sebelum berpandangan dengan Haura.

"Kau buat apa dekat bilik abang aku ni?" soal Haura kasar. Tak perlu abang dia jelaskan pun dia dah boleh agak apa yang sedang berlaku. Tak mungkin abang dia yang bawa Anis masuk ke bilik ini. Dia lebih kenal abangnya macam mana. Tiada siapa yang berani masuk ke dalam bilik abangnya kecuali dia dan mama.

"Anis...Anis keluar dulu." Pertanyaan Haura dibiarkan tidak dijawab. Anis segera keluar dari bilik itu.

Setelah Anis keluar, Haura pandang abangnya tajam. Walaupun dia rasa abangnya tidak bersalah, tetapi dia tetap mahukan penjelasan.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now