Eriq termenung sambil memandang potret pernikahan dia dan Kasturi. Sungguh, dia merindui isterinya. Dia tak tahu nak cari Kasturi dimana lagi. Rumah Kasturi sudah, sekolah tempat Kasturi mengajar sudah, rumah Puan Raudah juga sudah. Ke mana dia perlu mencari isterinya?
"Sayang...baliklah. Abang rindukan sayang," ujar Eriq sebak. Hampir setiap waktu dia akan menangis kerana merindui isterinya.
Air mata dibiarkan mengalir membasahi pipinya. Buka laci meja, dia keluarkan jam tangan pemberian Kasturi. Pada hari dia bergaduh dengan Kasturi, dia campakkan jam ini ke lantai. Jam ini sudah rosak disebabkan salahnya sendiri.
"Barang yang berikan pun abang tak jaga. Macam mana abang nak jaga hati sayang? Memang patut sayang tinggalkan abang. Memang patut abang terima balasan selepas apa yang abang dah buat pada sayang. Abang sedar, abang suami tak guna. Abang dah mungkiri janji abang untuk jaga sayang. Sepatutnya, abang layan sayang seperti permaisuri. Tapi abang...abang tak buat semua tu. Abang abaikan sayang. Abang lebih pentingkan perempuan lain. Aku lebih percayakan orang berbanding sayang. Abang..." Eriq pegang kepalanya yang rasa berdenyut. Pandangannya juga tiba-tiba berpusing.
"Kenapa dengan aku ni?" Eriq bangun dari katil. Dia berjalan ke pintu. Tubuhnya juga tak seimbang.
Pintu bilik itu ditarik. Dia berpaut pada dinding sambil matanya meliar mencari kelibat sesiapa. Bilik yang paling dekat adalah bilik Hanim. Kaki digagahkan untuk melangkah ke sana.
"Hanim..." panggil Eriq.
Buk!
Belum sempat dia ke bilik Hanim, tubuhnya sudah rebah ke lantai.
"Abang Eriq!" Haura menjerit kuat.
Mujurlah ketika itu Haura baru pulang dan mahu menuju ke biliknya. Terkejut dia saat melihat abangnya yang tiba-tiba rebah.
"Ya Allah, panasnya badan abang."
Lekas Haura memanggil mama dan papa untuk membantu abangnya.
Eriq segera dibawa ke hospital. Sudah dua hari Eriq demam dan hilang selera makan. Oleh itu, tubuhnya jadi lemah.
Puan Hanan memerhati wajah pucat anaknya. Sayu hatinya melihat keadaan Eriq. Siang malam anaknya itu akan menangis sambil menatap gambar Kasturi. Dia tak sanggup lagi nak melihat keadaan Eriq. Tapi dia juga tahu bahawa anaknya juga bersalah. Dia sendiri jadi buntu.
"Aunty," panggil Puteri Akish. Dia merupakan doktor yang bertugas untuk merawat Eriq tadi.
"Ya, Akish? Kenapa? Demam Eriq ni teruk ke?"
"Akish bukan nak cakap pasal tu. Tapi Akish nak tanya, Kasturi mana?" soal Puteri Akish.
Puan Hanan memandang suaminya. Bibir digigit lembut sebelum dia berpaling memandang Puteri Akish semula.
"Kenapa, aunty? Ada sesuatu yang berlaku antara Eriq dan Kasturi ke?" soal Puteri Akish lagi. Melihat cara Puan Hanan tu, dia yakin ada perkara yang disembunyikan.
"Boleh aunty tahu kenapa Akish cari Kasturi?"
"Akish cari Kasturi sebab Eriq. Sejak tadi dia meracau duk sebut nama Kasturi. Jadi Akish rasa, lebih baik jika Kasturi datang sini dan temankan Eriq. Tapi ini cuma cadangan Akish. Kalau Kasturi tak boleh temankan Eriq, tak apalah."
"Kalau macam tu, nanti aunty cuba tanya Kasturi. Manalah tahu dia sudi datang sini untuk temankan Eriq."
"Baiklah, aunty. Kalau macam tu, Akish keluar dulu."
Puan Hanan jatuhkan kepalanya sebelum Puteri Akish melangkah keluar dari wad itu. Puan Hanan kembali memandang anaknya sebelum melepaskan keluhan kecil. Mahu tak mahu, dia perlu meminta Kasturi untuk datang ke sini.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Aku Tunggu
Romance3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda d...