Bab 39

1.6K 77 13
                                    

Manisnya senyuman yang terlakar dibibir Kasturi saat melihat Puan Hanan. Dibelakang Puan Hanan pula ada Nek Som yang turut tersenyum padanya. Awal pagi lagi dia datang ke rumah Puan Hanan untuk bertemu dengan Nek Som. Usai bersalaman dengan Puan Hanan, Kasturi menghampiri Nek Som pula.

"Nenek, maafkan Kasturi sebab tak dapat datang sini minggu lepas. Kasturi sibuk sangat. Banyak kerja nak buat."

"Ala tak apa. Nenek tak kisah pun. Nenek faham kerja kamu. Kamu sudi datang jenguk nenek pun bersyukur dah."

Kasturi berjalan masuk ke dalam rumah bersama nenek meninggalkan Puan Hanan yang berada dibelakang. Dengan penuh gembira dia berborak dengan nenek dan Puan Hanan diruang tamu. Ketika itulah, Kasturi menangkap suara yang sangat dikenalinya. Dia menoleh. Dia agak terkejut saat melihat Eriq dan Anis sedang bergelak tawa sambil berjalan melintasi ruang tamu. Anis ada dekat sini?

"Eh sayang, bila sampai?" Eriq begitu teruja saat melihat Kasturi. Pantas dia menukar arah dan mendekati Kasturi. Tak jadi hendak ke dapur.

"Saya baru je sampai," jawab Kasturi. Matanya mengerliang Anis sekilas. Dia mula tak sedap hati melihat tatapan Anis kepadanya.

"Awak dah breakfast?" Kasturi jatuhkan kepala memberi jawapan. Segan pula apabila perbualan mereka diperhatikan oleh beberapa pasang mata.

"Saya belum breakfast lagi. Awak temankan saya nak?"

"Eh awak belum breakfast? Kenapa lambat?"

"Saya buat kerja sikit tadi. Siapkan kerja semalam. Sebab tu saya turun lambat sikit untuk breakfast. Alang-alang awak ada dekat sini. Jomlah temankan saya."

"Anis boleh temankan Eriq." Anis mencelah kemudian dia mendekati Eriq dan berdiri tepat disebelah lelaki itu.

"Tak apa, Anis. Kasturi boleh temankan saya. Anis pergilah berehat dekat bilik. Tadi Anis cakap nak rehatkan?" Eriq menolak lembut kerana tak mahu susahkan sepupunya. Lagi pula, dia mahu luangkan masa bersama Kasturi.

"Mana ada Anis cakap Anis nak rehat. Eriq tu yang paksa Anis rehat sebab risau Anis penat," balas Anis.

'Ya Allah, gedik semacam perempuan ni. Buta ke apa tak nampak aku dekat sini?' Kasturi membebel dalam hati. Nak aje dia humban Anis ke dalam kolam renang.

"Ehem-ehem." Kasturi berdeham membetulkan suara. Dia mendekatkan jaraknya dengan Eriq membuatkan Anis terpaksa berundur ke belakang.

"Tak apa, Anis. Saya boleh temankan Eriq. Awak pergilah buat kerja awak. Lagi pun, saya nak berlatih untuk jadi isteri yang mithali untuk bakal suami saya ni. Kan abang?"

Eriq jongketkan keningnya. Bila Kasturi jegilkan mata, dia pantas mengangguk. Kalau dah panggilan Kasturi mula berubah ni, dia syak Kasturi sedang memulakan lakonannya. Ada bau-bau cemburu. Kali ni dia biarkan saja. Dia berpihak pada Kasturi. Dia kurang suka dengan sikap Anis kali ni. Melebih-lebih pula. Sedangkan Anis patut jaga perasaan Kasturi sebagai bakal isteri dia.

"Betul cakap Kasturi tu, Anis. Kasturi boleh temankan saya. Anis pergilah buat hal anis sendiri. Takpun pergi berborak dengan mama. Hari tu Anis cakap yang Anis dah lama tak berborak dengan mama. Masa Anis sampai sini semalam pun, Anis tak sempat berborak dengan mama. Sekarang, Anis ada peluang. Pergilah."

Anis melihat Puan Hanan yang sedang memandangnya. Terpaksalah dia mengukir senyuman walaupun dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat menemani Eriq. Eriq pula seakan sengaja nak menghalaunya.

"Nenek, Kasturi temankan Eriq dulu. Sekejap lagi kita sambung borak."

"Pergilah. Nenek tak kisah pun. Kesian dekat cucu nenek tu. Meroyan nanti kalau bakal isteri dia tak teman makan."

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now