SEPASANG KASUT tumit tinggi menghentak lantai. Rambut yang panjang beralun bebas sehingga paras pinggang. Blaus berwarna biru muda dipadankan dengan skirt putih. Terserlah lekuk tubuhnya.
Rupa paras yang jelita sering kali mencuri tumpuan para jejaka namun dia tak endahkan. Bukan masalahnya selagi mereka tak ganggu ketenteraman hidupnya. Sekarang, hatinya sedang panas membara.
Kerana teman lelakinya!
Della menguak rambutnya. Sungguh bengang. Bagai orang bodoh dia menanti teman lelakinya jika pada akhirnya, jejaka itu hanya menghantar pesanan mesej bahawa dia ada hal kecemasan di pejabat. Kenapa tak beritahu awal-awal? Tidaklah dia tercongok di situ.
Kata mahu bertemu janji tapi bohong. Satu jam dia menunggu di restoran yang ditempah tadi. Naik muak dia asyik memesan jus oren sambil menunggu kehadiran seorang jejaka yang langsung tak muncul. Jadi dia tak betah dan terus keluar dari restoran itu.
Tiada sebarang emosi bermain di wajah Della. Kembali saja ke syarikat minyak wangi merangkap tempat kerjanya, dia lurus berjalan ke bilik ofisnya yang terasing daripada staf-staf biasa.
Mood merundum.
Tas tangan berjenama Prada dihempas ke atas meja. Gigi diketap erat. Sebal sungguh hati Della dengan sikap teman lelakinya yang sejak kebelakangan ini seolah-olah mengelak daripada bertemu dengannya. Penting sangatkah kerja tu sampai tak dapat nak luangkan masa bersama dia biarpun hanya beberapa minit?
Gamaknya Della ini tiada perasaan yang patut dijaga.
"Dari luar bilik ni aku dah boleh rasa aura negatif. Jangan cakap Evan tak datang date korang lagi?" Satu suara menegur.
Della merengus. Marah ni marah. Punggung dihenyak ke atas kerusi empuk. Lengan bersilang di dada. Wajah Hera Isadora yang menanti jawapannya tak dipandang. Dah tahu kan. Buat apa tanya lagi.
"Wow, aku rasa teman lelaki kau tu layak dapat medal sebagai lelaki yang tak pandai hargai girlfriend sendiri. Kali ni, apa alasan dia?"
Tanpa meminta izin, Hera tarik kerusi dan duduk di hadapan Della. Niat bukan mahu menyibuk tapi sebagai kawan yang baik dan bertauliah, dia siap sedia nak tawarkan khidmat kata-kata semangat.
"Ada emergency dekat pejabat," jawab Della mendatar.
"Lapuk dahlah alasan tu. Cubalah bagi alasan kereta dia rosak ke, jamban tersumbat ke. Ini guna alasan ada emergency dekat pejabat. Bukan dia bagitau kau yang dia tak kerja hari ni?"
"Entah, tiba-tiba kena panggil masuk kerja kut."
Hera buat muka. Entah betul atau tidak. Della yang seakan tiada tenaga nak panjangkan hal itu segera menyibukkan diri. iPad yang merupakan kegunaan sehariannya dia buka. Ini ialah salah satu kerjanya sebagai penolong eksekutif. Memeriksa jadual direktur.
Sudah empat tahun Della bekerja di sebuah syarikat minyak wangi. Velours. Syarikat itu menumpukan keluaran minyak wangi untuk para wanita namun baru-baru ini direktur mereka telah membuat klarifikasi yang mereka akan mengeluarkan minyak wangi lelaki.
Mungkin kerana ingin mencuba produk minyak wangi yang baharu. Della buat isyarat tangan. Menghalau Hera untuk keluar. Kalau dibiarkan lama, nanti Hera jadikan bilik ofisnya tempat melepak.
"Direktur tak ada. Dia keluar dengan husband dia. Sekarang kan lunch hour. Kau dah makan tengah hari ke belum? Jangan bagi alasan kau dah kenyang lepas apa yang Evan buat."
Riak wajah Della beransur tegang. Rimas pula mendengar nama teman lelakinya disebut-sebut. Dia tengah redakan kemarahannya tapi Hera ni tambah sakit hati dia. Selera makannya dah hilang.
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...