CHAPTER 43

3.9K 249 11
                                    

BLAUS YANG berwarna hijau pistasio digandingkan dengan linen skirt putih dan melengkapi penampilan Della. Sebentuk cincin yang bertakhtakan berlian disarung pada jari manisnya yang runcing. Dia bangkit, lantas menghampiri katil yang masih dihuni oleh seseorang.

Deruan nafas yang berhembus halus menjamah telinga. Dalam samar kegelapan yang sekadar diterangi lampu tidur, Della menepuk lengan suaminya dengan lembut.

"Sayang." Serak dan garau suara Reis menyapa. Wajahnya diangkat dari terus disembamkan pada bantal. Separuh sedar, separuh mamai.

"Morning," ucap Della kecil. "Saya nak pergi kerja kejap lagi."

"Tunggulah. Teman aku lama sikit. Nanti aku sakit sebab rindu."

Bagaikan mengadu, Reis memaut tangan Della. Dikucupnya telapak tangan Della dan ditekapkan pada pipinya. Kelopak matanya ditutup kembali.

Pada jam awal seperti ini, payah untuk dia berpisah dengan isterinya.

Lagi-lagi bila Della bangun lebih awal darinya. Reis mulai merindui kehangatan tubuh Della yang merupakan penemannya di kala waktu malam walau pada tengah malam, posisi tidurnya berubah meniarap.

"Ada ke orang sakit sebab rindu?" Ibu jari Della mengusap pipi Reis.

"Tak ada ke? Jadi kenapa aku rasa macam nak sakit ni? Macam nak demamlah aku, sayang. Kau tak payah kerjalah. Teman aku hari ni."

Mengerunyut wajah Reis sesudah berkata, berpura-pura sakit. Della mengekang diri daripada tertawa. Rambut Reis yang berantakan dan sedikit kusut disebabkan tidurnya dimainkan dengan jari-jemari.

"Mengada. Tengah hari nanti awak ada training juga. Saya dah sedia bekal untuk awak. Jangan lupa bawa sebelum awak keluar. Semalam awak cakap awak tak sempat nak beli makanan."

"Rajinnya dia. Apa bekal yang kau sediakan untuk aku, sayang? Kau masak apa?"

Reis menyingkap tirai mata, memandang tunak ke arah Della. Andai saja dia tidak mempunyai sebarang latihan hari ini, dia boleh tinggal di rumah dan menghabiskan masa bersama-sama Della. Berat sangat hatinya pabila Della tiada di depan mata.

"Saya masakkan spaghetti carbonara dengan nugget ayam. Sorry kalau tak sedap."

Terasa rajin Della sebelum membersihkan diri tadi. Digunakan masanya untuk memasak dan menyediakan makanan buat Reis. Selesai memasak, barulah dia bersiap-siap untuk pergi bekerja.

"Siapa cakap makanan yang kau masak tak sedap? Sayang, masakan kaulah paling sedap lepas masakan ibu." Reis menolak tubuhnya dan membuka sila di atas katil. Bercantum alis kening menghadap Della.

"Aku tak cakap yang masakan kau mesti paling sedap. Tak, sayang. Kadang-kadang makanan yang kau masak menjadi, kadang-kadang tak tapi soal sedap atau tak, kita letak tepi. Yang penting, kau cuba."

Reis tidak mengharapkan kesempurnaan Della dalam segala aspek sebagai isterinya. Tidak mengapa jika makanan yang dimasak oleh Della hanyalah ala kadar dan sederhana. Asalkan mengenyangkan.

"Awal-awal pagi dah ceramah saya." Della merunduk wajah. Tangan berurat Reis disentuh, lantas disatukan dengan jari-jemarinya. Segan.

"Terpaksalah sebab cantik aku ni selalu overthinking, selalu fikir yang semua benda kena sempurna. Pernah dengar aku merungut?"

Kepala Della bergerak ke kiri dan kanan. Menggeleng kecil. Belum pernah dia mendengar apa-apa rungutan yang datang daripada Reis.

Satupun tidak ada. Sekadar pujian dan kata-kata yang melenyapkan kegusaran di dalam hatinya saja yang dia dengari.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now