CHAPTER 17

3.8K 223 2
                                    

PINTU KERETA Grab yang dinaiki, ditutup oleh Della. Dia berpaling. Bangunan dewan bola tampar serta-merta menyapa pandangan mata. Dia melirik pada telefon yang dipegangnya.

Lokasi yang betul.

Della mulai melangkah dan mendekati pintu masuk dewan. Dia mengintai dari luar menerusi celahan pintu yang sedikit terbuka. Kelihatan beberapa orang sedang berlatih di gelanggang. Kelibat Reis dicari-cari. Bagaimana dia ingin berjumpa dengan Reis?

Telefon sajalah. Wajah Della menunduk seraya jari menggesek skrin telefonnya. Ikon ganggang telefon dibuka kemudian nombor Reis yang tertera pada senarai recents call yang paling atas ditekan.

"Hello?" Reis menyambut panggilan telefon selepas tiga saat nada berdering. Suara garaunya kedengaran tak bertenaga seperti selalu.

"Saya dekat luar dewan dah. Encik Reis dekat mana?"

"Aku pun dekat luar tapi tak nampak kau. Dari tadi aku tunggu. Mungkin kau salah dewan? Kau dah check location betul-betul sebelum bertolak dari rumah tadi?"

"Encik Reis jangan nak main-main dengan saya." Alis kening Della berkerut garang. Ingat dia rabun sehingga tak nampak seorang lelaki yang sedang berbaring di atas bangku sambil memegang telefon?

"Keluar sekarang. Kalau tak, saya balik." Della mengugut.

Apalagi, Reis segera berdiri dari posisi pembaringan. Beg galas miliknya yang menyendeng di kaki bangku cepat dicapai lalu dia sangkutkan pada bahunya. Reis berlari anak ke arah pintu dewan.

Tak dipedulikan suara-suara ahli kelab yang memanggil namanya. Reis menolak pintu dewan yang sudahpun sedikit terbuka. Dikuak olehnya lebih luas. Ekspresi cemberut di wajah Della membuatkan Reis diburu perasaan bersalah. Niatnya sekadar ingin berjenaka.

"Sorry, aku cuma bergurau tadi."

"Guraulah sangat. Encik Reis dah ganggu hari rehat saya, tahu tak? Kalau saya ni tak berperasaan, tak ada rasa simpati, mungkin saya biarkan je encik tunggu sampai esok." Della berleter geram.

Dunia Reis bagaikan berputar perlahan sebentar. Bicara Della tidak kasar namun hatinya serba sedikit tersinggung. Bererti jika Della tak mengambil kisah soal dirinya, dia akan dibiarkan menunggu di situ tanpa mengetahui yang Della tak akan muncul sama sekali?

"Dah, kunci kereta!"

Della menghulurkan tangan kepada Reis yang sepertinya sedang mengelamun. Dia rimas mahu berlamaan di situ. Cepat hantar Reis pulang ke rumah, cepat juga dia boleh pulang.

"Ya, ya. Aku tahu."

Tangan Reis menyeluk pada bahagian saku beg galasnya. Segugus kunci kereta yang berjenama BMW diserahkan kepada Della. Della menyambut tanpa sebarang bunyi lalu berjalan ke arah sebuah kereta bercat hitam yang terletak di tempat parkir bersebelahan dewan itu.

Hanya sebuah kereta itu yang berjenama BMW i8 coupe. Memang pemiliknya ialah Reis.

Langkah Della diekori oleh Reis yang memeluk beg galas yang satu talinya disangkut pada bahu di belakang. Sambil kaki bergerak, iris mata yang hitam pekat itu terpaku pada figura Della. Setiap gerak-gerinya diperhatikan. Entah mengapa sosok Della tampak kelam.

Sosok Della seolah-olah keseorangan dan pernah ditinggalkan.

"Aku set location rumah aku dekat radio untuk senang kau tengok," ujar Reis.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now