CHAPTER 20

4.3K 235 13
                                    

HUJUNG MINGGU itu, Della dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya. Teringin dia nak makan cekodok nangka masakan air tangan Puan Brenda. Ujar Puan Brenda tadi, Darren telah membeli sebiji buah nangka di gerai tepi jalan. Rezeki di pagi hari!

Turun dari kereta, mata Della terhala pada sebuah kereta asing yang tak pernah dilihat. Kerutan halus timbul di dahi. Siapa yang datang? Puan Brenda tiada memberitahu dia pun mereka ada tetamu hari ini.

Bencilah bila nak berehat di hujung minggu bersama keluarga, ada yang datang ke rumah.

Hayunan langkah kaki dibawa ke pintu rumah. Della menanggalkan sandal yang dipakai sebelum mengetuk pintu rumah. Tak lama, ada yang membukakan pintu dari dalam. Darren menggumam sebentar.

"Seorang je?" Pertanyaan Darren menghadirkan rasa bingung.

"Seoranglah. Ada nampak macam sepuluh orang ke? Kau nak aku bawa siapa? Anjing dekat tepi jalan untuk kawankan dengan kau?"

"Ha, tahu marah je. Orang tanya elok-elok, dia menjawab macam mulut tak ada insurans." Darren menarik muka. "Jawab dulu baru aku benarkan kau masuk. Apa organ manusia yang paling besar?"

Menyirap Della dengan perangai Darren yang tak bertempat.

"Tepilah!"

Della menolak tubuh Darren ke tepi dan berjalan masuk ke ruang tamu. Kelihatan Tuan Dutton sedang menonton televisyen dengan cermin mata yang melorot di batang hidung. Entah siapalah yang pasang movie The Boss Baby untuk ayahnya ni.

"Kereta dekat luar siapa punya, pa? Siapa datang?"

Tuan Dutton dan Darren bertukar pandangan. Masing-masing tidak pasti bagaimana mahu menyampaikan kepada Della tentang tetamu yang datang ke rumah mereka. Darren menggaru belakang tengkuk yang tak gatal. Tuan Dutton berdehem tapi tidak berkata apa-apa.

"Tessa, tak payah susah-susah. Aunty dah cakap duduk je dekat depan dengan Evan." Kedengaran suara Puan Brenda yang tidak seberapa kuat datang dari ruangan dapur.

Riak Della berubah ketara. Jadi kereta asing yang terletak di luar rumah tadi ialah kereta Evan? Tessa mengajak Evan datang ke mari? Amarahnya mencanak tinggi. Della terus menuju ke ruangan dapur.

"Evan, rasalah sikit. Saya suapkan." Suara manja Tessa menyelit.

Kaki Della berhenti melangkah. Sempat dia melihat adegan suap-menyuap yang baginya sangat memualkan tekak. Kotor mata dia!

"Della, anak mama. Sampai pun," tegur Puan Brenda ramah.

"Ada yang datang rupanya walaupun tak dialu-alukan. Tak tahu malu ke apa tunjuk muka dekat sini?"

Tajam bagaikan hunusan pedang pandangan mata Della menikam ke arah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Lengan naik bersedakap dada. Dagunya diangkat persis lagak orang yang sombong. Terlalu menyampah dia dengan dua manusia ini.

"Della, dengar dulu. Diorang datang sini sebab nak bincang pasal wedding mereka dengan kita. Tessa bagitau diorang nak buat majlis resepsi dekat Sabah." Puan Brenda menarik lembut lengan Della.

"Betul cakap aunty tu, Della. Aku dengan Evan datang sini sebab nak sampaikan benda tu. Lagipun kau tahu parents Evan tinggal dekat Sabah. Parents dia minta buat majlis resepsi dekat sana."

Della merengus kasar. Dia tidak cemburu sama sekali namun hatinya masih berdarah angkara perbuatan Evan. Wajah Tessa yang berpura-pura polos itu lagi menyebalkan hati. Sudah merampas kebahagiaan orang, masih berbangga diri?

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now